2 | HAWA

297 60 5
                                    


💍

             FATEH tiba di sebuah meja dimana ada kelibat seorang gadis berbaju kurung merah lembut padan dengan tudung bawal pink.

Cantik je!

Tempat duduk hadapan gadis itu didudukinya.

"Sorry Ainul I lambat ,jalan jem pulak tadi" ujar Fateh kesal . Sebentar tadi ada kemalangan berlaku, pertembungan kereta sama kereta.

Siti Ainul tersenyum nipis .

"Tak apa lah, lagipun I pun baru sampai . I dah pesan makanan untuk you . Makanan yang selalu you makan, tak apa kan ?" soal Siti Ainul lembut.

"Tak apa , you order lah makanan apa-apa pun , I makan semua ." senyum tidak lekang meniti di bibir Fateh .

Siti Ainul ketawa perlahan .

"Apa-apa saja lah Fateh oii"

Wajah Ainul tidak lepas pandang .Cantik dan ayu sentiasa. Wajah ini lah sehari-hari dirindukan .Kulit putih melepak, matanya berbentuk sepet tetapi bulu matanya lentik. Hidungnya tidak lah mancung sangat tetapi masih mencantikkan wajah ayunya.

"Kenapa you pandang I macam tu?Ada apa-apa ke kat muka i?" soal Ainul kurang senang .

"Saja nak lepas rindu . You perasan tak kita dah tiga hari tak jumpa mungkin sebab tu rindu dia lain macam .Rindu nak tatap muka Ainul."

"Nak buat macam mana kan you sibuk kerja, so how you dapat tender tu?"

Fateh senyum lalu mengangguk kepalanya.

"Allahamdullilahh syarikat I terpilih untuk dapat tender kali ni , tak sangka nama syarikat I terpilih. Kat luar sana banyak lagi syarikat yang gah, hebat tapi syarikat Art Mega jugak terpilih.Rezeki Allah ."Cerita aku teruja.

"Itulah rezeki tak salah alamat. So next target you?" soal Ainul

Fateh kerut dahi. Pelik dengan pertanyaan Siti Ainul . Next target apa? hidup normal macam selalu je lah . Tak akak dapat tender hidup aku berubah 100 peratus .

"Next what? " soal Feteh semula

"Syarikat Fateh pun terpilih dapat tender kan? So kita punya relationship pulak tak akan nak bercinta macam ni je , you tak nak pergi step kehadapan pulak . you ada kerjaya, rumah , kereta semua dah cukup untuk kita kahwin . you tahu kan , I tak nak bercinta lama sangat ,lagi-lagi tak ada ikatan sah macam ni , orang kata apa pulak, keluar selalu bersama."

Fateh mengeluh . Bukan dia tak nak menghalalkan hubungan ini , tapi dia masih banyak projek yang perlu lakukan. Siapa sahaja tak nak berkahwin dengan insan yang dicintai .

Dia perlu siapkan kerja satu persatu dahulu , baru boleh fikirkan hal lain . Walhal syarikat dia baru sahaja berkembang jadi dia perlu berikan perhatian yang khusus. Dia mahu majukan syarikat Art Mega dahulu baru fikir pasal kahwin ni.

"Ainul , kita akan berkahwin tapi ... bukan waktu dekat ni . Sekarang ni I nak fokus syarikat I sahaja dahulu. Ainul pun tahu kan syarikat Art Mega baru sahaja berkembang so I kena kerja keras sikit . As soon as possible kita kahwin. Okey?"

OG| HAWA Where stories live. Discover now