• Book 1 •
"Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."
Beberapa tangkai bunga mawar terletak elok di atas papan kekunci membuatkan kerjanya terhenti sekerat jalan. Dengan kerdipan mata dia melihat bunga mawar merah itu.
Pandang bawah pula melihat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sedang tersengih ke arahnya. Dengan mata kian sepet dan memiliki lesung pipit, rambut hitam pekat, iris mata berwarna kelabu yang menawan buatkan dia menarik tubuh kecil itu dalam riba lalu memeluk erat.
"Hmmm, not me but papa but me too!" Suara kecil Haiyan memenuhi di ruang tamu tersebut.
"Mana dapat bunga ni? Haiyan dengan papa beli eh?" Tanya Hara.
Tersenyum lebar dia melihat celoteh Haiyan. Walaupun baru tiga tahun usianya tapi mulut mengalahkan anak kecil yang sudah masuk sekolah. Kadangkala penat mereka mahu melayan karenah si Haiyan tapi bila diam pandai pula mereka mencari jalan untuk bisingkan anak itu kembali.
Haiyan geleng kepala sambil jarinya memintal kain yang dipakai Hara.
"Petik, mama." Jawab Haiyan jujur. Kepala dilentokkan ke dada Hara. Penat memetik bunga di taman kecil mamanya masih belum hilang.
Kening Hara terangkat. Jadi benarlah tekaan dia. Patutlah macam kenal saja bunga mawar ini, segar lain macam. Datang pula tanpa hiasan memang jadi kepakaran Hara untuk meneka.
"Petik kat Eden Eden? Siapa yang petik? Haiyan or papa?"
"Papa."
Hara rasa tersirap tapi masih lagi senyum. "Where's papa?"
"Sini, sayang."
Kepala Hara terus tertoleh ke kanan apabila pipinya dicium sekilas. Wajah selamba Jibrael dipandang geram. Rasa nak picit-picit saja sendi suaminya yang sakit itu.