Bab 34

127 5 2
                                    


°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


"SAH?"

"Sah."

"Alhamdulillah.."

Semua ahli keluarga dan para hadirin mengucapkan syukur atas penyatuan dua hati ini. Dengan izin Allah, pada jam 3 petang hari itu di masjid berdekatan rumah, aku sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Nafiz Haidar.

Air mata aku jatuh setitik demi setitik. Tidak. Ini bukan tangisan kegembiraan sebaliknya tangisan kedukaan. Hanya aku sahaja yang tahu betapa terlukanya hati ini. Menjadi seorang isteri kepada lelaki yang aku tak rela.

Mama dan mummy memeluk aku dari tepi. Ucapan demi ucapan yang berbaur tahniah tidak putus-putus keluar daripada mulut para hadirin yang hadir.

Aku tersenyum nipis membalas setiap ucapan yang diberikan kepada kami. Ketika itu aku lihat Nafiz sedang berada di sudut masjid untuk melakukan sujud syukur. Aku memerhati susuk tubuhnya lama. Cuba menyesuaikan diri dengan status baru. Mulai saat ini, cinta atau tak cinta aku perlu menerima hakikat bahawa aku sudah sah menjadi milik Nafiz. Sekarang Nafiz berhak terhadap aku tak kira dari segi zahir atau batin macam apa yang dia kata sebelum ni.

Oh Tuhan. Kenapa aku tak bahagia?

Nafiz datang kepada aku dengan langkah yakinnya. Dia duduk melutut di hadapan aku. Senyuman lebarnya aku balas dengan senyuman kelat. Ini sahaja yang aku mampu. Aku tak kuat untuk menghadiahkan senyuman manis untuk Nafiz seperti yang Zill harapkan.

Walaupun tak rela, tangannya tetap aku sarungkan cincin dan cium hormat. Di saat dahi aku bersentuhan dengan bibirnya, tangisan aku jadi semakin lebat. Seusai itu Nafiz menunduk memandang aku. Mata redupnya yang bercahaya meneliti setiap inci wajah aku sambil tangannya bergerak membelai pipi basah aku.

"Maafkan abang Milia."

Nafiz menyentuh pipi aku lembut, mengusap air mata aku yang tak segan silu mengalir.

"Abang janji abang jaga awak."

Aku menentang matanya lama dengan pandangan kosong. Apa lagi yang perlu aku suarakan. Saat ini aku hanya boleh berserah. Buatlah apa yang kau suka, Nafiz. Aku tak mahu berharap lagi kerana semuanya selalu berakhir dengan kecewa.

Selepas majlis akad berlangsung, sesi bergambar dan beramah mesra dengan para tetamu selesai kami terus pulang ke rumah. Lemas. Aku rasa semuanya palsu. Senyum yang aku hadiahkan pun terasa kelat semacam.

Saat ini aku terfikir bagaimana keadaan di England. Apa yang sedang Danny lakukan? Dia rindukan mama dia atau tidak? Bila fikirkan si anak, minda automatik memikirkan si bapa. Bagaimana dengan Zill? Redhakah dia dengan pernikahan ini? Adakah wujud walau sedikit rasa kesal kerana melepaskan aku?

Aku tersedar apabila bahu aku ditepuk perlahan. Bila aku berpaling, aku disambut dengan tubuh Nafiz yang tidak berbaju.

"Sayang, awak tak nak mandi?"

Aku diam tetapi langkah di bawa terus ke kamar mandi. Tiada hati untuk membalas pertanyaan sang suami. Suami? Ya aku dah ada suami. Kenapa berat sangat hati ini nak mengakui kebenaran itu ya Allah.

20 minit kemudian, aku keluar daripada kamar mandi. Tanpa memandang Nafiz yang masih memerhati, aku terus menyidai tuala di ampaian. Nafiz diam dan mengambil giliran masuk ke dalam bilik air. Nafiz kembali keluar semasa aku baru selesai melipat sejadah. Dia memerhati aku seketika. Aku abaikan pandangan tertanya-tanyanya dan terus berbaring membelakanginya di atas katil.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now