Bab 7

52 9 0
                                    

- 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 -

"A... APA?"

"Mona!"

"Mama tak restu hubungan kauorang untuk berkahwin minggu depan."

Terus berubah air muka mereka berdua. Hara menahan sabar dihati. Buku perkahwinan dicampak ke atas meja dengan kerutan. Ditentang mata wanita tua yang berani bicara begitu.

"Apa maksud mama? Mama nak batalkan wedding kami? Mama nak musnahkan masjid yang bakal kami bina? Macam tu ke mama?!" Merah wajah gadis itu menahan marah.

Datin Mona mengeleng. "Mama tak batalkan tapi kamu perlu tukar pengantin. Rissa akan berkahwin dengan Ran."

Wah sesenang itu dia berkata. Hara mengepal tangan.

Makin menunduk kepala Jibrael dibuatnya. Mulut terkumat-kamit mengucap panjang. Kini dia tidak halang Hara untuk membidas kembali ujaran Datin Mona. Hatinya terlalu lembut menerima ini terjadi. Apa kurangnya dia? Sehingga Datin Mona membuat keputusan begitu?

"Mama!" Hara merengus kasar. Sungguh dia bencikan apa yang mamanya katakan tadi.

Kahwin dengan Dhafir? Perkara paling bodoh yang dia akan lalui.

"Mona! Kenapa Mona buat keputusan tanpa bincang dengan Tini? Macam mana Rissa dan Jibrael?" Datin Kartini menentang wajah kakak iparnya dengan geram. Dia tidak bersetuju langsung dengan permintaan Datin Mona.

Jibrael meraup wajah sekali lagi. Apa lagi yang maksunya tidak puas hati dengannya? Dia menjeling sekilas pada lelaki tegap dihadapan mereka semua.

"Jibrael... Hara tak nak kahwin dengan dia! Tolonglah!" Hara memberontak. Dia mendekati Jibrael lalu tangan lelaki itu digenggam kemas.

Wajah tak bersalah Dhafir membuat hatinya panas. Untuk beberapa tahun lelaki itu tidak pulang ke tanah air, tiba-tiba pulang dan mahu menikah dengannya. Malah Datin Mona sendiri bersetuju tentang itu walhal dia tahu Hara dan Jibrael masih dalam hubungan.

Kau bagi emas dinar pun aku tak akan lah kahwin dengan kau! Hara merengus.

Dhafir mendongak memandang Hara. Dia pamerkan senyuman manis pada gadis itu tapi dibalas pula dengan jelingan membunuh.

"Tak payah nak senyum kat aku lah! Muka macam tapir apa dah." Gumam Hara.

"Hara Qarissa!" Datin Mona meninggi suara.

"Mama... janganlah marah, Hara." Dhafir cuba berdalih. Wajah dimaniskan.

"Eh kau jangan nak tunjuk baik lah! Walau kau abang angkat aku dan ada hak sah untuk bernikah... Jangan harap aku nak berkahwin dengan kau. Tak malu ke balik-balik je terus minta kahwin? Dengan adik sendiri pula tu." Sinis Hara.

"Ibu... Apa ni? Kenapa Hara kena kahwin dengan Ran pula? Ibu dan Mama Mona tahu jugakan yang Jibrael dengan Hara dah sembilan tahun." Jibrael tarik nafas. Siapa saja tak terkejut dengan ujaran Datin Mona tadi? Tunang sendiri akan berkahwin dengan abang sendiri?

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now