48 | HAWA

62 8 11
                                    


                                      💍

        KEPALA yang semakin menyenggat diurut perlahan. Semakin hari semakin sakit kepala ni. Banyak sangat masalah, hal rumah tangga la hal kerja la.

Rasa nak pecah kepala ni.

Cakap pasal rumah tangga. Sejak aku bergaduh pasal surat poligami dengan Fateh, dia langsung tak datang tengok aku.

Tak akan cakap macam tu pun nak sentap.

Hati tak kental boss.

"Haih kau ni pergi balik la. Risau tau aku tengok kau ni. Pucat lesi muka." Tegur Syera seraya membawa segelas air kosong dan ubat panadol.

"Ni makan." Huluran Syera aku sambut.

Berkerut muka aku mahu telan sebutir ubat ni. Pahit molek.

"Kau tak nak pergi hospital ke? Dah berapa hari aku tengok kau sakit kepala ni. Nak aku teman kau?"

Aku menggeleng kepala. Tidak mahu menyusahkan.

"Sakit biasa je ni. Biasalah cuaca kan semakin panas." Alasan aku. Malas betul nak pergi hospital. Bukan aku takut hospital pun cuma malas nak beramai dengan manusia.

Biasalah aku kan introvert.

"Haih kau ni suruh pergi hospital macam-macam alasannya." Syera menggeleng kepalanya secara perlahan. Apa la budak ni. Dah jadi bini orang dah pun.

"Betul la."

"Kau betul ni tak nak pergi hospital. Aku call abang kau baru tahu." Syera tarik senyum panjang. Guna si Badrul mesti menjadi la.

Aku menjegil mata. Saja dia ni. Tahu aku benci betul dengan si Badrul tu membebel sebab tu dia guna abang aku sebagai ugutan.

"Haih kau ni. Yelah-yelah aku pergi nanti. Tak perlu la nak call dia bagai."

"Tahu takut. Ni suami kau tahu ke kau sakit macam ni?"

"Tak. Aku kat rumah mana sakit macam ni. Bila datang kerja terus datang sakit kepala ni. Mungkin tengok muka kau." Jawab aku tenang. Bibir aku melorek senyuman terpaksa.

Syera tidak tahu tentang aku pindah rumah bagai. Kalau dia tahu mesti dia pelik. Jarak rumah Fateh dengan tempat kerja aku bukan jauh sangat. Selagi boleh disorok aku akan sorok.

Itu lebih baik.

"Kau ni kan saja kan. Tak baik betul."

"Benda betul." Balas aku lagi. Suka betul aku kenakan si Syera ni.

Ha semakin panjang muncung akak Syera kita.





🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

        UBAT-UBATAN yang baru dibeli dilepar kasar di atas sofa seraya badan aku turut landing di atas sofa.

Aku hela nafas keras.

Satu persatu benda bermain dalam fikiran. Muncul satu lagi kes yang paling aku tak jangka.

Kenapa?

Perut yang masih tiada bentuk diusap perlahan.

Anak?

"Selamat ya puan. Puan pregnant dua bulan. " Ucap doktor manis itu. Tidak lekang senyuman di bibir doktor perempuan itu.

"Pregnant?" Soal aku terkejut namun masih terkawal riaknya.

Doktor perempuan itu mengangguk berkali-kali. Senyum iklas meniti di bibir. Manis aje senyuman cik doktor ni.

Cun jugak ship dengan Badrul ni.

OG| HAWA Where stories live. Discover now