°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
AKU duduk diam di dalam kereta. Kami sekarang ni dalam perjalanan nak menuju ke rumah baru Nafiz.Sepanjang perjalanan aku hanya duduk diam di kerusi sebelah pemandu. Dia diam aku pun diamlah. Lagipun aku memang taknak bercakap. Aku masih sakit hati dengan Nafiz sebab perbualan kami kelmarin. Dia fikir dia suami dia boleh buat apa je yang dia suka ke.
2 malam sebelumnya.
Suasana sunyi di meja makan yang terisi dengan lagaan sudu dan garfu dipecahkan oleh suara Nafiz. Aku tersentak sebaik sahaja Nafiz habis berkata-kata.
Mummy dan daddy tersenyum-senyum menyambut kata-kata Nafiz.
"Ohhh baguslah. Mummy lagi suka kalau korang duduk rumah sendiri. Pengantin baru mesti nakkan privasi. Tak gitu Lia?"
Mummy dan daddy tersenyum-senyum. Bukan aku tak tahu ada maksud tersirat disebalik senyuman mereka tu.
Huh jangankan kata privasi. Nak dekat pun aku tak sudi. Aku senyum sikit. Tangan bergerak mencubit paha Nafiz. Dia hanya beriak tenang membalas pandangan aku.
"Pindah kat mana?"
"Shah Alam ma. Dekat dengan tempat Fiz kerja. Senang ulang-alik tengok Mil kat rumah."
Aku tak teruja, mummy yang teruja lebih. Fikiran aku kosong. Kenapa tiba-tiba nak pindah? Kenapa aku langsung tak tahu ni?
"Baguslah kalau macam tu." Kemudiannya mereka mula merancang pasal rumah. Hiasan apa, tingkat berapa? Design macam mana? Dan aku langsung tak bersuara. Sungguhla Nafiz ni buat keputusan tanpa berbincang dengan aku dahulu.
Selesai makan, mereka semua bersantai di ruang tamu. Sambil menonton televisyen sambil berbual-bual. Aku gelisah sendiri, menanti waktu untuk Nafiz naik ke bilik untuk berbincang. Melihat aku yang tak senang duduk, Nafiz meminta diri untuk naik. Dia menarik tangan aku ke bilik kami. Setibanya di bilik, aku mula meluahkan ketidakpuasan yang aku tahan sejak dari tadi.
"Saya taknak pindah!"
"Sayang.. Kenapa taknak pindah pulak? Abang dah sediakan semuanya untuk kita. I'm very sure you will like our new home." Nafiz bersuara lembut.
"Awak gila ke. Saya tak pernah tahu, setuju pun tak. Segala persiapan yang awak buat sia-sia je.."
"Abang tahu kalau abang cakap mesti Mil takkan setuju. Jadi apa salahnya abang buat surprise?"
"Surprise kepala awak. Ingat saya suka ke. Awak sesuka hati je buat keputusan."
"Abang ketua keluarga. Abang nak yang terbaik untuk kita."
"Kenapa nak pindah? Saya dah cukup selesa dekat sini."
"Sayang, abang dah siapkan semua perabot, deko. Semuanya ikut apa yang awak suka. Kita pindah ya..."
Tangannya di bahu aku di tepis kasar. "Kalau nak pindah sangat, awak jela yang pindah rumah awak tu."
Nafiz sabar memujuk aku yang melenting tak sudah. "Kita pindah rumah kita berdua. Bukan rumah abang sorang.."
"Awak, awak. Saya, saya. Antara awak dan saya, dah tak wujudnya kita. Saya taknak pindah! Awak faham tak!" Tanpa sedar nada yang aku gunakan naik seoktaf.
"Abang dah cakap pada mummy dan daddy yang kita akan pindah. Takkan tiba-tiba nak cancel."
"I dont care. Awak yang memandai rancang sendiri kan.."
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...