Bab 2

65 6 0
                                    

- 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 -

PERSEKITARAN KLIA (Kuala Lumpur International Airport) yang dipenuhi manusia dengan manusia pelbagai ragam diperhati satu per satu. Sesekali mulut mengeluarkan keluhan berat. Kaki diatur ke kerusi sambil membawa beg roda bersama.

Dia berjalan ke Costa Cafe sementara menunggu orang ambilnya. Setelah 20 minit dia menunggu dan memesan air, dia termenung memandang gambar seseorang di telefon pintar miliknya. Bibir terukir senyuman kelat.

Jarinya dilarikan pula pergi ke Instagram kemudian menekan profil seseorang untuk mencari perkembangan orang itu. Tiada pula tanda-tanda perkembangan terbaru dari si dia.

Mengeluh.

"Dhafir,"

Lelaki itu memusingkan kepala. Lihat seorang lelaki berpakaian casual sedang berdiri sambil memeluk tubuh. Dia bangun lalu memeluk tubuh sasa lelaki itu.

"Athar!"

Athar mengulingkan mata ke atas. Dia juga membalas pelukan. Rindu akan rakannya yang sudah tidak pulang ke tanah air selama dua tahun. Menetap di London buat masa yang lama kerana mencari perkembangan baru. Kata Dhafir kepadanya.

Athar bukan bodoh untuk percaya semua itu.

"Mana mana dengan Malaysia? Panas?" Tanya Athar selepas duduk berhadapan dengan Dhafir.

"Gila! Aku pun belum keluar airport lagi, kau dah kata panas ke tak. Tapi nak kata cuaca sekarang ni memang panas."

Mereka berbual panjang sehingga tidak sedar masa hampir suntuk. Biasalah lama tidak berbual secara berhadapan, selalunya dalam talian sahaja. Itu pun tidak cukup masa. Masing-masing sibuk dengan kerja esok pagi.

"Malam ni mama kau ada buat makan-makan. Dia jemput aku dan adik aku. Aku tak pasti mama kau jemput orang ramai ke tak. Aku harap tak lah sebab aku tak suka orang ramai." Ujar Athar.

Dhafir mengangguk. Memang mamanya ada mengatakan itu selepas dia pulang ke Malaysia. Katanya mahu meraikan kepulangannya.

Tiba-tiba otaknya terfikir seseorang. Lantas dia memandang Athar dengan muka ingin tahu.

"Hara ada?"

Soalan dari Dhafir buat Athar mengerut kening. Pelik.

"Adalah, kenapa? Dia adik kau, kan? Mestilah ada."

Lama Dhafir diam sebelum ketawa halus.

"Ya ya, mestilah ada."

Athar menaikkan hujung bibir. Dia melihat sekilas jam tangan ditangannya. Matanya membulat besar.

"Dhafir, kita dah lambat. Mesti kau penat. Jom balik. Malam ni ada majlis pula."

"Yalah..."










Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now