Bab 10

49 3 0
                                        

- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐚𝐧 -

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

- 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐚𝐧 -


"MEMANG aku datang sini nak lamar Ran untuk Aisha, abang. Bukan nak tengok hantaran Rissa dengan Jibrael ni."

Suara Puan Inayah tenggelam timbul berkata sedari tadi. Hanya Puan Inayah sahaja yang bersuara dari mereka semua di situ. Selepas apa yang diceritakan setelah apa yang terjadi di luar tadi oleh Datin Mona, terus suasana jadi bising dengan dua beranak itu.

Aisha juga tidak ketinggalan. Mahu melenting. Marah dengan Hara. Lagi-lagi Dhafir yang ingin menikah dengan Hara. Jadi patah hati kecilnya.

"Dah jodoh, Ina." Tenang jawapan Dato' Jahran. Dia melihat semua orang di ruang tamu itu. Semuanya muka marah, sedih dan tidak berperasaan. Susah tentunya Hara.

"Maafkan Ran, aunty. Ran tak boleh terima Aisha. Ran..." Matanya selari dengan Puan Inayah. Memandang Hara yang duduk diam di sebelah Datin Kartini.

"Apa masalah? Apa kurangnya anak aunty? Apa lebihnya Rissa sampai kau orang berebut nakkan dia?" Soal Puan Inayah garang. Hara pula menjeling menyampah. Ingat dia nak sangatkah dalam situasi ni?

Terkebil-kebil Dhafir dibuatnya. Macam mana dia mahu cakap? Kalau jujur agaknya kena marah tak?

"Hm... Aisha tak ada kurang apa. Dia baik, cantik semua ada. Tapi maaf, Ran tak boleh terima Aisha. Ya, mungkin ada sebab kenapa Ran pilih Hara berbanding Aisha."

"Apa sebabnya?"

"Ran dah lama sukakan Hara."

Naik selulit telinga Hara dengarnya. Mata digulingkan ke atas. Asyik perkataan itu sajalah yang keluar. Tak malu itu yang dapat Hara katakan sekarang ini.

"Dhafir Ghufran." Seru Dato' Hadari.

"Ya, ayah?"

Dato' Hadari agak kaget saat Dhafir membuat pengakuan tadi. Dah lama sukakan Hara? Kenapa dia tidak tahu? Dhafir sorokkan semua darinya? Dato' Hadari menatap dalam-dalam mata Dhafir.

“Tak Dato', saya dah berpunya. Mungkin...”

“Tak beritahu ayah pun Ran dah berpunya?”

“Tak ayah...”

Terlintas perbualan dia bersama Dhafir pada malam tahlil itu. Maksudnya bukannya dah berpunya tetapi bakal. Banyak soalan dibenak fikirannya. Jika Dhafir sukakan Hara sudah lama, tidakkah Dhafir terasa sakit hati apabila Hara dan Jibrael bercinta, bertunang? 2 tahun lelaki itu ke London tanpa memberitahu asbab, adakah kerana dua pasangan itu ingin bertunang?

"Ran beritahu ayah... Sejak bila Ran suka Rissa? Kenapa dua tahun Ran lari dari kami tanpa beritahu sebab dan tukar nombor. Hampir dua bulan sebelum Ran nak balik sini baru Ran telefon kami. Kenapa?" Tanya Dato' Hadari hairan. Dagu yang semula jadi terbelah itu diusap lembut.

Surat Untuk QarissaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang