22 | HAWA

101 19 4
                                    


💍

        "Dah siap kemas-kemas ke?" Soal Fateh di muka pintu. Lalu pintu itu ditutup. Pantas saja dia mendekati aku.

Aku angguk. Baju yang terakhir aku masuk dalam beg.

"Tapi saya bawak sikit je ni baju.Kita bukan tinggal lama pun kan rumah nenda?" Tanya aku. Beg sudah berisi baju aku letak bawah.

Fateh tiba-tiba beritahu yang nenda suruh balik rumah dia. Aku pulak tak ada baju jadi dengan senang hati aku kena angkut baju aku dari rumah abah ke rumah nenda.

"Alaaa semalaman je ni. Lusa kan saya kerja." Balas Fateh.

"Ha baju persepsi kita awak letak kat mana?" Soal Fateh yang baru teringat akan baju perkahwinan mereka.

"Ada saya simpan dalam almari.Nak tengok ke?"

Fateh menggeleng kepala.

"Nanti ingatkan saya bawak baju tu ke rumah nenda ye. Ok la saya nak tidur kejap.Nanti kejut saya kalau saya solat zuhur ye" Fateh mengambil tempat di sebelah aku.

"Iyelah." Setelah siap aku kemas aku turun dari katil. Buat apa terperap dalam bilik bukan aku nak tidur pun.



🩵🦋🩵🦋🩵🦋🩵

        Turun saja aku ke bawah, aku ditegur oleh abah.

"Mana Fateh?"

"Tidur kat atas. Kenapa abah? " Soal aku kehairana. Abah ni macam tak boleh berenggang sikit dengan menantu dia.

"Saja tanya. Ni Hawa balik esok ke?"

"Haah. Nenda Fateh suruh balik sana. Nak siap majlis lagi, banyak tak siap lagi."

"La.. kenapa kamu tak tolong sekali nendanya. Kesian nenda Fateh buat sorang diri.Tu kan majlis perkahwinan kamu Hawa." Encik Hashim menggeleng kepalanya perlahan. Apa la budak ni.

Aku senyum kecil, kening tak gatal aku garu. Aduh dah start ni nak membebel.

"Bukan Hawa tak nak tolong nenda yang tak nak bagi. Nenda nak prepare semua. Yelah cucu sulung dia kahwin kan. Dah dia kata macam tu Hawa nak kata apa lagi, biat pi je la." Ujar aku panjang. Betul ye bukan aku tak nak hulur tanggan pun cumanya nenda yang tolak aku dari tolong siapkan majlis kami.

"Kalau kamu kata macam tu tak apa la. Ni kamu nak pergi mana siap-siap ni?" Encik Hashim kelih atas bawah aku.

Baju t shirt warna merah dengan seluar track aku pakaikan hari ni. Aku sengih panjang.

"Hawa nak keluar pergi kedai kejap abah. Hawa mengidam nak makan puding caramel tapi barang tak cukup pulak.Hawa nak pergi beli barang jap."

"Teringin ni kamu dah ada isi ke Hawa?"

"Ha isi apa? Isi lemak ada la." Jawab aku masih kebingunga .

Encik Hashim hela nafas. Haih budak ni.

"Bukan laa maksud abah mengandung." Encik Hahsim siap tunjuk lagi gaya orang mengandung.

Aku menganguk faham sebelum aku menggeleng kepala pantas.

Nak mengandung macam mana, Fateh pun tak pernah sentuh aku.

"Hawa mana mengandung abah. Haih merepek je la abah ni. Dah la Hawa nak pergi beli dulu. Abah ada nak kirim apa-apa ke?" Cepat-cepat aku gerak ke pintu. Kan borak lagi macam pertanyaan dikeluarnya.

Sapa je tak kenal Sarjan Hashim. Bekes askar tau abah aku ni.

"Tak ada."

"Ok la. Kalau Fateh bangun nanti abah beritahu la kat dia eh.Motor skuter abah Hawa pinjam tau." Anak kunci diletak atas meja aku capai.

"Hat-hati!" Laung abah.




🩵🦋🩵🦋🩵🦋🩵🦋

         CARAMEL yang sudah naik bau itu aku tuang dalam mangkut. Lalu sikit demi sedikit caramel itu aku ambik dengan sudu lalu tuang ke atas puding.

Fuh semerbak bau.

Terliur aku ni.

"Emmm sedapnya bau. Masak apa?" Muncul Fateh dibelakang aku.

"Saya buat puding caramel. Nampak sedap kan?" Soal aku teruja.

"Haah sedap. Nak tray!" Tidak sempat Fateh mahu ambik, sepantas kilat aku tampar tanggan dia.

Sedap mak nenek dia je nak celup macam tu.

"Aduh sakit la Hawa." Berkerut muka Fateh menahan pedih.

"Tak akan nak ambik guna tanggan macam tu. Abah dengan abang Bad pun tak makan lagi.Jap saya ambik sudu. " Sudu dalam bekas aku ambik dan hulur pada Fateh.

"Alaaa Hawa suap la. Tanggan saya tak boleh gerak dah lepas kena tampar tau. Sakit.." Ulas bibir diketap menahan tawa. Comel je buat muka macm tu.

Aku mencebik. Tampar perlahan je pun. Mengada je lebih.

"Mengada."'Mengata aku perlahan.

"Mengada dengan bini apa salahnya."

"Cepatlah bukat mulut."

Puding caramel itu aku suap ke Fateh.

"Macam mana? Ada kurang rasa ke? Manis sangat ke? Atau tawar? Soal aku tidak sabar. Berdebar aku tunggu respon Fateh.

Dia ni gigit 44 kali ke. Punyalah lamanya.

"Sedap dooh!"

Aku tersenyum suka. Tak sia-sia aku beperang.

"Nak lagi.." Minta Fateh lagi. Aku balas dengan jelingan tajam.

"No. Saya nak sejukkan dia dulu." Bekas puding aku angkat dengan berhati-hati untuk letak dalam peti. Kalau jatuh ni mahunya aku meraung.




Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

28 | 1 | 24 🦋

OG| HAWA Where stories live. Discover now