Bab 9

41 4 0
                                        

- 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮𝐭 -

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

- 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮𝐭 -


JIBRAEL ADHIKA menyandarkan tubuh ke kereta Porsche miliknya yang terparkir di hadapan rumah agam orang tua Hara. Bibir pucat itu menarik senyum menyuruh Hara masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.

Teragak-agak Hara mahu masuk ke dalam rumah. Dapat pula panggilan dari Dhafir yang lelaki itu mahu berjumpa dengan Jibrael, lama mereka mengambil keputusan untuk berjumpa. Akhirnya Jibrael putuskan berjumpa selepas Isyak sahaja sementara dia dan Hara keluar bersama hingga ke malam hari.

Pasti mahu bincangkan hal perkahwinan yang jadi tidak jadi antara mereka itu.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Berbasa-basi Jibrael menyoal. Dijeling sekilas Dhafir yang berada disebelahnya.

"Kau tahu yang Hara terima aku?"

"Tahu." Seperti yang sudah diagak. Pasti Dhafir mahu bincangkan hal ini.

"Disebabkan kau. Tapi aku taknaklah dia terima aku dalam keadaan terpaksa. Bukan aku tak tahu yang dia terima aku sebab kau, kan?" Suara tenang Dhafir membuat hati kecilnya menahan api kemarahan.

"Ya, dia terima kau sebab aku. Yalah aku percaya yang masih ada cinta di antara kami. Mati hidup semula pun mungkin Hara tetap pilih aku. Jangan terkejut pula bila kau kahwin, Hara merangkak lari pada aku." Sinis.

"Dan aku akan pastikan yang Hara akan merangkak cari aku bila kau ada perempuan lain."

Angin malam mengalunkan rambut dan baju Jibrael sekali setentang dengan Dhafir disebelahnya kemudian menikam anak mata antara mereka. Jibrael mencengkam kuat kardigan yang dipakainya.

Apa yang dia rasakan ini? Hatinya terlalu sakit menatap wajah lelaki didepannya ini. Ligat fikirannya melayang membayangkan Hara dan Dhafir memakai busana pengantin semasa hari perkahwinan yang dimana sebenarnya hari perkahwinan dia dan Hara bersatu. Makin menjadi bayangannya melihat Hara tersenyum bahagia seperti gadis itu mengingkari janji mereka.

Dia fikirkan perkara ini lagi! Apa kena dengan kau, Jibrael Adhika?

Berkeriut muka Jibrael. Kaki juga terundur dua langkah ke belakang. Telinga pula rasa berdesing hebat. Jibrael membuka mata semula lalu melangkah pergi dari situ. Hadap muka Dhafir lama-lama memang buat darahnya naik.

"Jibrael! Aku tak habis lagi nak bincang fasal ni." Dhafir mengejar langkah Jibrael.

"Jibrael!"

Samar-samar dia mendengar Dhafir menyeru namanya. Rahang tajamnya diketap geram.

"Hei... Jibrael Adhika!"

Seruan yang kuat membuat langkah terpasung dari terus berjalan. Nafas serta dada berombak kencang tidak boleh dikawal lagi. Tubuh dipusing ke arah Dhafir dan memandang tajam.

Surat Untuk QarissaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang