Bab 16

40 2 0
                                        

𝐄𝐦𝐨𝐬𝐢

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

𝐄𝐦𝐨𝐬𝐢


ATHAR berlari mengejar Dhafir yang sudah maju ke depan. Berkerut wajahnya melihat wajah resah Dhafir yang ke hulu ke hilir mencari susuk tubuh Hara.

Majlis yang bakal berlangsung itu serta merta dibatalkan disebabkan perkara ini terjadi. Tetamu juga semua diminta untuk pulang dahulu. Kalau bukan tak disebabkan Hud ada niat mahu membuka tirai, sampai sekaranglah mereka tidak akan tahu yang Hara sudah larikan diri.

Pandangan orang pengunjung dihiraukan. Mana taknya mungkin mereka pelik kenapa ramai orang berpakaian pengantin datang ke sini. Athar mengeleng.

"Fir! Fir..."

"Aku tak tahu diaorang pergi mana, Thar. Diaorang dah berlepas belum?"

"Okay aku tahu kau serabut sekarang ni. Kalau kau tak tahu, kenapa kau berhenti kat sini? Kau kena tanya polis kat balai perlepasan sana," kata Athar dalam mengahnya. Menjaga Dhafir dari dulu sampai sekarang memang susah.

Sekejap marah, sekejap sedih, sekejap gembira. Macam-macam emosi si Dhafir ini ada dalam satu masa.

Athar hanya mengikut Dhafir dari belakang. Sungguh dia rasa kasihan dengan kawan baiknya seorang ini. Dapat tahu lokasi Hara di mana melalui GPS dari telefon gadis itu. Nasib Hara tidak mematikan telefon namun selepas beberapa minit mereka tiba di lapangan terbang terus lokasi Hara mati. Tapi kira bersyukur kerana mereka tahu Hara berada di sini.

Namun selepas satu jam mereka pusing di dalam lapangan terbang ini, susuk tubuh Hara dan Jibrael pun tidak kelihatan. Malah bila tanya orang-orang di situ, satu pun tidak tahu di mana mereka berada.

Dhafir berlari anak apabila jaraknya dengan jarak balai perlepasan hampir dekat. Hati berdebar dan berdoa agar Hara tidak ke mana-mana.

"Helo, cik." Sampai Dhafir. Polis wanita yang bertugas itu berpaling ke arah Dhafir.

"Ya?"

"Saya nak tanya, mungkin cik ada tertengok sepintas lalu atau tak tapi cik nampak tak seorang perempuan, tinggi lebih kurang 168 cm, kulit putih dan seorang lelaki tinggi 184 cm, muka kacuk arab sikit." Terang Dhafir. Berkerut-kerut wajahnya memberitahu tentang diri dua orang itu. Teliti sehingga menunjuk gaya tangan.

Polis wanita itu agak berkerut sebelum memandang rakannya yang di pintu sebelah sana yang turut memandangnya.

"Saya tak pasti."

Dhafir diam. Bibir sudah digigit geram. Rambut yang disikat rapi tadi kini sudah sepenuhnya mencecah dahi. Fikir Dhafir, fikir!

Polis wanita itu melihat Dhafir sebegitu rupa tersenyum herot. Dengan pakaian Dhafir seperti orang baru lepas akad nikah, pasti ada masalah antara dua orang yang disebutkan tadi. Tengok kali kedua, seorang lelaki pula datang menghampiri si jejaka lengkap berbaju melayu itu.

Surat Untuk QarissaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang