🌼BAB 10🌼

6.9K 469 24
                                    

Nayra dan Tengku Eykal duduk disebuah bangku sambil melihat permandangan hijau.

"Kal." Panggil Nayra. Tengku Eykal menoleh.

"Yes my love." Jawab Tengku Eykal.

"Lepas ni aku rasa kau tak payah lah ambil aku lagi kat rumah. Aku nak naik baby aku." Kata Nayra. Terus Tengku Eykal menggenggam penumbuk.

"Who's your baby?"tanya Tengku Eykal dengan dingin.

"Motor aku lah." Kata Nayra. Tengku Eykal mengangguk.

"Why kau tak nak naik aku dah? Takut kene gosip?" Ujar Tengku Eykal. Nayra menjeling.

"Mafia takut kene gosip? That's hilarious." Kata Nayra dengan sinis.

"Then naik jela aku pergi sekolah." Kata Tengku Eykal.

"Habis motor aku tu nak buat apa? Biar tersadai?" Kata Nayra. Tengku Eykal terdiam.

"Dah lah jom balik." Kata Tengku Eykal lalu meninggalkan Nayra.

"Eykal.." Tengku Eykal tidak mengendahkan Nayra.

"Eyy mamat gengster ni. Aku nak pergi sekolah naik motor sendiri je. Eyyy geram!" Ujar Nayra sambil menumbuk tembok disebelahnya.

Tengku Eykal menunggu Nayra 5 minit di atas motosikalnya.

"Ey minah mafia ni tak reti balik ke?" Kata Tengku Eykal sendirian.

"Aku ingat kau tak nak balik." Kata Tengku Eykal selepas melihat kelibat Nayra.

"Kang orang risau lak." Kata Nayra sambil menaiki motosikal Tengku Eykal.

"Tch, siapa yang nak risau pasal kau?" Kata Tengku Eykal.

"Family aku." Ujar Nayra.

"Whatever." Terus tengku Eykal memecut laju.

Sesampai dirumah agam Laressa, Nayra turun dari motorsikal Tengku Eykal. Baru sahaja Tengku Eykal ingin memecut Nayra menahan.

"Kau marah aku?" Tanya Nayra. Tengku Eykal hanya menggeleng.

"Aku minta maaf kalau kau rasa kau marah. Tapi aku dah lama tak bawa motor aku tu. Nanti rosak sia-sia je." Kata Nayra. Tengku Eykal mengeluh.

"Okey aku bagi kau naik motor kau but kau pergi sekolah saing dengan aku." Kata Tengku Eykal. Nayra mengangguk tersenyum.

"Dah pergi masuk." Ujar Tengku Eykal. Nayra melangkah masuk Tengku Eykal terus memecut laju.

Baru setapak kaki Nayra melangkah...

"Ku rasa ku sedang dimabuk cinta ~" nyanyi Hadara. Nayra melihat dengan wajah dingin.

"Nikmatnya kini ku dimabuk cinta~"sambung Leandra. Bahu Nayra dipaut.

"Ku Rasa ku sedang di mabuk cinta."Fawwaz menyambung.

"Ku rasa ku sedang dimabuk cinta." Sambung Dayyan.

"Dimabuk cinta." Adrian pula bernyanyi.

Tup.

Televisyen ditutup oleh Dayyish.

"Thanks Yish." Ujar Nayra. Dayyish mengangguk.

"Eyyyy Dayyish why you tutup the tv? We sedang karoke lah." Ujar Dayyan.

Dayyish meletakkan jari telunjuk dibibirnya lalu sambung membuat kerja sekolahnya.

"Annoying nye manusia beku ni." Kata Hadara. Dayyish mengangkat kepala memandang wajah Hadara.

Dayyish bangun dan menghampiri Hadara. Hadara berjalan setapak-setapak ke belakang.

MR.BADBOY,MRS.MAFIA:NAYRA LACRISSA XAVERRA (COMPLETE)Where stories live. Discover now