26 | HAWA

126 20 0
                                    


💍

SELESAI aku mandi dan berpakaian lengkap, aku turun ke bawah. Malu tu malu jugak, pukul 10 pagi baru nak tunjuk muka.

Tapi semua ni salah sapa.Sapa yang bagi kerja malam tadi. Tak pasal-pasal terlajak bangun pulak.

Ingatkan pahala apa lah. Rupanya pahala Fateh junior.

Yelah penat kan. Buat OT.

Sampai saja ruang tamu. Semua sunyi.

Tubuh Fateh pun aku tak nampak lagi. Pergi mana pulak dia.

"Hawa." Tegur Mak Su Fateh dari arah belakang. Pantas saja aku paling arah panggil.

"Hawa dah sarapan? Kat dapur ada lagi nasi goreng pergi la makan."

"Belum lagi Mak Su. Hawa baru bangun. Sorry Mak Su, Hawa terbangum lambat pulak." Aku lepar senyum malu.

Mak Su leparkan senyuman nipis.

"Tak apa Mak Su faham penggantim baru kan."

Aku senyum malu.Rasa bahang pulak.

"Mak Su Fateh mana?"Soal aku. Aku kerling ruang tamu. Tak ada pun.

"Ouh dia pergi jumpa kawan katanya."

"Ouhh. Mak Su dah makan, jom la makan sekali dengan Hawa." Pelawa aku.

Namun pelawaan aku ditolak lembut oleh Mak Su. Katanya perutnya masih kenyang.

Aku apa lagi. Orang dah tak nak tak akan nak paksa. Lebih baik aku kenyangkan perut aku dulu.

"Kalau macam tu Hawa makan dulu ye."

"Ha pergi lah. Mak Awa pun ada kat dapur, kalau nak apa-apa beritahu je kat Mak Wa ye. "

"Baik Mak Su."

"Mak Su nak naik atas dulu. Nak kemas bilik kejap." Bahu aku di tepuk lembut sebelum Mak Su naik atas.

Aku hela nafas.

Rasa lega tak jumpa nenda.

Fateh pun satu ada ke tinggal aku macm tu je.

Kalau nak keluar pun kejut la aku bangun dulu. Tak nak jaga air muka isterinya.

Aku bagi siku baru tahu.





🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

"BIK tolong ambik sudu kejap." Suruh aku pada Bik Indah.

Terliur betul tengok kek coklat moist ni. Kek ni Mak Su buat semalam. Aku tak sempat makan semalam, mujur ada lagi lebihan.

"Ini puan."

Barang aku mintak diambil tanpa kelih. Bulat mata aku. Ni bukan sudu ni susu. Nak buat benda pulak dengan susu ni.

"Ya Allah Bik!"

"Kenapa Puan? Ada masalah dengan susu ya? Basi kah?" Soal Bik Indah kalut.

Aku menggeleng kepala lemah. Nak cakap banyak pun tak boleh.

Baik diam itu lebih baik.

"Tak ada apa lah Bik."

"Lada ada puan. Puan mahu?"

Aku hempuk kepala aku perlahan. Tinggal lama kat sini mahunya kena darah tinggi aku . Tekanan.

"Ehem!"

Bunyi dehemen terus terhenti perbualan aku dengan Bik Indah.

"Eh Puan Sri. Puan Sri mahu makan ya?"

"Tak. Saya kenyang lagi. Saya nak jumpa cucu menantu saya."

"Ouh baik Puan Sri. Kalau Puan Sri mahu apa-apa, panggil aku aja ya."

Ternaik kening aku. Dengar pulak telinga dia. Pekat ke tak pekat sebenarya ni.

"Iya." Balas Puan Sri rimgkas.

Bik Indah mintak diri keluar selepas selesai saja bersihkan dapur. Kini, tinggal la aku berduaan dengan nenda

Berdebar la jugak

Rasa macam jumpa guru besar pulak.

Sudahlah muka bukan main kelat
lagi. Takut gue.

"Hawa free sekarang ni?"

"Free je nenda."

"Ok good. Nenda nak ajak Hawa keluar, boleh kan?"

"Boleh je nenda."

"Fateh mana? Tidur?"

Aku menggeleng kepala.

"Dia keluar pergi jumpa kawan nenda." Copy ayat mak su je.

"Tak apa la kita keluar tanpa Fateh. Kamu pergi bersiap-siap nanti kita keluar terus."

"Baik nenda." Balas aku.

Hilang saja kelibat nenda, aku hembus nafas. Lega.

Aku kerling jam di dinding. Nak masuk pukul 12 , tak balik lagi.

Lama benor jumpa kawan, sampaikan isteri kat rumah pun tak ingat.

Dah la tak call langsung. Mesej lagi la tak.

Fateh tu kalau dipilih chat dengan call. Memang jauh pilih call. Katanya chat ni leceh, baik call terus senang dan jimat masa.

Semua nak senang dia tu.

Aku mendecit. Lupa. Telefon tinggal kat atas. Macam mana tahu dia call ke tak.

Kau ni pun satu.

Kek moist yang belum aku makan, letak semula dalam peti.

Rasa kenyang pulak tiba-tiba.

Tersangatlah tiba ye.





Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🖤

4 | 2 | 24 🦋

OG| HAWA Where stories live. Discover now