Bab 18

27 3 0
                                    

𝐂𝐮𝐛𝐚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐂𝐮𝐛𝐚

PADANYA, setiap pertemuan telah ditakdirkan. Segala ketetapan takdir sudah disusun indah dan cantik. Tabah pada hati untuk terima segala takdir yang bakal terjadi kelak.

Hara mencarit senyuman lebar dibibir. Ditatap lama wajah kacak sedang terlena di dadanya. Sangat tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Halus rambut Jibrael masuk ke celah jari jemarinya.

Terasa dikacau terus Jibrael memeluk pinggang Hara yang berada di dalam selimut tebal. Perlahan-lahan Jibrael buka mata apabila telapak tangannya rasakan kulit tubuh Hara. Dalam mamai dia hadiahkan senyuman buat isterinya.

"I tried my best, my love." Tenggelam suara Jibrael.

Hara tarik senyuman kelat. "You did your best." Ubun-ubun Jibrael dikucup sayang.

Kadang kala dia putus asa dengan sesuatu benda. Iaitu mendapatkan zuriat. Ya, mereka tahu ia terlalu cepat untuk orang yang baru setahun berkahwin tapi itu keinginan mereka. Mahu memegang bayi, menjaga dan membelai. Namun, belum rezeki. Mereka sendiri sudah membuat ujian sebelum berkahwin. Tiada apa-apa penyakit antara mereka berdua.

"Bukan ke masih awal lagi, Jibrael?" Soal Hara perlahan.

Jibrael tak menjawab. Sebaliknya hanya lelapkan mata dan menerima sakitnya kepala yang dia tahan sedari tadi. Tapi bibir masih jelas tersenyum lebar.

"Jibrael teringin nak pegang, Hara. Jaga Hara bila pregnant."

"Tapi awal lagi. Kita baru saja kahwin."

"Sedangkan orang baru kahwin dua bulan pun dah boleh pregnant, inikan kita dah setahun berkahwin," kata Jibrael. Tiba-tiba tubuhnya mengeras. Kepala diangkat memandang wajah Hara.

Kelat. Terpancar riak kecewa tapi Jibrael dapat mengesan walaupun Hara sehabis baik menyorokkannya.

"Hara minta maaf tak dapat penuhi ke hendak Jibrael. Mungkin salah Hara. Tak bersungguh-sungguh melayan layanan Jibrael bila kita bersama."

"Tak Hara." Jibrael angkat tubuh. Tubuh kekarnya mengepung tubuh ramping Hara. Menegang seluruh otot apabila menahan badan dengan kedua belah tangannya.

"Jibrael salah. Jibrael terlalu tergesa-gesa. Jibrael cuma takut. Takut tak dapat luangkan masa lagi dengan Hara." Sayu suara Jibrael mengongoi.

Hara ketap bibir. Dia faham keadaan Jibrael. Dia faham perasaan lelaki ini. Kasih dan sayangnya memang hanya untuk dia seorang. Dia faham mengapa Jibrael terlalu inginkan bayi darinya. Bukan kerana nafsu tapi kerana masa dan cinta. Dia tahu walaupun singkat masanya tapi dibawa kekal abadi.

Dua tubuh itu bersatu. Dua kepala itu direhatkan di antara bahu. Berat nafas Hara dan Jibrael menahan sesuatu yang tidak dapat diungkap.

"Kita akan cuba lagi, Jibrael. Tak salah untuk kita mencuba. Hara tahu Jibrael takut. Hara tahu Jibrael terlalu negatif dengan semua keadaan. Jangan paksakan perasaan dan kemahuan diri." Jibrael hanya angguk. Dia yakin. Masih ada sirna dalam hubungan mereka. Peluang untuk dia merasa masih jelas dan jauh lagi perjalanan.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now