13 | HAWA

133 24 4
                                    


💍

      "HAWA okey je la."

"Yeke okey?Diaorang ada buli kau ke dik?" Soal Badrul di talian .

Hawa mendecit geram. Ingat ni apa cerita akasia ke.

"Hish mana ada kau ni bang layan sangat drama melayu."

"Lepastu kalau aku tak layan drama melayu aku nak tengok cerita apa. Aku bukan macam kau, semua cerita kau tak tengok. Boring betul hidup kau dik."

Aku mencebik saja. Hidup aku dia pulak yang nak persoalkan.

"Aku harap sangat dengan kemunculan si suami express kau tu dapat menyeri sikit hidup kau tu dik. " Balas Badrul lagi.

"Hish apa kau merepek ni. Dah abah mana? sihat ke? " Aku mula tukar topik.

"Sihat sangat bapak kita ni dik. Aku rasa ketiadaan kau ni makin sihat abah." Kata Badrul bersahaja.

Aku mendengus geram. Saja nak kenakan aku la tu.

"Suka hati kau la asalkan kau bahagia bang. Bai assalammualaikum." Aku terus tutup panggilan.

Padam muka kau.

"Call dengan sapa?"

Terperanjat aku dengan kemunculan nenda tiba dibelakang aku.

Aku melakar senyum kecil sebelum menjawab soalannya.

"Dengan abang."

"Hawa busy ke?"

"Tak pun. Kenapa nenda?"

"Nenda nak cakap dengan kamu sikit. Sebelum tu tolong buatkan nenda teh lemon, nenda tunggu dalam bilik bacaan." Beritahu Puan Sri. Tanpa pamitan nend pergi ke bilik bacaan.

Aku yang tertanya masih terkaku di situ. Nak cakap dengan aku ke.Sejak semalam aku sempai nenda kurang cakap dengan aku. Dengan Fateh pun sama.

Marah mungkin.



🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋

          PINTU aku dibuka perlahan, terjenggul kepala aku. Cawan berisi air itu aku menbawa ke arah nenda yang ralit menbaca buku di atas sofa.

"Nenda, air." Tegur aku.

"Ouh thanks Hawa." Huluran aku disambut dan disuruh aku duduk di hadapanya.

Sekeliling bilik itu aku lihat. Cantik betul. Di tepi pintu ada rak sederhana besar penuh dengan buku. Novel dan buku ilmiah. Di tengah pulak ada sofa dan television.

"Kamu tahu kenapa nenda panggil kamu ke sini?"

Aku menggeleng kepala perlahan.

Nenda senyum kecil. Air disisip sedekit.

"Kita tunggu kejap." Balas nenda lagi.

Kerut dahi aku. Sapa lagi nak datang. Ingat aku sorang je nenda nak jumpa.

Pintu kayu itu dibuka dari luar dan terjenggul la wajah Fateh. Dia pun sama reaksi terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok aku je.

"Duduk Fateh. Nenda nak cakap sikit dengan kamu berdua."

Fateh menlabuh punggunnya di tepi aku. Aku kesot sikit tinggal jarak di tenggah.

"Kenapa nenda?" Soal Fateh. Dia ralit cuci kereta tadi tup tup dapat tahu nenda panggil naik. Urgent kata Mak Awa.

"In sya Allah bulan depan nenda decide nak buat kenduri untuk kamu berdua. So Fateh clear kan jadual kamu untuk bulan depan." Beritahu Puan Sri Khatijah.

"Ha!" Suara kami sama-sama bergema. Terkejut dengan suruhan nenda. Ini kes memaksa ni.

"Dah kenapa kamu berdua terkejut sangat, buat majlis persepsi untuk kamu berdua, kamu tak suka ke?"

Fateh garu kening kejap sebelum dia buka mulut semula. Aku diam di tepi Fateh. Biar dia je la main peranan.

"Nenda bukan Fateh tak suka tapi bulan ni dah banyak kali Fateh ambik cuti, syarikat Fate banyak lagi kerja.Next time la nenda ye."Beritahu Fateh lembut.

"Bila?"

Aku dan Fateh sama-sama diam. Kitaorang mana pernah bincang hal ni, ini pun tetiba sangat nenda cakap.

"Kamu berdua pun tak tahu kan. Nenda buat semua ni untuk kamu berdua supaya jiran-jiran kelih pun tak kena fitnah. Dah la nenda malas nak cakap, kalau nenda cakap bukan kamu nak dengar Fateh. Kerja kerja dan kerja je kamu fikir!"
Puan Sri Khatijah bangun deras. Mengatur langkah, keluar dari bilik.Muka tak payah nak cakap masam betul.

Fateh raup mukanya. Aku masih sama diam.

"Nak ke?"

"Err nak apa?"

"Apa yang nenda mintak la."

Aku diam kejap masih berfikir dengan cadangan nenda. Rasanya tak salah pun ikut cadangan nenda, dia tak mahu berlaku sebarang masalah lagi. Lagipun nenda pun tergolong orang terkenal. Mesti ramai mata-mata yang kelih.

"Boleh.Awak?"

Isa hela nafas. Wajahnya agak tertekan. Nak tanya tapi takut dicop penyibuk. Walaupun layanan Isa baik terhadap aku tapi tak bermaksud aku boleh sibuk hal dia.

Tak semua hal, kita boleh masuk campur. Tapi masalah sekarang aku nak tanya sebab dia!

Aduh stress!

Isa bangun tanpa jawab soalan aku dulu. Terkebil-kebil aku. Macam tu je dia bla. Nampak sangat dia tak persetujui cadangan nenda dan dia berharap aku turut bangkang dengan cadangan nenda.

Kenapa eh?

Naik atas pelamin je pun. Ambik gambar, senyum dah siap. Bukan kena panjat gunung pun.

Ke dia tak suka naik pelamin dengan aku.

ATAU

Ada hati yang perlu dijaga.

Kalau betul,aku macam mana? Kena bermadu ke? Kena cerai?

Aku turut lepaskan keluhan. Baru seminggu kahwin, dah penat fikir hala tuju perkahwinan ni.

Cawan berisi air teh yang masih tinggal separuh itu aku ambik turun ke dapur.

Malas la nak fikir.

Baik turun bawah, bual dengan anak-anak pak su dengan mak su lagi best.










Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🖤

vote and comment guys tq❤️🥰

14 | 1 | 24🦋

OG| HAWA Where stories live. Discover now