°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°"SORRY miss. Are you okay?"
Aku mendengus perlahan. Hati yang sedia panas akibat dimarah lecturer tadi makin bertambah-tambah panasnya.
Sumpah tak okay. Sakit bahu, sakit hati. Semua sakit. Malas nak melayan kata-kata si dia yang melanggar aku terus melutut dan mengutip segala kertas dan fail yang bertaburan di atas lantai tadi.
"Maaf sebab terlanggar awak."
Lelaki yang tadinya melanggar atau terlanggar aku tadi pun turut sama menunduk untuk menolong aku mengutip segala harta-harta aku di atas lantai. Selepas selesai kami sama-sama berdiri. Dia menghulurkan fail aku sambil tersengih.
"Sorry. Sakit ke?" Dia mengusap belakang lehernya. Mata tepat memandang aku.
Eh eh takla. Rasa kenyal-kenyal gitu. Sedap je rasa bila kena langgar.. Apa punya soalan la. Tak tahu ke badan dia tu keras macam dinding. Sekali langgar bergegar segala organ.
"Siapa yang tak sakit tu maknanya dia bukan manusia. Pakai baju besi ke apa manusia ni?" Aku membebel sendiri. Geram.
"Sorry again. Dan nope. Saya tak pakai baju besi." Aku angkat kepala dan nampak dia tersenyum dengan kepalanya sedikit disengetkan memandang aku.
"Awak single ke?"
Hampir terkeluar biji mata aku bila dengar soalan daripada lelaki tersebut. Gila.. Gila. Dah mintak maaf tanya single ke? Ke??
Tanpa menjawab terus sahaja aku menonong jalan meninggalkan dia. Harap-harap kami takkan terjumpa lagi la. Bukan sengaja nak jadi biadap. Tapi, haih. Malas aku nak terangkan.
AKU melepak di kafeteria hospital bersama Janna. Kawan tak guna aku. Dia sedang menunggu cik abang sayang untuk keluar makan tengah hari bersama. Aku? Tunggu cik abang sayang tu juga. Skandal aku? Allahu, simpang malaikat 44. Nanti jadi sumbang mahram pula.. Untuk pengetahuan semua, Janna berpasangan dengan abang aku.
Abang aku seorang doktor. Namanya Mikail bin Luqman. Sedap kan nama dia. Tapi nama aku semestinya lagi indah. Dan pastinya rupa aku berganda-ganda lebih hellok berbanding dia. Ish ter-riak pula.
Aku tak tau macam mana Janna ni boleh bercinta dengan abang aku. Memanglah aku yang kenalkan diorang berdua. Tapi, tiba-tiba je Janna post gambar mereka berdua dengan caption love-love.. Oh tolonglaa.. Aku tak sangka menjadi juga diorang ni. Nasib baik Janna ni baik orangnya. Taklah aku janggal sangat nak bagi restu kan.
"Lamanya abang kau ni Lia. Ternak kuman ke apa."
Aku cebikkan bibir. "Dah kau yang nak pergi awal. Jangan nak merungut pulak. Lagi satu, lain kali kalau nak dating, jangan paksa aku ikut.. Dahla bosan." Aku menghembus nafas kasar betul-betul di hadapan wajah Janna.
"Adik ipar sayang, hormat sikit bakal kakak ipar kau ni. Panggil aku kakak." Perkara ini kami dah bincang sejak sekian lama. Tapi tak pernah aku ikut. Siapa bagi dia mandat untuk jadi 'kakak' aku?
"Annoyingnya. Macam manalah abang aku bole sangkut. Adusss..." Kenapa dalam banyak- banyak orang abang aku mesti pilih dia? Ni yang nak salahkan diri sebab kenalkan diorang ni. Tak pasal-pasal dah macam tolak takdir tuhan pulak. Ala tapi baru kekasih belumnya rasmi lagi.
Janna tergelak suka. "Inilah namanya jodoh sayang. Aku tak boleh halang kalau Doktor Mikail jatuh cinta pada aku. Aku kan cantik, menawan.. Apa orang kata tu? Hah! Aku ada aura yang luar biasa." kemudiannya tersengih-sengih macam kerang basi. Sumpah buruk.
Aku mencebik buat sekian kalinya. Geli geli geli. Ini kalau kot kot ada masalah dalam keluarga nanti nak mengadu pun macam tak function je. Dia pun, aku yang beri nasihat. Janna si senget. Bila aja ayat dia yang boleh guna? Aku syak dia ayat abang aku guna loyar buruk kot..
"Sorry lambat. Banyak kerja."
Kami sama-sama menoleh. Di hadapan kami berdiri seorang lelaki dengan baju kemeja hitam yang lengannya sudah dilipat hingga ke siku. Dahinya dipenuhi keringat. Gara-gara bergegas ke sini mungkin?
