💍
TELEKUNG dan sejadah disangkut di tempat asal . Badan kepenatan dibaring di atas katil queen. Mahu bersenang lenang atas katil kejap.Aku teringat hal pagi tadi, ya bukan mimpi. Semuanya realiti. Bukan abah yang gerak aku bangun subuh seperti selalu tapi suami ekspress aku.
Haih kenapa tak jadikan hal mimpi semalam tu.
Telefon Fateh yang berbunyi aku kerling sekejap tanpa menjawab. Biarla telefon dia bukan telefon aku kan aku jawab kena marah pulak.Tak pasal weh.
Telefon dia bunyi sekali lagi.
Aku lihat pintu bilik sekejap. Ke mana la pergi mamat ni. Dengan teragak-agak aku ambil telefon Fateh.
Tentera nama MY.AINUL.
Ternaik kening aku. Tidak sempat aku mahu jawab panggilan itu berhenti. Aku tertanya girlfriend dia ke. Siap save MY lagi. Kalau kawan tak akan save MY kut.
Aku menggeleng pantas. Dah apahal aku fikir hal ni pulak. Biar pi je.
Pintu bilik aku dibuka. Terjengul wajah Fateh yang basah dengan peluh. Entah apa la pagi-pagi macam ni dah mandi peluh.
"Pergi mana?"
"Jongging dengan abang Bad tadi. Pastu beli nasi lemak tengah jalan tadi boleh makan sarapan kita."
Sia-sia la jogging hang tu cik abangoii.
"Tadi telefon awak bunyi,ada orang call."
"Siapa? Awak jawab ke? "
"Tak sempat nak jawab. Nama dia My Ainul.Sapa dia?"
Fateh kerlih tempat lain sekejap sebelum senyum kecil.
"Kawan." Jawabnya ringkas.
"Ye ke kawan. Kalau kawan kenapa disave MY?" Soal aku masih ragu
"Lah dah nama dia MY, saya save macam tu la. Dah la saya nak mandi dulu,saya guna kain tuala baru okey bukan yang awk punya so dont worry." Kain tuala warna putih itu diambil.
Aku mencebik. Hek eleh dia dah guna pun.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋
AKU diam ditempat aku hanya menjadi tontonan gelak tawa lelaki di depan aku.
Kening tidak gatal digaru aku.
Pelik betul, cepat saja ayah dengan abang badrul terima kemunculan Fateh ni. Tak ada tunjuk rasa kediginan abah terhadap Fateh.Malahan rasa bersemangat dan teruja terima menantu ekspress ni.
Abang bukan main siap ajak jogging lagi. Bukan ke sepatutnya mereka layan Fateh dingin ke. Yelah apa berlaku semalam bukan hal kecil.
Ke aku terlalu ikut drama sangat.
Aku hela nafas. Suka hatila malas nak fikir.
YOU ARE READING
OG| HAWA
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