Bab 25

8 0 0
                                    

𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭


DESAH nafas bertukar menjadi perlahan. Dada juga berombak perlahan. Siling putih dipandang dengan mata yang mengecil serta kabur dengan air mata.

Tuhan... Sakitnya apa yang dia rasakan ini.

Tangan dibawa ke mata lalu mengelap air mata yang mengalir. Walau sakit tetap berusaha mahu duduk dari baringnya. Kepala yang berdenyut dipicit.

Terasa ada sesuatu mahu keluar dari kerongkongnya terus Jibrael capai baldi di sebelah katil lalu mengeluarkan segala isi perut. Air mata mengalir deras serta esakan kecil.

Sumpah. Dia tidak tahan.

Sakitnya tidak seperti sakit dia kotakan janji setia dengan Hara.

Jibrael ambil air mineral pula di atas meja lampu lalu mengumur mulut. Tekak rasa berpasir dan sakit. Hari ini sahaja sudah tiga kali muntah tanpa henti. Belum lagi hari sebelumnya. Boleh hilang semua isi perut rasanya.

"Papa?" Suara kecil Haiyan membuat Jibrael angkat kepala dengan lemah. Pandangannya sedikit terhalang akibat rambut depannya menutup mata.

Bila Jibrael kuakkan rambut ke belakang dapat dia melihat Haiyan terkedek-kedek berjalan ke arah lalu menyentuh tangannya. Mata kuyunya memandang wajah polos Haiyan. Dengan otak bagaikan putus wayarnya, Jibrael tidak dapat mengenal pasti reaksi yang ditunjuk Haiyan.

Jibrael jadi keliru.

"Are... you okay, papa?" Tanya Haiyan prihatin.

"Huh?" Jibrael tidak faham selain menarik Haiyan ke atas katil kemudian memeluk tubuh kecil itu.

Kehangatan tercipta. Haiyan mendongak memandang papanya yang sedang lelapkan mata. Polos dia melihat papanya seakan menangis dalam tidur. Suara halus keluar dari celah bibir Jibrael seraya air mata mengalir. Haiyan mencengkam baju T Jibrael.

𝘛𝘪𝘨𝘢 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴.

Berkaca matanya menahan gembira yang teramat. Senyuman lebar tidak lekang dibibirnya. Jari telunjuk mencucuk lembut pipi bayi didukungannya itu.

Sungguh indah. Ciptaan Tuhan memang tiada tandingan. Bayi comel itu sangat mengikut wajahnya. Mata, hidung dan bibir. Cuma rambut sahaja tidak mengikutnya.

"Jibrael..." Suara serak Hara membuat Jibrael memusingkan tubuh dengan senyuman manis. Dia mendekati Hara.

Hara mengambil bayi mereka dengan berhati-hati. Hara membiarkan sahaja Jibrael mengelap air mata yang kian mengalir. Mereka berdua tergelak kecil apabila anak mereka mengeliat kecil.

"Comel macam Hara." Puji Jibrael. Sebak dia melihat wajah putih merah anak itu.

"Kacak macam Jibrael." Hara pula memuji.

Diam. Kedua mereka lebih seronok bermain dengan bayi yang baru lahir dua minggu itu. Jibrael amat titik beratkan fasal pemakanan Hara semasa berpantang. Auntie Ratna sanggup terbang ke England semata-mata mahu menjaga Hara. Semasa Hara di dalam bilik pembedahan, rasa sebu dan sebak Jibrael rasakan. Dia menemani Hara berjam-jam lamanya. Mendengar jeritan dan tangisan Hara cukup buat dia trauma. Tapi selepas sahaja wajah anaknya terpampang di depan terus hilang segala sakit.

Jibrael paling gembira sehingga tidak tidur malam kerana menjaga Hara dan anaknya, Haiyan. Banyak kali dipesan oleh Auntie Ratna untuk rehatkan diri kerana lelaki itu juga sakit tapi degil.

"Terima kasih, istimewa Jibrael." Ucap Jibrael lalu mengucup lama dahi Hara.

Hara dongak. Mata mereka bertembung mesra.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now