Bab 17

26 3 0
                                    

𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧



ANGIN sejuk menyentuh kulit seterusnya mendapat sejuknya hingga ke tulang. Matanya berkilau melihat kota di depan mata. Sangat cantik sampai memukau dirinya.

Tangan dibawa ke badan lalu mengosok beberapa kali. Saat dia menghembus nafas terdapat asap yang keluar. Dari atas tempat tinggal sementaranya dapat dilihat banyak kenderaan yang masih berada di atas jalan walaupun jam sudah menunjukkan angka dua belas malam.

Terasa bahunya disentuh seseorang terus Hara buka mata kembali. Dia memandang seorang wanita anggun duduk di sebelah. Sangat cantik sehingga dia terkaku apabila pertama kali berjumpa. Wajah yang tak dimamah usia itu menarik perhatiannya.

"Rissa buat apa kat sini? Dah banyak hari auntie tengok Rissa kat sini setiap malam." Tegur wanita itu.

Hara mengeleng kepala seraya tersenyum tipis.

"Pemandangan cantik sangat, auntie. Hara suka. Sekali Hara pergi kat sini, tak pernah sekali pun ada niat nak tengok pemandangan secantik ni." Jujur Hara. Walaupun hanya jalan bertemankan lampu jalan dan kereta serta bangunan megah tapi itu tetap buat Hara terpegun.

"Tapi tak secantik Hara!" Pipi Hara dicium berkali-kali sehingga gadis itu tergelak geli.

"Auntie Ratna!" Cebir Hara. Habis pipinya comot terkena gincu merah wanita itu. Lama-lama dia senyum sendiri melihat kecantikan Auntie Ratna.

Ratna Abyana. Ya, itu nama sebenar Auntie Ratna. Merangkap adik tiri ibu Jibrael, Kartini Absarina. Kini dia tahu kenapa Auntie Ratna cantik seperti wanita Turki, itu hal kerana ayah mereka memang berasal dari sana. Darah kacukan mengalir dalam tubuh keluarga Jibrael. Baru Hara tahu yang datuk Jibrael kahwin dua. Khaliq, datuk Jibrael orang yang agak berpengaruh ketika itu. Ramai wanita mahukannya kerana rupa yang menawan namun yang beruntung adalah ibu-ibu Kartini dan Ratna.

Kerana Auntie Ratna, Hara mula jatuh sayang.

"Ha! Termenung apa tu?" Tegur Auntie Ratna agak kuat. Rambut Hara dibelai sayang.

"Betulkah apa yang kami buat, Auntie Ratna?" Tanya Hara perlahan. Tiba-tiba teringat kejadian dua hari lepas.

Auntie Ratna tarik senyum lalu menarik Hara ke dalam pelukan. Kasihan terhadap Hara membuak di dada. Gadis itu menjadi mangsa keadaan. Menjadi tali antara dua lelaki.

"Untuk kebaikan Rissa juga. Rissa bahagia kan dengan Jibrael sekarang? Untuk apa Rissa fikirkan hal tu lagi? Rissa dah lari dari gengaman Dhafir. Jadi tak perlu takut."

"Tapi..."

"Sudah, Rissa. Kalau Adhika dengar, habis kamu tahu? Dia kan dah warning kamu jangan sebut lagi fasal hal tu. Dia tak mahu kamu rasa bersalah. Tak mahu kamu rasa sedih sebab berjauhan dengan orang tersayang." Tak tegas dan tak juga lembut Auntie Ratna menegur.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now