Bab 24

21 0 0
                                        

𝐋𝐞𝐥𝐚𝐡

"RAN! Dah siap ke?" Acap kali dia dengar suara mamanya memanggil. Bibir pula tidak henti melepaskan keluhan berat. Malas betul nak melangkah kaki ke depan.

"Ya."

"Cepatlah, Aisha dah tunggu."

Satu hal lagi. Ini yang dia tak suka. Perempuan itu benar-benar buat otak dia bikin pecah. Mentang-mentang selepas tragedi berlaku tiga tahun lepas berlaku, terus wanita itu tidak henti mengacaunya.

Nasib dia mempunyai sifat sabar yang amat tinggi. Kalau tidak mahu makan penyepak wanita itu dikerjanya.

Dhafir pulas tombol pintu. Tersembul wajah Datin Mona di hadapan pintu biliknya. Mata kuyu itu memandang tanpa perasaan. Kening dijongket sedikit.

"Apa?" Soal Dhafir. Dah kenapa muka mamanya seperti melihat orang gila sahaja?

"Apa Ran pakai ni? Ran nak keluar tau! Bukannya nak pergi memancing." Tegur Datin Mona. Nak marah pun ada tapi sabar.

"Kenapanya? Bukannya Ran nak pergi dating. Keluar makan je pun. Ran pakai baju apa? Bukannya bogel macam model terkenal tu." Mulalah baran si Dhafir ni mahu keluar. Pakaian bukannya menjolok mata. Hanya memakai baju T putih dipadankan dengan jeans biru yang agak lusuh.

Datin Mona hanya geleng kepala.

"Mama, Ran penatlah. Baru dua hari lepas balik France takkan dah keluar rumah? Dhafir banyak fail nak kena check ni." Keluh Dhafir.

"Ran."

Dhafir pejam mata. Dalam hati sudah sumpah memaki si Aisha. Penumbuk dikepal kemas. Wajah cuba dimaniskan walaupun masih jelas dengan wajah yang kusut dan letih. Tak sampai hati pula bila Datin Mona sendiri yang memaksanya menemani Aisha.

Dengan longlai Dhafir turun tangga. Setelah berjumpa dengan Aisha yang ceria bagaikan kanak-kanak itu terus mereka keluar dari rumah menuju ke destinasi. Dhafir hanya dengar kata. Bila Aisha suruh masuk ke dalam kedai ini, dia hanya mengekor.

"Kenapa abang selalu makan makanan ni je? Tak jemu ke?" Tanya Aisha pelik. Bila dia keluar dengan Dhafir pasti makanan ini yang dipesan.

Malah di rumah pun, jika Datin Mona menjemputnya datang pasti Dhafir seorang sahaja makan makanan ini. Lauk lain tidak sesekali dia usik.

Dhafir memandang nasi berlaukkan ikan masam manis di hadapannya. Jemu? Dia tak pernah jemu dengan makanan kegemaran Hara. Mana mungkin dia jemu, jika dia makan lauk ini pasti teringatkan Hara. Jadi untuk ambil mudah, dia akan makan lauk ini tiga kali seminggu untuk mengingatkan Hara.

Aisha mendengus. Hanya memandang tajam pada Dhafir yang selera makan itu. Nampak lapar benar. Tak makan ke?

"Abang tak makan ke? Lapar semacam Aisha tengok ni."

"Hm..." Gumam Dhafir membalas.

"Hm, apa kata abang rasa makanan Aisha? Asyik makan tu je, jemulah!" Pinggan makanan Dhafir dirampas kemudian meletakkan pinggan makanannya di hadapan Dhafir.

Dhafir hanya diam walaupun sudah binggung tahap ke bulan. Bebolanya jatuh melihat spaghetti aglio olio yang penuh sayuran itu. Muka Dhafir tiba-tiba keruh. Jelas pemakanannya terbantut.

"Makanlah, abang." Pelawa Aisha.

Entah kenapa Dhafir jadi beremosi. Dia tak suka bila ada orang merampas makanannya. Lagi-lagi makanan yang baru dia makan tadi. Hilang selera Dhafir. Sudahlah lapar, penat pula. Tahu-tahu makanan dah kena baham dengan orang di depannya ini.

