"Weyh Naufal." Nayra memanggil Naufal.
Naufal memandang wajah kakaknya.
"Ye?" Jawab Naufal.
"Kau tak terasa nak jalan-jalan ke?" Tanya Nayra. Naufal tersenyum.
"Eleh sebenarnya kak Nayra yang nak jalan-jalan kan?" Kata Naufal. Nayra tersengih.
"Nak tak jalan-jalan?" Tanya Nayra.
"Kak Nay nak pergi mana?" Tanya Naufal.
"Erm aku ingat nak pergi try tealive yang lotus biscoff tu." Kata Nayra. Naufal nengerut dahi.
"Asal tak order je?" Tanya Naufal. Nayra mencebik.
"Actually aku mengidam lah nak naik troli." Kata Nayra. Naufal terkejut.
"Kau biar betul?" Tanya Naufal.
"Eh kau. Jangan nak kau aku dengan aku. Aku je boleh kau aku." Kata Nayra. Naufal menggaru kepala.
"Kau nak pergi mall semata-mata nak naik troli?" Tanya Naufal. Nayra mengangguk.
"Naufal tolong mama beli barang dapur ni." Kata Lalisa. Nayra sudah tersenyum sinis.
"Nak ikut!" Adrian, Fawwaz dan Dayyan turun dari tingkat atas.
"Korang kalau bab menghabiskan duit laju. Bila suruh kerja tak nak." Kata Nayra. Adrian, Dayyan dan Fawwaz tersengih.
Sampai sahaja dipusat beli belah milik Nafian mereka terus keluar dari kereta.
"Erm aku tak nak naik troli yang orang selalu guna." Kata Nayra. Naufak mengerut dahi.
"Habis?" Tanya Naufal.
"Nak troli baru." Kata Nayra. Naufal mengangguk.
"Bawak keluar troli baru satu." Kata Naufal pada pekerja disitu.
"Baik Tuan Naufal." Kata pekerja itu.
Pekerja tadi membawa keluar troli baru membuatkan Nayra tersenyum.
Nayra terus duduk didalam troli tersebut. Naufal menolak troli itu ke dalam pasar raya.
"Ambil ni doh ha ni pun ambil sekali HAHAHAHAH ambil je banyak-banyak." Adrian makin galak mengambil coklat yang ada.
"Woy woy ingat orang belakang." Tegur Naufal.
Adrian menoleh ke belakang.
"Belakang aku takde orang." Kata Adrian.
"Weyh Rian! Ambil pistol ni nak?" Kata Dayyan sambil menunjukkan pistol mainan.
"Ni tembak anak Lean best ni." Kata Fawwaz. Adrian dan Dayyan tersenyum nakal.
"Jom kak Nayra. Naufal tak nak anak buah Naufal ikut perangai diaorang." Kata Naufal. Nayra yang duduk didalam troli sambil memakan jelly mengangguk bersetuju.
Naufal menolak troli pergi ke tempat sos dan kicap.
"Kak Nayra duduk sini kejap. Naufal pergi cari tisu." Kata Naufal.
"Ya ya whatever." Kata Nayra sambil memakan jelly.
"Nyum nyum sedap." Ujar Nayra.
"Kakak." Seorang budak perempuan menegur.
Nayra menoleh memandang gadis kecil itu.
"Nah kakak ade orang bagi." Kata gadis itu sambil memberikan 3 kuntum bunga mawar.
"Siapa bagi?" Tanya Nayra. Gadis itu mengangkat bahu.
"Rina tak kenal tapi dia kata akak kenal dia." Kata Rina.
YOU ARE READING
MR.BADBOY,MRS.MAFIA:NAYRA LACRISSA XAVERRA (COMPLETE)
Romance𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 4 [C O M P L E T E] "Engkau tetap ada dihati aku." Dia Nayra Lacrissa Xaverra,gadis yang dari kecil dilatih menjadi seorang mafia. Berketurunan mafia,jatuh cinta dengan seorang jejaka. Jejaka dingin dan di label badboy kerana sering mel...