• Book 1 •
"Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
- 𝐋𝐮𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 -
‘HARA nak manfaatkan dua hari ini dengan Jibrael.’
Mesej yang diterima dari Hara buat Jibrael termenung seketika sebelum bergegas mencari pakaian di dalam almari. T-shirt putih disarung pada tubuh lalu memakai kardigan sulam yang dibuat oleh Hara.
Pergi ke meja solek pula untuk melihat wajah. Rambut gaya two block dibetulkan sedikit dibahagian tengahnya. Pergerakan tubuh Jibrael automatik terhenti. Dia memandang cermin yang pendek sedikit darinya. Lambat-lambat tangannya mengambil lip balm lalu dioles ke bibir pucatnya.
Minyak wangi disembur ke badan. Kunci kereta dan dompet diambil lalu keluar dari walk-in-closet. Pintu kamar bilik ditutup rapat kemudian dia turun ke bawah. Bila terserempak dengan ibu dan abinya, senyuman paling manis dihadiahkan.
"Nak ke mana ni Jibrael?" Tanya Dato' Jahran. Dilihat Jibrael atas bawah. Pakaian kasual yang selalunya anak terunanya pakai.
Semerbak bau wangian dihidu mereka. Datin Kartini mula berkerut halus.
"Ada nak jumpa perempuan ke Jibrael? Ibu tahu, kalau nak wangi-wangi ni mesti nak jumpa perempuan, kan?"
"Nak jumpa Hara. Jibrael nak minta izin ibu dan abi untuk berjumpa dengan Hara. Tinggal tiga hari lagi majlis dia. Sementara tu Jibrael nak luangkan masa dengan dia." Lembut bicara Jibrael. Wajah pula ragu-ragu meminta izin orang tuanya. Takut ditolak mentah-mentah.
Dato' Jahran dan Datin Kartini pandang sesama mereka dengan raut terkejut. Walaupun mereka masih terasa hati dengan Hara dan keluarga di sana tapi bila anak terunanya mahu berjumpa dengan gadis itu, buatkan hati tua mereka rasa sesuatu. Sesuatu yang lega.
Kedua orang tua itu mengangguk seraya senyum.
"Keluarlah. Jaga Hara bila kamu berdua bersama. Jaga kelakuan kamu, Jibrael." Sesama orang tua itu memesan.
Jibrael senyum dan angguk. Pegang pada pesan ibu dan abinya. Dia menyambut tangan orang tuanya lalu keluar dari rumah itu dengan perasaan senang. Senang hanya untuk menutup rasa resah dan sedih.
Hara bakal kahwin. Lagi tiga hari.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan hatinya sekarang ini. Bercampur baur. Mungkin dengan luangkan masa bersama Hara selama tiga hari ini, masa yang paling berharga seumur hidupnya.
"JADI, kita nak spend time together kat mana?"
Soalan Hara buatkan Jibrael tersenyum. Suara riang Hara tidak henti memenuhi suasana di dalam kereta. Tak perlu buka radio pun sudah cukup untuknya.
"How about the beach? Fireworks show? Spend the night at the beach?" Cadang Jibrael. Alang-alang mereka sudah menuju ke selatan, di mana ada banyak pantai di sana. Bolehlah luangkan masa di situ. Banyak masa boleh mereka bersama.