🌼BAB 40🌼

6.5K 560 62
                                    

Nayra masuk ke dalam pejabatnya dengan Kayden dibelakang.

"Kau duduk lah mana kau nak duduk,jangan duduk atas aku sudah lah." Kata Nayra lalu duduk dikerusinya.

Kayden duduk dihadapan Nayra dan mengeluarkan buku untuk menulis.

Buku tersebut ditunjukkan kepada Nayra. Nayra melihat buku itu.

"Puan tak makan lagi kan?"

Nayra memandang Kayden.

"Aku tak lapar." Kata Nayra. Kayden menulis lagi.

"Puan tak lapar tapi baby dalam perut tu lapar." Nayra memandang Kayden yang berpelitup muka itu.

"Kau nak beli kan ke?" Tanya Nayra. Kayden mengangguk.

"Kau nak beli kat mana?" Tanya Nayra. Kayden menulis dibukanya.

"Restoran bawah ni je." Nayra mengangguk.

"Kau belikan aku nasi lemak. Beli dua bungkus. Lepas tu kau beli karipap dengan donut gula. Teh tarik 2 bungkus." Kata Nayra dengan tersenyum lebar. Kayden hanya mengangguk.

"Eh wait." Kayden memusing melihat Nayra dan mengangkat kening.

"Kau memang tak boleh bercakap?" Tanya Nayra. Kayden menulis lagi dibukunya.

"Saya bisu."Nayra meng'o'kan mulutnya.

"Okey you can go." Kata Nayra. Kayden mengangguk.

"Whatever lah asalkan dia hot- eh Nayra apa kau ni ingat kau tunggu Eykal balik ishh mulut ni pun pantang nampak hensem terus nak puji!" Marah Nayra sambil menepuk perlahan bibirnya.

"Puan Nayra maaf mengganggu." Diana mengetuk bilik Nayra.

"Yes come in." Kata Nayra. Diana membuka pintu lalu masuk ke dalam pejabat Nayra.

"Puan Nayra, kita ada staff baru."kata Diana. Nayra mengerut dahi.

"Staff tetap?"tanya Nayra. Diana menggeleng.

"Dia part time for 4 months." Kata Diana. Nayra mengangguk.

"Bawak dia masuk." Kata Nayra. Diana mengangguk.

"Assalamualaikum." Seorang lelaki masuk ke dalam pejabat Nayra.

"Waalaikumsalam." Nayra memandang lelaki tersebut.

"Ni dia Puan Nayra. Nama dia Fattah." Kata Diana. Fattah menunduk hormat.

"As cleaner?" Kata Nayra. Diana mengangguk.

"Kau dah tahu tugas kau?" Tanya Nayra. Fattah menggeleng.

"Diana bawa dia jumpa Farah." Kata Nayra. Diana mengangguk.

Pintu diketuk oleh Kayden lalu dia membuka pintu itu. Kayden terus memasuki pejabat Nayra.

"Okey Fattah kau boleh start kerja." Kata Nayra.

"Baik Puan Nayra. Terima kasih. By the way Puan Nayra cantik sangat." Kata Fattah. Nayra terkejut namun riak wajahnya dikawal.

"Terima kasih." Kata Nayra lalu Fattah dan Diana keluar.

"Apasal dahi kau merah? Tahan marah ke?" Tanya Nayra. Kayden menggeleng.

"Eh kau nangis ke?" Tanya Nayra. Kayden mengeluarkan bukunya.

"Takdelah tadi kat bawah mata masuk pasir lepas tu ada anjing kejar. Tu yang merah muka ni sebab penat." Nayra membaca apa yang ditulis.

"Ouh okey." Kata Nayra lalu membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli oleh Kayden.

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Nayra memandang Kayden yang tidur disofa.

"Ni dia jaga aku ke aku jaga dia?" Kata Nayra sambil memandang Kayden yang tidur berpelitup muka.

