Bab 47

169 5 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°

°

KAMI sama sama melawat kubur arwah auntie Lily. Cinta pertama papa. Kalaulah auntie masih hidup, aku pasti dia sedang hidup bahagia sekarang. Sewaktu daddy menunjukkan gambar arwah kepada kami semalam, aku yang perempuan ni pun rasa insecure. Arwah cantik sangat. Kalau dia masih ada, mesti dia akan jadi rebutan orang biarpun sudah meningkat usia.

Tetapi sayang hidupnya singkat. Aku taklah kata yang aku bersyukur auntie dah takda tapi kalau dia masih ada, mama mungkin bukan mama aku sekarang.

Selesai membaca surah yasin dan tahlil secara kecil-kecilan aku dan Nafiz saling berpandangan.

"Abang harap kisah cinta kita sama macam cinta auntie."

Sebelah kening dijungkit. "Kenapa? Awak nak saya mati awal ke?"

Nafiz picit hidung aku. "Apa pulak cakap macam tu. Maksud abang, ketika saat-saat terakhir pun, cinta dia tak pernah pudar walaupun papa dah putuskan hubungan mereka."

Ya. Perjalanan cinta mereka amat menyedihkan. Di saat-saat terakhirnya pun, dia masih dituduh sebagai pengkhianat. Namun kerana kasihnya dan tak ingin papa menderita, dia telan semua pahitnya.

Nafiz memandang aku. Redup dan menusuk terus ke dalam hati aku. "Abang nak jadi macam auntie. Mencintai Mil sampai ke akhir nyawa abang."

Terasa rama-rama berterbangan dalam perut. Berkeliaran sampai terlanggar segala organ sampai badan pun rasa nak menggeletis sama. Bibir aku terjongket sikit. Lucu.

Aku membalas kata Nafiz. "Saya nak cakap saya pun sama tapi seriously Nafiz Haidar! Awak confess dekat kubur?"

Nafiz ketawa. Eh ada yang kena tanam sebelah je ni.

"Sekurang-kurangnya abang nak ajar Mil insaf ingat mati."

Aku geleng kepala. Susah jugak dapat suami mereng macam ni. Everywhere anywhere nak bagi ayat potong kaki dia tu.

"Nak sweet pun tolonglah bertempat. Awak nak siapa jadi saksi?"

Nafiz tersengih-sengih. Kalau begini barulah kena dengan ayat seluruh alam menjadi saksi. Tegak bulu roma aku jadinya.

"Jom balik?"

Kami sama-sama bangun dari menghadap pusara auntie Lily.

"Mil.." Tangan Nafiz yang mendarat di bahu aku menghentikan perbuatan menyapu debu-debu di punggung. Dia tarik supaya aku menghadapnya.

"Abang tahu Mil belum terima abang sepenuhnya tapi tolong janji dengan abang. Jangan pergi pada orang lain."

"Apa awak mengarut dekat kubur ni? Takda maknanyalah saya nak pergi kat orang lain. Siapa nak saya ni Nafiz... Awak je lelaki tak normal yang tergila-gilakan saya." Kalau aku pergi aku yang rugi. Dalam dunia ni rasanya dah tak wujud lelaki setia macam dia.

"Mil tak tahu abang risau. Mil pergi mana-mana je mesti ada orang pandang. Abang takut. Takut Mil berubah hati dan tinggalkan abang lagi."

Aku pandang Nafiz yang matanya sayu. Alahai dia ni aku nak marah pun tak sanggup. Kalau dia risau aku pergi pada yang lain, aku ni lagilah terlebih-lebih risau. Dia sudahla baik dan kacak. Lebih sempurna dari aku yang tak punya apa-apa ni. Sepatutnya aku yang perlu risau kalau tiba-tiba hati dia berubah sebab bosan tunggu aku.

"Saya pun taknak awak pergi pada orang lain. Jangan risau, kita jaga hubungan ni sama-sama. Saya janji saya takkan tinggalkan awak."

Tangan Nafiz mengusap lembut pipi aku kemudian dia ketawa. "Heshhh nasib baiklah kita dekat kubur. Kalau tak..."

"Kalau tak apa?" Aku pandang dia tajam dan dia tersengih.

