BAB I

7.6K 85 1
                                    

Muz Ryan (lebih senag dipanggil Muzz) mempersiapkan dirinya untuk menempuhi setiap detik-detik sebagai seorang guru.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam memandu dari rumahnya membuatkan pinggangnya berasa penat. Muzz mengambil keputusan untuk berhenti di stesen minyak untuk berehat.

Usai memakir kereta Myvi hitamnya, dia keluar menuju ke tandas yang terletak dibelakang bangunan.

Selesai menunaikan hajatnya, dia mengambil keputusan unutk membeli makanan ringan di mini market yang terdapat di dalam tempat stesen minyak.

Langkahnya terhenti apabila melihat seorang pegawai bomba keluar dari mini market sambil menjinjit beberapa bungkus minuman berjalan menuju ke jentera pemadam api yang terletak di tempat parking berhampiran keretanya.

Hampir setengah jam memandu, Muzz mampu tersenyum apabila terlihat papan tanda yang menunjukkan arah ke sekolah yang hendak ditujunya. Tertera 200 meter di hadapan. Setelah memusingkan stereng ke kanan, dia akhirnya memasuki kawasan sekolah.

Setelah bertemu dengan encik Hamdan yang merupakan pengetua sekolah, dia dibawa ke kuarters yang akan dihuninya memandangkan rumahnya yang agak jauh dari sekolah.

“Cikgu Muzz, ini rumah yang akan cikgu huni selama cikgu menjadi guru sandaran di sekolah ini. Harap cikgu boleh selesakan diri dan mula mengajar esok.” Kata-kata daripada menjadi penyuntik semangat kepada diri Muzz kerana diberi kepercayaan untuk mendidik anak murid di sekolah itu.

“Terima kasih tuan pengetua, saya akan usahakan yang terbaik.” Balas Muzz.
“Baiklah, saya akan tinggalkan cikgu. Sekiranya cikgu perlukan apa-apa, boleh tanya dengan pak guard kita. Mereka akan sedia membantu.” Ujarnya.

“Terima kasih sekali lagi tuan.” Ucap Muzz ikhlas.

“Okay, saya minta diri dulu.” Kata tuan pengetua meninggalkan Muzz bersendirian.

Melihat kelibat Encik Hamdan semakin hilang, Muzz pun masuk kedalam kuartersnya dan mengemas barang-barangnya.

Petang itu, usai menjamu selera, Muzz mengambil keputusan untuk duduk di beranda belakang.

“Eh! Ada balai bomba rupanya di kawasan sini?” Soal hatinya.
“Baguslah, nanti kalau ada kecemasan senang nak minta tolong.” Sambungnya lagi sambil menghirup segelas air sirup oren sejuk.

Dengan jaran yang hanya lebih kurang 50 meter dan terpisah dengan pagar, Muzz dapat melihat dengan jelas kearah bangunan flat milik pegawai-pegawai bomba yang terletak di belakang kuartersnya.

Terlihat susuk tubuh yang seakan familiar baginya;

‘Bukankah itu pegawai yang aku nampak di stesen minya pagi tadi?’ Muzz bermonolog sendiri namun susuk tubuh itu seakan menggoda dirinya tanpa sengaja.


_________________________
Mengapa pula pegawai bomba itu dikatakan menggoda Muzz tanpa sengaja? Nantikan sambungannya…



TERPIKATTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang