🌼BAB 2🌼

8.6K 521 8
                                    

Seperti yang dikatakan oleh Lalisa bahawa Adrian, Fawwaz,Dayyan, Leandra dan Hadara akan ke Black Rose Highschool.

Masing-masing menaiki motorsikal berkuasa tinggi mereka.

Sesampai disekolah mereka memakir motor ditempat motorsikal.

"Korang berlima pergi pejabat untuk selesaikan pendaftaran, papa Luthfi and mama Ayra dah ada kat pejabat. Yang lain masuk kelas." Kata Nayra. Mereka semua akur dengan arahan Nayra.

Nayra,Adam, Faith dan Fateh berjalan bersama ke kelas 5Rose. Manakala Dayyish dikelas 4Rose. Naufal dan Lara dikelas 4Clover.

Masuk sahaja dikelas Nayra mengambil tempat duduk.

"NAY!" Sergah Farha. Nayra sedikit pun tidak menunjukkan riak terkejut.

Farha Fidya. 2 personaliti boleh jadi ayu dan agak gila. Sangat ceria.

"Hye Far." Kata Nayra lalu sambung mengeluarkan buku.

"Ish kau ni Nay. Tak sportrim." Cebik Farha.

"Dah dah lah kacau Nay tu." Tegur Zahra. Farha menjeling.

Zahra Sabella. Gadis perwatakkan sama seperti Nayra. Banyak persamaan dengan Nayra.

"Weyh weyh weyh weyh!"Dyah dengan gelabahnya datang kepada mereka bertiga.

Dyah Amisyah. Seorang yang gelabah, tahu semua gosip sekolah.

"Apa kau ni gelabah nak mampus?" Tanya Nayra. Dyah berhenti mengambil nafas.

"Weyh ada cite. 8 orng pelajar baru babe. Rasanya ade 4 form 5 yang lain form 4." Kata Dyah dengan senyuman sinis.

"Hensem?" Tanya Zahra. Dyah menjeling.

"Mengumumkan ketibaan yang amat mulia, Driana Frisha." Ujar Andy. Driana masuk dengan lagaknya. Semua memberi tepukkan gemuruh.

"Uyooo gempak! 7:20 baru masuk sekolah. Kene tulis nama?" Tanya Farha. Driana menggeleng.

"Aku rasa pengawas tu dah lali dengan perangai lambat aku so dia bagi je aku masuk." Kata Driana. Mereka berdua gelak besar.

Driana Frisha. Seorang yang datang lambat walaupun rumah sebelah sekolah sahaja. masuk air seperti Farha.

"Nay, dah ambil kehadiran?" Tanya Fariq selaku ketua kelas. Nayra pula penolong ketua kelas. Nayra cuma menggeleng.

"Nah gi ambil." Ujar Fariq lalu memberikan sehelai kertas. Nayra terus bangun dan pergi ke hadapan untuk melihat semua rakan kelas.

"Semua duduk tempat masing-masing." Suara dingin Nayra terus membuatkan mereka semua mengambil tempat.

"Lina and the geng datang ke?" Tanya Nayra pada Fariq. Fariq mengangkat bahu.

"We here." Satu suara dihadapan pintu membuatkan Nayra menoleh.

"Asal tak datang kul 12 je." Sindir Nayra. Lina,Jiha dan Nara masuk ke kelas sambil menjeling Nayra.

"Michelle je tak datang." Kata Nayra lalu menulis nama Michelle dan memberikan kertas kehadiran itu pada Fariq. Fariq mengangguk dan pergi menghantar kertas itu ke pejabat.

Nayra kembali ke tempat duduknya.

Puan Asbahan selaku guru kelas 5Rose masuk ke dalam kelas itu dan membawa 4 orang pelajar baru.

"Selamat sejahtera semua. Hari ni saya nak kenalkan 4 pelajar baru kelas kita. Pengetua Zana pilih kelas kita sebab kelas kita dah 5 orang pindah sekolah jadi kelas 5Rose sangat sikit jumlah pelajarnya." Kata Puan Asbahan.

"Jadi ni 4 pelajar baru kita. Sila kenalkan diri." Kata Puan Asbahan.

"Hye guys. Nama aku Adrian Luth Xavier. Aku ni a-

MR.BADBOY,MRS.MAFIA:NAYRA LACRISSA XAVERRA (COMPLETE)Where stories live. Discover now