TAKDIR hanya tertulis untuk kisah hidup kita. Tiada penolakan malah terima dengan hati terbuka. Saat cinta itu hadir, hati tertutup untuk mencari yang lain.
Lakaran nama tertulis di satu kertas lama yang lusuh serta ditemani dengan air mata. Tidak jemu setiap masa menulis nama, perkataan cinta dan rindu.
Semuanya disebabkan dia. Orang yang dia cintai tiada penghujung.
Takdir memihak kepadanya walaupun sekejap. Dia mohon agar kebahagiaan berulang sekali lagi. Detik cinta, bisikan, rinduan...
Pintanya hari-hari tanpa henti. Berteleku atas sejadah dan renungkan benda yang bakal terjadi. Baginya, inilah takdir paling dasyat yang dia alami.
Ya Allah...
Surah Thaahaa selalu menjadi peneman setiap masa, tika dia berseorangan, tidur mahupun solat. Macam rutin harian apabila membaca surah itu.
Gambar seseorang selalu diselitkan di muka surat surah itu di kitab kecilnya. Hati kecilnya selalu menyebut nama indah, orang yang dia cintai.
“Aku tak cintakan kau tapi aku sayangkan kau,”
Kata-kata seseorang itu buat dia menangis teresak-esak. Walaupun hatinya sedikit kecewa tapi dia terlalu sayang, cinta dan rindu terhadap orang itu. Tak mampu dia menampung rindu di dada.
Sakit hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Meski dia tahu dia bukan pilihan pertama dan kedua bagi gadis itu. Atau... Bukan selamanya pilihan dihati. Tapi dia pasti namanya diselit juga dalam doa dan selamanya.
Dia terima...
Takdir ini.
________________❦_______________
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةًۭ مِّنِّى وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِىٓ
And I bestowed upon you love from Me that you would be brought up under My eye. (Surah Thaaha : 39)
![](https://img.wattpad.com/cover/327810498-288-k172345.jpg)
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."