Bab 6

57 6 0
                                    

- 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 -


"DINNER lagi?"

Entah kali keberapa Datin Mona mahu membuat makan malam bersama. Tahun ini sahaja sudah masuk kali kelima. Memang tak dinafikan lagi yang keluarga berada itu memang pemurah dengan semua benda.

Nak-nak pula hal tentang isi perut orang. Memang tak kedekut!

"Ran kata yang mama mungkin nak bincang fasal wedding kita. Yalah, lagi seminggu. Nak tolak pun tak boleh sebab mama dah bagitahu ibu dan abi," jawab Hara tenang. Sesudu dia menyuap nasi goreng paprik ke mulut.

Kini mereka berada di kafe universiti tempat Jibrael bekerja. Sangat luas dan nyaman. Patutlah Jibrael lebih suka makan di kafe universiti berbanding makan diluar. Jimat masa dan duit. Makanan pun sedap. Atas permintaan Jibrael menyuruhnya teman makan di universiti kerana ada beberapa orang pelajar mahu berjumpa dengannya. Katanya peminat. Walaupun dia pelajar di sini juga tapi tak ada masalah.

Cuma hari ini dia tiada kelas. Kelas dibatalkan jadi boleh teman Jibrael makan di sini.

"Macam mana kena ganti kelas? Best?" Tanya Hara menahan tawa.

Jibrael angkat kening. "Best jugalah. Student tak banyak ragam." Angguk Jibrael.

Jika jadual Hara hari ini pasti dia sudah mengajar budak itu. Gelakkan orang saja tahu! Bagi assignment menimbul baru tahu!

"Jangan nak gelak sangat, Hara. Nanti Jibrael beri kerja banyak baru tahu." Selamba Jibrael berkata. Dia berpeluk tubuh melihat Hara sedang menghabiskan nasi.

"Alah dengan bakal isteri pun berkira. Ingat Hara tak boleh beri kerja banyak juga kat Jibrael?" Apa? Ingat dia tak boleh buli Jibrael? Tunggulah masa lepas akad nikah nanti. Dia akan buli kaw kaw punya!

"Arahan pensyarah. Tak ada istilah berkira atau memilih."

"Kita sama umur so what?"

"Habis? If kita sama umur pun, Jibrael masih ada hak beri kerja macam tu kat Hara. Because I'm your lecturer."

"And I'm your fiancé!"

Serentak itu mereka diterjah oleh sekumpulan gadis. Tindakan mereka membuat Hara berhenti makan. Dia angkat wajah bila nama diseru seraya tersenyum manis.

"Ya?"

"Hara! Saya minat semua novel Hara. Kalau boleh, boleh tak nak minta signature?" Semangat seorang itu berkata. Novel miliknya dihulur depan muka Hara tetapi dirampas Jibrael.

"Sir..." Terkejut. Sumpah dia tak perasan kelibat pensyarahnya di situ.

"Nah tandatangan saya. Boleh tunggu Hara habis makan dulu? Kesian dia." Lembut sekali bicara Jibrael. Melihat anggukan dari gadis-gadis itu buatkan Jibrael tersenyum tipis.

"Assignment dah siap?" Tanya Jibrael.

Hara hanya diam. Biar dia memberi ruang kepada Jibrael dan pelajarnya bercakap. Nanti dia pula kena serbu.

"Ah Sir! Janganlah tanya! Kami baru nak fun fun dengan tunang Sir." Cebik mereka. Bukan mereka tidak tahu status hubungan pensyarahnya dengan Hara itu.

Cukup satu universiti ini tahu. Seorang pensyarah yang kacak, berwibawa, tegas dan baik hati itu tunang kepada novelis terkenal, Hara Qarissa. Ada yang cemburu dengan hubungan mereka dan ada yang bertanya kenapa bertunang dengan sepupu sendiri.

Tetapi jawapan mereka hanya senang dan tenang. Ketentuan Tuhan. Dah jodoh. Itu sahaja. Takdir mereka.


















"JIBRAEL tak makan?" Soal Datin Mona pada Jibrael. Lelaki itu mengeleng perlahan. Makanan tetap disua ke mulut.

"Lesu je mama tengok. Jibrael okay ke?" Tanya lagi.

"Okay ma..."

