𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧
ENAM BELAS TAHUN LEPAS
Tangan setia mengengam tali beg bekal sambil dia mencari di mana sosok Dhafir dan gadis yang dikatakan oleh Datin Kartini tadi. Jam tangan dikerling sebentar. Lagi empat puluh minit sebelum tamat rehat sesi pagi atau dalam erti kata lain ialah sesi sarapan.
Kaki naik anak tangga menonong ke bilik muzik di hujung bangunan. Betul tekaannya. Pintu bilik yang terkuak sedikit bermakna ada rakannya di situ. Memang menjadi port lepak mereka di waktu pagi dan petang. Jaffan dekati tapi tangan terus kaku dari tarik tombol pintu.
"Nice, Elma. Tak sia-sia kau berlatih. Aku suka cara kau tarik suara kau. Really smooth." Puji Dhafir.
"Really, Fir?"
"Yes, I love it. Come here!"
Hujung mata Jaffan dapat dia melihat rapatnya kedudukan Dhafir dan Elma. Timbul sesuatu dalam hati. Rasa terusik. Jaffan berdeham lalu masuk ke dalam bilik muzik itu.
"Amboi! Rapat-rapat ni dah kenapa?" Tegur Jaffan dalam nada nakal. Dijeling dua rakan baiknya itu.
Dhafir hanya angkat kepala dengan riak selamba manakala Elma sudah larikan kedudukan rapatnya dengan wajah yang polos. Mata Jaffan dan gadis itu bersatu.
"Affan... Bila sampai?" Perlahan suara Elma menyoal.
"Baru je. Nah ni ibu ada bekalkan sarapan untuk kau orang sekali." Beg bekal diletak di hadapan Elma. Gadis itu ambil dan membuka zip beg.
"Wah wrap..." Bersinar-sinar mata Elma melihat wrap yang dibawa Jaffan.
"Thank you, Affan."
"Most welcome, epal."
Elma tunduk. Dengan pipi bertukar merah itu dan bibir mengulum senyum dia menyuap wrap chicken teriyaki ke dalam mulut. Lapar benar dia. Tidak sempat sarapan kerana mahu cepat ke sekolah gara-gara Dhafir.
"Mana Athar?"
"Tak datang. Jaga adik dia, demam."
"Apa kau orang buat masa aku tak ada tadi?" Soal Jaffan.
"Same jealous."
"I am not. Kau orang buat apa tadi?"
"Practice. Elma suruh aku dengar lagu yang dia reka sendiri and aku suruh dia baca cerita yang aku karang. Nothing else." Jujur Dhafir.
Jaffan ketap bibir. "Kenapa Elma kasi kau dengar pula? Kenapa tak tunggu aku sekali?"
"Katanya malu. Dia cakap kau selalu judge dia."
"Eh hallo! Yang suka judge tu kau, bukan aku. Kau cakap baik sikit." Jeling Jaffan. Kenapalah dia dapat kawan macam Dhafir ni?
Jaffan berdiri pergi ke bahagian gitar. Gitar berwarna hitam diusik seraya jari jemarinya berlalu ke tali gitar tersebut. Mata tidak habis-habis menjeling dua orang di belakangnya yang kembali rapat. Dhafir yang tidak lelah memanggil Elma untuk melihat penulisannya dan Elma yang hanya akur. Jaffan gigit bibir.
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."