Bab 4

64 6 0
                                    

- 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 -


PEGUN mata Hara memang sejambak bunga tulip putih dan dihiasi dengan baby breath disekitar plastik bunga dihadapannya. Kepala didongakkan melihat siapa gerangan yang memberi bunga itu padanya.

Bibir automatis tersenyum lebar. Rindunya pada lelaki ini sudah melebihi had. Sudah seminggu mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka yang akan berlangsung dua minggu lagi.

"Maafkan Jibrael Adhika seorang ini..." Mohon Jibrael sambil mengemamkan bibir. Wajah dimaniskan.

"Sebab?" Sengaja Hara tidak mengambil sejambak bunga itu ditangan Jibrael. Senyuman tidak boleh disembunyikan lagi.

"Because of everything. Jibrael takut Hara marahkan Jibrael sebab Jibrael jarang telefon atau jumpa Hara." Jawab Jibrael perlahan.

Mahu tergelak Hara dibuatnya. Skrin komputer riba ditutup kemudian menopang dagu sambil memandang ke arah Jibrael. Matanya beralih pula bila Jibrael duduk disebelahnya.

"Hara..."

"Hm?"

"Hara tahu tentang bunga tulip putih ni, kan? Maksud pemohonan maaf. Jibrael tahu Hara tak suka bunga tulip tapi Jibrael beli sebab nak Hara maafkan Jibrael lah," kata Jibrael. Bundar mata Jibrael menikam anak mata Hara.

Saat itu juga Hara tergelak kuat. Semakin hairan Jibrael dibuatnya. Apa yang kelakar?

"Kenapa ketawa?"

"Jibrael... Jibrael ingat Hara macam perempuan lain ke? Tak telefon atau tak jumpa sekejap dah merajuk? Hara nak tanya Jibrael, Hara macam tu ke Jibrael Adhika?"

Jibrael mengeleng perlahan. "Tak..."

"Obviously. Jibrael tak perlu beri Hara bunga pun. Hara faham situasi Jibrael dan Jibrael faham situasi Hara." Lembut bicara Hara. Kini bunga itu bertukar tangan.

"Ya Allah..." Tergelak kecil Jibrael bila Hara kata begitu. Mungkin dia juga sudah terikut rakannya sehingga beri bunga untuk memujuk teman wanita mereka bila merajuk.

Ah memalukan!

"Jibrael tak ada kelas?" Tanya Hara.

"Tak." Jawab Jibrael sambil menyentuh knit cardigan bercorak bunga di atas meja itu.

Salah satu sifat Hara yang suka mengait baju sehingga membuat perniagaan sendiri. Pernah Hara membuat kardigan untuknya ketika ulang tahunnya yang ke-20. Walaupun sudah dua tahun berlalu, kardigan itu masih muat dengan tubuhnya. Tidak pernah lepas dia memakai setiap kali malam.

"Kalau boleh, Jibrael nak kardigan yang Hara buat je untuk hantaran nanti."

"Kenapa?"

"Sebab Jibrael suka." Itu sahaja jawapan Jibrael.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now