💍"BABE aku nak pergi toilet jap. Kau tunggu sini tau. Jangan pergi lain pulak." pesan Syera sebelum bergerak meninggalkan aku.
Aku menggeleng kepala lemah. Keluar tak sampai 10 minit pun dah cari tandas. Barang masak untuk kedai satu habuk pun tak cari lagi.
Memang tangki tak luas ni.
Aku mula mengatur langkah ke arah ada kerusi. Dia tu bukan sekejap pergi tandas, mahunya naik lenguh kaki aku tunggu dia.
Jumpa saja kerusi kosong pantas aku duduki.
Aku pandang suasana Mall ini. Tak ramai orang masa ni. Yelah bukan hari cuti. Waktu macam ni kan waktu kerja mana ada orang keluar masa ni.
Aku keluar pun untuk hal kerja jugak ye. Sambil-sambil cuci mata.
Dalam ralit melihat orang lalu lalang, aku terhenti pada satu pasangan.
Aku tak salah tengok kan.
Aku cuba besarkan mata.
Fateh dengan kak Ainul.
Rasa kemarahan mula membuak-buak di dada. Ini la kerja dia.
Seronok ye mereka berbual sambil bersuap bagai. Ahh ini konongnya nak mintak putus.
Apa yang kau ingat Hawa. Ingat dia pilih kau. Mesti dia pilih first love dia. Kau second la.
Kau kena sedar kau tu perampas.
Air mata yang hampir tumpah, dikesat laju.
"Hawa dah. Jom cari barang dapur."
Tersentak aku dengan sengahan Syera tiba.
"Emm jom."
"Eh kau okey tak ni. Kenapa mata kau merah? Kau nangis ke?" Soal Syera laju. Risau riakanya. Baru tinggal kejap, dah nangis bini orang ni.
"Kau kena kacau ke?" Soal Syera lagi. Tak puas hati Hawa yang berdiam diri.
Hawa menggeleng kepala.
"Tak la. Aku rindu abah je la. Dah jom." Dalih aku. Beg aku diambil lalu tanggan Syera turut aku tarik.
Mahu saja aku keluar dari mall ni tapi takut Syera fikir macam-macam pulak.
"Ye ke?" Soal Syera masih tidak puas hati.
"Ye. Cepat la cari barang dapur." Gesa aku lagi.
🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍
SEMUA baju yang tergantung di dalam almari diambil lalu dimasukkan dalam bagasi.
Selesai saja aku mengemaskan pakaian aku, bagasi itu aku bawa turun ke bawah.
Mungkin ini yang terbaik untuk hubungan aku dengan Fateh. Lebih baik aku menjauhi daripada menyakiti hati sendiri.
Lagipun nanti mesti aku kena kelaur jugak rumah ni, yelah rumah ni kan akan di tinggal oleh kak Ainul. Aku ni hanyalah pesinggahan semantara saja.
Daripada aku kena hadap kelak, lebih baik aku keluar cepat.
"Hawa nak pergi mana dengan bawa beg bagai ni?" Soal Fateh yang baru tiba di rumah. Tail yang diikat kemas di leher cuba dirungkaikannya.
"Keluar."
"Tahu. Tapi kenapa bawak beg bagai ni. Hawa!" Bagasi aku diambil namun pantas aku tepis tangganya dari sentuh bagasi aku.
"Hawa jangan perangai budak-budak boleh. Dah naik letak baju dalam almari semula." Arah Fateh keras. Sudahlah hal dengan Ainul pun tak beres lagi, ni nak campur hal Hawa pulak.
Aku gelak sini.
Perangai budak-budak dia kata.
"Kalau perangai budak-budak pun suka hati saya la. Itu perangai saya. Pergi! Jangan nak halang saya." Badan Fateh aku tolak tepi. Bagasi aku tarik semula.
"Hawa stop it!" Tanggan aku dilelar dengan kasar. Aku cuba untuk merungkaikan namun tiada kesan.
Apalah sangat tenaga perempuan nak lawan dengan tenaga lelaki.
"Lepaslah!"
"Naik. "
"Tak nak!"
"Saya kata naik! naik!" Laung Fateh kuat. Ternaik bahu aku akibat terkejut dengan sengahan Fateh.
"Awak..." Mahu balas namun suara aku tiba-tiba hilang. Masih terkejut.
Fateh raup mukanya. Jelas terlihat wajahnya kusut.
"Hawa masuk bilik dulu. Kalau nak keluar dari rumah ni pun, keluar esok bukan malam buta macam ni. Bahaya. Dah pergi naik. Beg tu nanti saya bawak naik." Perlahan nada Fateh guna.
Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke bilik semula.
Jadi dia suka la aku keluar dari rumah ni.
Kau sapa Hawa.
Kau ingat dia akan pujuk rayu bagai.
Ingat kau tu second la Hawa.
Setitik demi setitik air mata jatuh.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞❤️
21 | 6 | 24🦋
YOU ARE READING
OG| HAWA
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