💍Puan Rosni menggeleng kepala melihat keadaan bilik anak daranya. Duduk sorang je pun, tengok bilik macam tinggal 10 orang.
Bukan main lagi bersepah.
"Ainul kenapa berselerak sangat ni. Tak geti kemas ke. Sakit mata umie tengok ni tau." Membebel Puan Rosni. Tangganya ligat mengutip baju-baju busuk letak dalam bakul.
Pengotor.
"Orang busy la umie. Umi bukan nak tolong Ainul pun. Tolong mengubah barang hantaran Ainul pun tak."
"Tak kuasa umi. Umi dah cakap kan selagi family Fateh tak jumpa umi, umi tak akan campur langsung dalam perkahwinan kamu. Umi tanya sekali lagi betul ke kamu nak kahwin dengan Fateh?" Soalnya seraya labuh punggung atas katil Ainul.
Ainul lepas keluhan. Soalan beribu kali.
"Betul la umi. Mana ada orang kahwin tipu-tipu."
"Lepastu kenapa family Fateh tak ada jumpa umie bincang soal ni. Bukan kata nak jumpa, datang masuk meminang kamu pun tak. Dia buat macam kamu ni tak ada mak bapak. Ni umi masih hidup lagi tau. Tak ikut adat langsung!" Cemuh umi.
"Umie kan Ainul jelas yang.."
"Busy. Itula je lah modal dia. Busy busy busy, tak habis dengan kerja. Orang lain pun kerja jugak tapi tak la over macam fateh tu. Ni tak kahwin lagi tapi dah pentingkan kerja, kalau pah kahwin umi tak tahulah. Makan hatilah kamu."
"Umi ni. Nanti dah kahwin dia berubah lah umi. Dia kerja pun sebab Ainul jugak." Masih cuba back up Fateh
"Haih letih cakap dengan kamu ni. Buat abih air liur umi je. Suka hati kamu la. Tapi kalau jadi apa-apa nanti, jangan cakap umi tak nasihat. "
"Umi doakan baik-baik ye."
"Umi selalu doa kan baik untuk anak umi. Tapi dengan keadaan macam ni umi tak pasti baik ataupun sebaliknya. Dah la umi keluar dulu, jangan tidur lewat sangat. Pastu bersihkan bilik ni nanti."
Sekali lagi keluhan terlepas dari bibir Ainul. Ainul pun kurang pasti dengan keputusan diambil ni. Dia sahaja yang bersungguh siapakan hal perkahwinan kami.
Barang hantaran semua Ainul siapakan. Ni baru siap part hantaran pihak lelaki. Part Ainul masih tak buat lagi.
Dia ingat nak upah orang saja tapi semua penuh. Yelah buat lagi kerja last minute.
🤍💙🤍💙🤍💙🤍
"TAHNIAH mak su ucapkan. Dah nak jadi mama papa dah korang ye." Ucapan ikhlas dari mak su Fateh buatkan kami tersenyum girang.
"Dah berapa bulan kandungan kamu Hawa?" Soal nenda pula.
"Nak masuk dua bulan dah nenda." Jawab Hawa girang.
"Awal lagi tu. Kena jaga betul-betul. Lagi-lagi anak sulung pulak tu. Tak boleh nak angkat berat-berat, tak boleh nak makan benda tajam. Bahaya semua tu." Nasihat nenda.
"Nenda jangan risau. Nenda harap je dengan cucu nenda ni. In sha Allah everything will be fine."
"Ye la nenda harap kamu je lah ni. Pastu nak harap dengan sapa. Nak suruh kamu tinggal sini, kanu tak nak. Kena pandai-pandai la jaga bini."
Kepala yang tidak digaru Fateh. Tak habis-habis cakap hal ni. Naik muak dah aku dengar ni pun.
"Haih nenda ni tak abis-abis cakap hal ni. Sejak Fateh teruna sampai lah Fateh nak jadi bapak orang dah pun."
"Nenda ingat kamu kesan la apa nyaa sama jugak. "
"Fateh aritu ada budak perempuan ni cari kamu tau." Sampuk pula yang hanya mendiamkan diri tadi lagi.
"Ha sapa pulak?" Fateh kerling sedikit Hawa. Risau pulak kalau Ainul datangnya.
"Entahlah pak su pun. Pak su tanya nama dia tak jawab. Dia cuma tanya kamu, bila Pak su kata kamu tak ada terus dia angkat kaki."
Fateh tarik senyum nipis tutup hati yang gusar. Rasanya betul tanggapannya itu Ainul.
Berani betul dia datang ke rumah nendanya ni mesti sebab dia tak angkat panggilan Ainul. Sampaikan datang ke rumah dia carinya.
"Hal comany tu pak su. Jangan risau. Eh jom la makan, lapar dah Fateh nih." Ajak Fateh cepat-cepat mahu menamatkan perbualan ini.
Ajakan Fateh disambut semua ahli keluarganya. Lagi-lagi budak Iman tu. Buka kemain laparnya.
Rasanya baru tadi dia kelih budok Iman ni makan buah epal.
"Betul ke hal company?" Soal Hawa sebelum Fateh turut bangkit dari sofa.
Fateh angguk kepalanya laju. Air muka langsung dikawal.
"Kenapa sampai rumah nenda di carinya. Bukan kat pejabat je?" Soal Hawa masih musykil.
Pelik pulak sampai ke rumah nenda dicarinya. Macam la tak sempat nak jumpa Fateh kat pejabat pun.
"Mana la abang tahu sayang. Nanti la abang tanya kat pa abang then abang rojer sayang okey. Dah jom makan." Taggan Hawa ditarik untuk bangun.
Mujur Hawa turuti kalau tak masih panjang di soalnya.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
6 | 10 | 24 🦋
sorry tak update. kita busy dgn exam wak😭. doakan syaa🔥😭
YOU ARE READING
OG| HAWA
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