Hara berpaling memandang ke arah tunangnya. Selepas mereka makan tengah hari bersama, Jibrael muntah air sebanyak tiga kali. Seingat dia, Jibrael tidak makan pagi. Katanya tak ada selera. Sudah banyak hari Jibrael berlaku perkara sebegini.

Naik risau dia dibuatnya.

"Tak tahu, kak. Sebelum ni pun lesu je. Makanan pun tak terusik. Nak kata rindu Rissa, tak pun sebab hari-hari jumpa." Datin Kartini angkat bahu.

"Maaf sebab Jibrael tak ada selera makan. Hmmm... tak apa! Jibrael akan makan."

"Eh jangan paksa, Jibrael! Karang jadi apa-apa kat kamu macam mana?"

"Baiklah mama." Patuh. Dia takut dengan tindakannya, Datin Mona akan kecil hati. Kecewa dengannya.

Mereka di ruang makan itu rancak berborak tanpa pedulikan Hara dan Jibrael melayan mereka sendiri. Tanpa mereka sedar, Dhafir memandang tanpa lepas dengan wajah tiada riak. Berkerut wajah itu melihat pasangan itu tersenyum dan tergelak. Apa yang lawak, dia pun tak tahu.

"Jangan jelas sangat boleh tak?" Tegur Athar. Dia menyiku lengan Dhafir untuk mengejutkan lelaki itu dari merenung pasangan itu.

"Apa?" Jelas tidak puas dari Dhafir.

Athar mengeleng. "Betul ke keputusan yang kau buat? Malam ni?" Bisik Athar. Takut orang lain dengar bicaranya.

Dhafir tarik senyum.

"Betul atau tidak, aku pasti benda tu akan terjadi. Lagipun mama dah setuju dan restu. Jadi tak ada masalah." Tenang Dhafir membalas. Gelas berisikan air bandung itu diminum rakus.

"Kau tak rasa ke keputusan yang kau buat ni akan buat Hara lebih benci kat kau?"

Kata-kata Athar membuat Dhafir tersedak. Terbatuk-batuk lelaki itu sambil mengurut dada. Berkerut wajahnya menahan perit dihidung dan dada. Huh pedih!

"Ran? Kenapa?" Tanya Dato' Hadari terkejut. Tiba-tiba sahaja lelaki itu tersedak tidak tentu fasal.

"Tak ada apa-apa." Pandangan dipaling ke arah Athar. Tajam, sangat tajam.

"Eh kau jangan buat aku rasa bersalah boleh tak? Hara tak akan benci aku sampai macam tu lah!" Bisik Dhafir dengan mata membulat.

Takkanlah Hara akan lebih teruk membencinya. Hanya sekadar itu. Bukannya...

"Ini tentang hidup dan mati, Dhafir. Kau dah fikir panjang ke?" Athar seakan tergesa.

Diam.

Dhafir angkat bahu. Jika inilah keputusan yang dia dan mamanya buat, pasti melibatkan hidup. Selama-lamanya. Sejak dia pulang ke tanah air, dia rapat dengan mamanya kerana memujuk wanita tua itu.

Dan hasilnya, menjadi! Sungguh berpuas hati Dhafir dibuatnya. Datin Mona memang terbaik. Makin sayang dia kepada orang tua itu. Dhafir angkat wajah. Ketika itu matanya berlaga dengan Datin Mona. Senyuman tipis ditarik anak beranak itu.

Selesai makan, mereka bergerak ke ruang tamu untuk membincang tentang perkahwinan Hara dan Jibrael. Athar dan Altaf juga tidak ketinggalan. Cuma mengambil tempat jauh sedikit dari keluarga itu.

Datin Mona tarik nafas lalu hembus. Dia memandang Hara yang sedang rancak bercakap fasal majlis mereka nanti. Jibrael dan Datin Kartini pula hanya angguk setuju. Matanya pula dilirik ke sofa sebelah dimana tempat Dato' Hadari dan Dato' Jahran berada.

Sama. Keadaan mereka sama. Rancak borak tentang majlis yang bakal terjadi seminggu lagi.

"Maaf!" Datin Mona mula bersuara tinggi. Debaran dihati tidak dihiraukan lagi. Yang penting ialah perasaan anaknya.

Kesemua mereka angkat kepala. Melihat Datin Mona sedang berdiri tanpa riak dan senyuman. Hangat dinding mata melihat wajah polos Hara dan Jibrael.

"Mama tak restu hubungan kamu berdua. Rissa, Jibrael."

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now