"Tak faham aku mamat ni tidur pun pakai mask? Hensem sangat ke?" Kata Nayra. Tangannya gatal ingin membuka pelitup muka Kayden.

Perlahan-lahan tangan Nayra naik ke wajah Kayden. Pelitup muka Kayden dipegang.

Baru sahaja ingin menarik ke bawah tangan Kayden pantas menahan tangan Nayra. Nayra tersentak lalu menarik semula tangannya dan hampir terjatuh.

Kayden pantas menarik tangan Nayra dan Nayra jatuh didakapan Kayden.

Mata mereka saling berpandangan.

"NAYRA!" Adrian membuka kasar pintu tersebut. Pantas Nayra meleraikan pelukkan.

"OMG! YOU DAH MOVEON KE DARI EYKAL TAK HENSEM MUKA MACAM KATAK TU?" Kata Adrian yang sedang memegang kotak hadiah.

"Ishh apa kau ni?" Marah Nayra lalu bergerak keluar.

"Eh Nayra-

"Aku nak sembahyang." Kata Nayra dengan kasar.

"Eyy kasarnya penguin ni." Kata Adrian lalu memandang Kayden.

"Hye awakk!" Adrian mula bersikap tak waras.

"Awak dah makan ke?"tanya Adrian. Kayden kekok.

"Ouh nampak macam gay ea? Jap. Kau dah makan?" Tanya Adrian. Kayden menggeleng.

"Jom pergi makan." Kata Adrian. Kayden menggeleng.

"Eyy seleknya." Kata Adrian.

"Jom bakar syarikat ni." Kata Adrian. Kayden menggeleng.

"Kau sabar aku panggil geng aku." Kata Adrian lalu keluar memanggil Dayyan dan Fawwaz.

Nayra selesai menunaikan solatnya, dia duduk bersimpuh dan menadah tangan.

"Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon kau ampunkan dosa aku, dosa keluarga ku dosa sahabat-sahabatmu dan semua umat islam dimuka bumi ini. Ya Allah berikan lah kesihatan kepada ku dan kepada anakku."

"Ya Allah aku mohon bawa kembali cinta ku ya Allah. Sudah cukup lama dia meninggalkan aku,tolong lah bawa dia pulang semula. Aku sangat memerlukan dia ya Allah." Nayra berdoa sehingga air matanya mengalir. Rasa rindu terhadap Tengku Eykal membuak-buak.

Selesai mendoa Nayra melipat telekungnya dan keluar dari surau dipejabatnya. Nayra masuk ke dalam bilik dan terlihat Dayyan, Adrian dan Fawwaz telah diikat menggunakan tali pinggang.

"Weyh apahal doh?" Tanya Nayra.

Nayra memandang Kayden yang bersandar didinding sambil berpeluk tubuh.

"Kak Nay, kak Nay tengok apa hati batu ni buat." Kata Dayyan.

Kayden sedang menulis dibukunya.

"Diaorang kacau saya dulu."

Nayra hanya diam dan duduk dikerusi pejabatnya.

"Kak Nay! How dare you just diam?" Kata Fawwaz.

"Memang layak pun korang kene macam tu." Kata Nayra.

"Arghh lepas lah aku nak pergi buat masalah!" Kata Adrian. Kayden memandang Nayra.

"Tak payah biar dia dekat situ." Kata Nayra.

"AAAAAAA KAKAK NAYRA!"

"DIAM!"

TBC

VOTE AND COMMENTS.

MAAF CHAPTER NI KURANG SIKIT HUEHUEHUE AUTHOR KEKURANGAN IDEA. BTW KALAU KORANG ADA INSTAGRAM KORANG FOLLOW IG AUTHOR: luvieeeegirl._ KITA BOLEH BORAK II HAHAHAHA

MR.BADBOY,MRS.MAFIA:NAYRA LACRISSA XAVERRA (COMPLETE)Where stories live. Discover now