"Sorry saya lambat. Ana dah lama tunggu?"
Janna tersenyum lebar. Automatik perlakuannya jadi lembut. "Eh taklah. Ana faham Mika banyak kerja. Nak lambat lagi pun takpa. Ana boleh tunggu.." Tengoklah tu bukan main berAna-Mika.
Abang Mikail tersenyum tetapi senyumnya pudar apabila terpandang aku. "Kenapa budak ni ada kat sini?"
Bibir yang mengukir senyum tadi jatuh. Aku punyalah sanggup korbankan masa teman 'kekasih kesayangan' dia ni ke sini, dia boleh cakap macam tu? Sampainya hati.
"Ana dengan Lia dari uni tadi. Alang-alang nak keluar Ana ajaklah Lia sekali. Takpakan Mika.." Janna buat suara ayu.
Hah nasib baik Janna bela aku. Inilah kawan. Susah sen....
"Kalau Mika tak selesa Ana hantar Lia balik."
....ang. Rahang aku jatuh. Jatuh sikit je tapi masih lagi cantik. Janna ni nak bela aku ke nak halau aku dalam diam ni?
"Dear pasangan sejoli, aku ni halal gap korang tau. Daripada korang dating berdua baik aku ada as orang ketiga. At least kalau ada setan aku boleh nasihatkan dia."
Krik.. Krik.. Janna dan Abang Mikail saling berpandangan.
"Mika.. Ana rasa laparlah. Makan jom." Janna mula menggedik balik. Abang Mikail senyum dan menurut. Dia tu bila je tak jadi penurut kalau dah namanya pun dengan si 'Ana'nya tu.
"Jom. Mika memang tunggu ayat tu pun."
Mereka pun berjalan meninggalkan aku keseorangan di belakang. Cis palau.
"ANA belajar macam mana? Assignment boleh buat?" Sambil makan sambil bersembang. Dan seperti biasa. Aku di'adik tirikan'.
"Ok je. Setakat ni Ana boleh lagi. Lagipun Lia ada tolong-tolong Ana mana yang Ana tak faham. Mika pulak macam mana?"
"Mika macam nilah. Kerja selalu stress. Banyak tugas sampai tak cukup tidur."
"Takpa nanti kalau dah kahwin, Ana tolong Mika kat rumah. Mika duduk je. Mika balik kerja, Ana picitkan bahu, bawakan air. Khas untuk Mika." Janna mengenyitkan matanya.
Abang Mikail ketawa geli ulu hati. "Ana tunggu Mika tau. Nanti Mika masuk meminang eh."
Ulat bulu dah panjat tiang. Makin lama makin menggeletis gamaknya. Sampai aku hairan kadang-kadang mana dia belajar jadi gedik ni. Dengan abang aku pulak tu. Abang Mikail pun rela je melayan. Tak nampak macam pasrah pun sebab dia pun macam suka. Bilalah drama ni nak habis. Kenapa aku tersekat dekat tengah-tengah pasangan ni?
Aku rasa aku yang kena pergi sebelum aku yang berubah jadi setan. Korang nak buat apa buatlah tak kuasa aku nak dengar diorang beromantika di amor.
"Korang bermaksiatlah dekat sini. Aku nak keluar berjalan. Bye." Aku bangun daripada kerusi. Jelingan dua makhluk itu aku endahkan.
Bila aku cakap nak jalan-jalan aku tipu je. Kedai diorang singgah ni tepi jalan. Yang ada hanyalah beberapa buah restoran dan kedai runcit. Jalan-jalan nak tengok apa? Belek roti? Keropok?
Aku bercangkung di tepi kedai runcit. Sambil-sambil tu tangan bekerja keras membelek-belek telefon. Bosan. Lain kali aku taknak ikut Janna. Setiap kali keluar mesti dia janji dia takkan palau aku. Dan setiap kali itulah aku tertipu.
Oh Milia, naifnya kamu. Sudahlah cantik, innocent pulak tu. Eh?
Dalam aku sibuk memaki hamun dua ekor manusia itu tiba-tiba aku rasa macam ada seseorang berdiri di hadapan aku. Sebab apa? Aku nampak sepasang sport shoes beserta sepasang kaki yang memakai seluar sukan di hadapan aku. Siapa orang ni nak diri depan aku. Takda adab ke?
#Adab kat mana?
Aku mendongak memandang manusia tersebut. Lelaki. Siapa? Aku pun tak kenal. Mungkin dia ingat aku adik dia yang muka seiras dengan aku? Dan dia membalas pandangan pelik aku dengan satu senyuman manis. Bila aku kata manis bukan manis yang biasa-biasa ya. Ni tahap manis sampai semut pun kena potong kaki. Ok aku tahu ini tersangatlah tak masuk akal tetapi benar.
"Hai..."
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...