💍PINTU rumah dibuka selepas diberi salam. Anak kunci kereta disangkut.
Aku hela nafas. Hari yang memenatkan.
"Eh dik, kau buat apa kat sini?" Aju Badrul yang baru keluar dari dapur. Tanggannya penuh dengan kedupan.
Macam budak-budak
"Tidur." Balas aku ringkas.
"La rumah kau tak ada tempat tidur ke. Kesian."
Aku lepar jelingan kepada Badrul. Dia ni tak cari pasal memang tak boleh eh.
"Suka hati aku la. Mana abah?"
"Pergi masjid solat berjemaah."
"Kau kenapa tak ikut abah?" Terangkat kening aku soal.
"Period." Balasnya selamba. Biskut dalam balang diambil lalu disumbat dalam mulut.
Manis!
"Jahil."
Terbeliak Badrul dengar balasan Hawa. Tak sempat Badrul mahu balas, aku gerak naik atas.
Malas nak layan perangai tiga suku abang aku ni.
"Aihh mulut budak ni. Aku beritahu abah baru tahu dia ni." Merungut Badrul.
🦋🩵🦋🩵
AKU mendecit geram. Telefon yang berdering itu aku lepar kasar atas katil.
Memekak je la.
Orang tak nak angkat janganlah call. Tak faham ke!
Buat apa nak call, bukan dia tak tahu aku ada kat rumah abah. Dah atar mesej dah pun.
Aku ambil botl losyen lalu sapu pada tanggan dah kaki. Rutin harian sebelum tidur.
Bunyi ketukan pintu berhentikan perbuatan aku. Aku bangun untuk membuka pintu.
"Adik mana phone kau? Kalau tak pandai guna phone baik tak payah guna laa . Pakai phone mahal pun buat apa tak pandai guna. Bagi kat aku senang. " Bebel Badrul .
Aku mendecit. Dia ni datang bilik aku nak bebel je kee.
"Eii kau nak apa ha? " Soal aku geram.
"Ni suami kau call aku? " Telefon dihulur kat aku.
"Kau bergaduh dengan suami kau ke dik? Dia risau kat kau tau. Ingat bini dia dah kena culik. Tapi kan dik
sapa je nak culik kau. "Aku mencebik. Menyampah.
Risau ke?
"Mana ada . Dah la bla!" Aku ambil telefon Bad lalu pantas saja aku tutup pintu bilik.
"Eiii kau ni! Nanti bagi aku balik phone aku tu. Jangan nak oncall lama sangat eh!" Laung Bad dari
luar bilik.Aku palau saja. Bukn boleh layan sangat dia ni.
Aku berdehem sebelum aku jawab panggilan Fateh.
"Nak apa? " Soal aku malas.
"Hawa pergi mana? " Soalnya senada.
"Kan saya beritahu saya balik rumah abah. Tak baca mesej ke?"
"Baca tapi ada saya izin ke? Saya tak cakap apa pun kan?." Keras soal nya.
"Dah tu? Nak saya balik semula ke? Alaa saya bukan pergi lain pun rumah abah saya jugak. Tak payah risau la." Jawab aku sambil lewa.
"Kan lagi elok kita balik sekali Hawa. Ni Hawa sorang je balik rumah abah, apa pulak kata abah nanti." Mengendur suara Fateh.
Aku mengeluh. Dia bukan risau aku cuma dia takut jatuhkan imej dia.
"Tak! Tak payah risau. Dah la saya nak tidur dulu. Bai." Tanpa sempat Fateh bercakap aku terus tutup .
Telefon pun buat sakit hati. Baik tak payah call.
Pintu bilik aku bukak kasar.
Tak ada pasai kena turun bawah pulak. Kena hadap muka mangkut tu pulak.
🩵🦋🩵🦋
" MACAM tu je dia letak. Husnudzon bini kau penat." Beritahunya sendirian.
Rasa lapar pulak.
Selalu pukul macam ni Hawa dah pulang. Dan selalunya Hawa akan masal untuk dia.
Yelah masa ni dia masih berjaga nak siapkan kerja lepastu mula la perut buat konsert.
Mujur ada bini tolong buatkan makanan, selama ni kalau lapar pun telefon grab suruh hantar makanan.
Dia hela nafas kuat.
Bosannya.
Rindu pulak dengan celoteh Hawa. Rindu masakan Hawa. Rindu bau Hawa eh!
Ni baru berapa jam kena tinggal ni pun dah angau lain macam.
TING!
Bunyi mesej masuk pantas saja dia bukak. Kut kut la Hawa.
Dia lepaskan keluhan. Ingatkan Hawa rupanya Ainu.
Orang lain dinanti orang lain balas.
Biar je la bukan penting pun. Wish good ninght je pun.
Kalau Hawa yang chat macam tu mesti dia boleh tidur terus ni.
Sekali kali Fateh lepaskan keluhan. Macam mana ni...
Tak boleh tidur ni.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🖤
26| 1 | 24🦋
YOU ARE READING
OG| HAWA
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