"Cepatlah jom balik."

Nafiz ketawa lagi.






KERETA Nafiz berhenti di sebuah kebun bunga di sebuah taman. Aku memandang pelik pada Nafiz yang sedang membukakan tali pinggang keselamatan aku.

"Kenapa kita kat sini."

"Turunlah dulu." Nafiz memimpin tangan aku masuk ke taman tersebut.

Biarpun masih bingung namun aku tetap menurut. Aku memandang sekeliling taman yang dikelilingi bunga-bungaan yang mempunyai pelbagai warna. Nafiz membawa aku ke bahagian taman yang dipenuhi dengan bunga mawar.

Nafiz yang berada di hadapan berpaling kepada aku. Tangannya meraih tangan aku.

"Sayang pernah cakap dulu nak abang melamar dekat ballroom dengan 999 kuntum bunga kan. Abang tak mampu nak hadiahkan bunga banyak-banyak yang hanya boleh bertahan beberapa hari. Jadi abang nak hadiahkan bunga-bunga ni pada Mil."

Aku teruja pandang sekeliling tapi hati berbisik ragu. "Awak nak beli taman ni untuk saya?" Eh kayanya?

Nafiz menggeleng. "No mana ada."

"Nafiz..." Jangan macam-macam, aku baru nak teruja ni.

"Ya sayang. Abang tak mampu nak hadiahkan taman bunga besar macam ni untuk awak. Im sorry okay."

Aku mencebik. Sungguh fake hope sekali. Tapi takdalah aku nak merajuk. Ingat aku demand sangat ke?

"Sebab tu abang bawak Mil datang sini, kita pilih biji benih."

"Benda pelik apa yang awak nak buat kali ni?"

Dia buat muka serius dan pandang sekeliling. "Kita beli biji benih then kita semai sendiri bunga ni sama-sama."

"Nak ajak kita bercucuk tanam pulak dah."

Dia ketawa. Sambil tu tangannya melekat di pinggang aku, mendorong aku supaya meneruskan langkah. "Mil kan suka ada taman mini. Abang nak tunaikan impian Mil ni."

Mengeluh. "Awak tahu tak satu wishlist yang saya nak sangat dulu tapi sekarang saya nak buang?"

Dia senyum pandang aku. Sambil tu tangan memetik beberapa kuntum bunga mawar di tepi. "Tak tahu. Wish apa tu sayang?"

"Having a mini botanical garden."

Nafiz ketawa. Lepastu dia selitkan bunga mawar tadi ke telinga aku. Bibirnya berbisik memuji aku. Dengan mata merah macam ni pun boleh nak puji-puji.

"Saya rasa macam nak benci bunga pulak. Malaslah nak tanam Nafiz."

"Kita tanamlah sama-sama. Be patient sayang. It will be worth it. Sama jugak macam kita semai benih cinta kita."

Apa tunggu lagi Mil, laki kau dah bagi hint banyak kali tu. Nak buat-buat tak faham lagi ke?

"Awak kena tolong sekali la." Aku cakap sambil pandang tempat lain. Malu sebenarnya.

Nafiz tersenyum lebar. Bahagia dengan balasan aku. Macam tak tahu je ayat double meaning dia tu.

"Of course. It takes two people to make our relationship successful."

Nafiz tarik tangan aku untuk berjalan di sekeliling taman bunga tersebut. Sambil-sambil tu tangannya gatal memetik lagi beberapa kuntum bunga yang berlainan jenis. Aku marah dia tapi dia buat selamba je. Tiba di kaunter dia menyuruh pekerja di situ bungkuskan bunga-bunga tersebut. Pandangan serong pekerja di situ dia balas dengan senyuman.

Kemudian bunga tersebut dihulurkan kepada aku. Dia kenyitkan mata dan berlalu ke bahagian lain.

Haih Nafiz ni. Suka buat perkara ikut  suka hati dia.

Tapi takpa, aku suka. HIHIKS.

.
.
.
🌷🌷🌷
Hmmm dah bau-bau ending da ni wakkk.. Saya sedihhhh.. Tapi happy tapi hmmmm..

Enjoy okayy..

Selalu AdaWhere stories live. Discover now