• Book 1 •
"Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
- 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚 -
MASUK sahaja ke dalam tempat hentian pelajar dan pelawat, lewat mata-mata pelajar di situ melihat kereta Audi berwarna hitam berkilat itu.
"Aku rasa macam pernah tengok je kereta ni," kata seorang pelajar.
"Aku pun rasa..." Mata dikecilkan melihat nombor plat kereta. Tidak asing lagi! Dia kereta milik...
Tersentak pelajar apabila pintu kereta dihempas dengan agak kasar dan kuat. Memandang seorang gadis yang anggun keluar dari kereta.
"Penulis bawa penulis bawa penulis pergi ke universiti. Gila betul Hara Qarissa ni. Dikeliling dengan nama orang ternama betul. Tunang anak korporat barang antik dan pereka fesyen. Mak ayah pula trade terbesar. Abang penulis terkenal seluruh pelusuk dunia. Adik pula peninju. Apa lagi kau nak?" Hujah seorang pelajar di situ dengan cebikan. Senang betul jadi seorang gadis bernama Hara Qarissa.
Nama naik pun senang. Berduit. Tiada apa yang kurang.
"Tapi tak pernah pula aku nampak Dhafir Ghufran tu hantar dia. Sebelum ni pernahlah tapi sekali saja."
Mereka masih melihat tindak tanduk Hara. Bagai kasar melayan Dhafir yang setia tersenyum ke arah gadis itu. Mungkin marah?
"Tengok muka Hara. Benci betul dia tengok Dhafir Ghufran tu."
"Gaduh mungkin."
Hara mengulingkan mata ke atas. Apa lagi mamat ni berkeras mahu mengambilnya pulang? Dia boleh saja minta Grab atau Uber. Atau lebih senang dia minta pertolongan Jibrael.
"Hara." Keras Dhafir.
"Tak payah! Jibrael boleh hantar aku balik. Kau tak perlu susahkan diri kau. Jangan bazirkan minyak kereta. Kau ingat minyak murah ke sekarang?"
"Ingat abang kisah fasal tu semua? Yang abang hanya kisah adalah keselamatan Hara."
"Kan aku cakap Jibrael boleh hantar aku!"
"Jibrael nak hantar?" Dhafir tergelak sinis.
"Keadaan pun belum baik. Jumpa pun mengelak. Ada hati nak suruh Jibrael hantarkan. Hubungan Hara dengan dia bukan dalam baik. Jadi, abang tawarkan diri untuk ambil adik abang. Eh bukan, bakal isteri abang." Senyum Dhafir. Lebih kepada sinis dan juga mengejek.
Hara membuat muka. Kerutan sekali terpancul. Apahal lah dia perlu berhadapan dengan orang seperti Dhafir? Sudahlah selenga. Gila pula.
Hara tak terus menjawab. Sebaliknya Hara memusingkan tubuh berlalu dari situ. Kereta Dhafir juga bergerak meninggalkan kawasan universiti itu.
Hara berjalan menuju ke lobi. Suasana lenggang. Mungkin ramai pelajar lepak di kafe sementara masuk ke dalam dewan untuk sesi yang diadakan oleh pengurus universiti ini. Hara berhenti lalu memandang kasutnya.