- 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 | 𝟏 -
CANDRA membentuk sempurna berserta bintang dipenuhi ruang langit yang gelap. Iris coklat cair itu terpesona dengan ke indahan malam itu. Tapi hati masih tidak tenteram juga.Gusar semakin bertambah!
Sejak apa yang jadi dua hari lepas, Jibrael langsung tak membalas mesej atau menelefonnya. Jika terserempak di kuliah pasti lelaki itu pantas mengelak. Naik isu juga dikalangan pelajar kerana mereka tidak menegur antara satu sama lain. Kalau dulu, di dalam dewan kelas pun ada saja mulut Hara mahu menjawab dan menanya Jibrael.
Dan hubungan mereka makin memburuk! Hara bencikannya. Satu keluarga itu sudah berjauh hati dengannya. Rasa kecewa dan rasa marah. Jibrael dah tak cintakan dia...
Kalau betul pun apa yang dia teka dari sudut hati ini, Jibrael berhak membencinya, menjauhinya dan membuang rasa cinta itu. Terlerai sudah ikatan mereka dengan semudah itu sahaja.
Lamunan Hara termati serta merta saat telefonnya berdering. Hati tiba-tiba terdetik. Adakah Jibrael? Perlahan-lahan dia mengeluarkan telefon pintar dari jaket jersinya. Senyuman yang ingin terlakar, mati begitu saja. Dengan malas Hara menjawab.
"Kau nak apa?"
Dengar deruan nafas di hujung talian terus Hara memandang telefonnya kembali. Telefon orang tapi tak cakap apa-apa. Apahalnya?
"Hara dekat mana? Dah dua pagi ni, Hara. Balik sekarang."
Hara mendengus. Dia melompat turun dari buaian yang dia duduk kemudian berjalan sambil menikmati angin malam. Talian mereka dimatikan. Sesekali rambutnya beralun mengikut angin yang menerpa ke wajah. Mata dikerlip beberapa kali kerana terasa kantuk dan pening. Mungkin kesan darinya yang tidak habis menangis selama empat hari ini.
"Oh sorry!" Terundur tubuh Hara tatkala terlanggar seseorang. Angkat saja wajah semuanya gelap.
Mata itu...
Automatik Hara pandang depan. Kaku tubuhnya. Kaki dipaksa berjalan walaupun berdegil mahu terpacak berdiri di situ. Seluruh badan meremang. Mungkin juga dia silap nampak atau kerana dia terlalu mengantuk sekarang ini. Semuanya mahu muncul di hadapannya!
Tapi... Bukan orang itu. Bukan!
Langkah Hara bertukar laju. Tapi terpasak saat orang itu berdiri betul di depannya. Makin menggeletar teruk tubuhnya kini. Kepala digeleng perlahan. Apa... Apa yang buat aku takutkan sampai macam ini?
"Qar-"
"Hara!"
Panggilan seseorang di belakang Hara buat Hara berpaling pantas. Samar-samar dia melihat seorang lelaki tegap berdiri sambil merenung ke arahnya. Kaki dimajukan. Berpusing lalu berlari akhirnya memeluk tubuh tegap itu dengan erat. Wajah disembamkan di dada bidang lelaki itu.
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."