"Please, Aisha. Bagi abang makanan tu balik. Abang rasa hmmm dengan makanan Aisha ni." Tak mahu dia sebut perkataan ‘muntah’ itu di hadapan makanan. Tidak elok.

Aisha yang mahu menyuap lagi suapan terhenti. Dia pandang Dhafir. Wajah mendung seperti orang dalam masalah dan tinggal air mata sahaja untuk mengalir. Dah kenapa pula ni?

"Abang kenapa?" Tanyanya.

"Abang nak balik." Dhafir mula berdiri. Emosinya kacau. Rasa sedih tiba-tiba menghurung diri dan hati.

"Eh, abang!" Aisha mengejar langkah Dhafir. Dia melekapkan kedua belah tangan ke lengan sasa Dhafir.

"Abang kenapa macam ni pula? Tadi okay je. Kalau abang penat, cakap. Tak adalah Aisha paksa abang ajak makan."

"Bukan Aisha memang paksa abang? Abang penat Aisha. Abang baru balik France tak sampai tiga hari. Banyak kerja manuskrip yang menimbun yang belum abang semak. Give me some space," ujar Dhafir mendatar.

"Abang..."

Seolah-olah Dhafir memanipulasikan keadaan buatkan Aisha rasa bersalah. Lagi-lagi melihat mata Dhafir sudah berkaca. Dhafir berubah mood seratus peratus. Cenderung kepada kemurungan itu terus Aisha bawa Dhafir pula ke rumah tanpa banyak kata.












DATIN MONA hanya melepaskan keluhan berat bila berlalu di hadapan bilik Dhafir Ghufran. Sakit dan sebaknya hati seorang ibu tatkala dengar bunyian kuat berada dalam bilik itu.

Kali ini dia tidak tahan lagi. Sudah melebih Dhafir kali ini. Sehingga bunyi kaca pecah dari bilik terus Datin Mona mengetuk pintu Dhafir dengan kuat. Tidak ketuk, dia menepuk-nepuk pula pintu itu.

"Ran! Buka! Apa yang pecah tu!" Jerit Datin Mona.

Dia sendiri sudah tahan dengan sikap Dhafir yang sudah berubah selepas Hara lari di hari perkahwinan mereka. Dhafir jadi pendiam. Dan paling membingungkan, emosi Dhafir suka bertukar-tukar. Itu mereka tidak risaukan sangat sebab Dhafir menjadi begitu sejak kecil tapi bila sudah menginjak tiga puluh empat tahun ini, makin kuat pula pelbagai emosi itu.

"Dhafir Ghufran!"

Diam. Tiada pula bunyi apa-apa dalam bilik Dhafir. Datin Mona tak sedap hati. Tangan gagahkan jua mengetuk pintu walaupun dia tahu Dhafir tidak akan menyahut.

"Ran kenapa ni, Ran?"

Seperti yang dikata, tiada menyahut. Lelah benar dia dengan Dhafir akhir-akhir ini. Baru dua langkah meninggalkan bilik Dhafir, pintu terkuak dari dalam. Datin Mona berpaling ke belakang. Memandang wajah kusut Dhafir.

Serta merta hati yang membara tadi surut. Digantikan dengan pandangan yang kesian.

"Anak mama!" Rahang tajam Dhafir diusap. Berkerut sedikit wajahnya melihat Dhafir.

"Dhafir buat apa? Mama dengar ada bunyi kaca pecah."

"Akuarium terjatuh." Jawab Dhafir.

Datin Mona seakan tidak pasti. Kepala sedikit menunduk melihat dalam bilik Dhafir. Benarlah kata anaknya, ada air yang melimpah dari meja dan serpihan kaca. Ada juga telefon Dhafir mendarat di lantai bersama air dan beberapa ekor ikan emas di situ.

"Are you okay?"

"I'm fine. Kenapa?" Dhafir bertanya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"No... Nothing." Datin Mona mengeleng sebelum memesan Dhafir supaya mengemas bilik dengan berhati-hati.

Dhafir sekadar angguk, menghantar susuk tubuh mamanya pergi. Dhafir menghela nafas berat kemudian menggulingkan mata ke atas.

"Semak." Gumam Dhafir seraya matanya memandang ke arah telefon pintar miliknya di lantai tersebut.

Surat Untuk QarissaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang