°°°°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°°°
AKU mengemaskan lipatan tudung berkali-kali. Walaupun owning tudung dah bentuk, make up cantik pun dah, aku masih rasa was-was. Okay ke ni? Tak selekeh ke atau tak terlalu over ke?
Untuk pengetahuan semua, hari ni adalah hari keluarga Nafiz datang meminang! Meminang!! Oh aku bakal bertunang. Yeay!!
Disebabkan itulah aku nak nampak cantik dan sempurna. Selain untuk Nafiz, aku nak beri gambaran aku yang cantik kepada keluarga Nafiz sebab satu keluarga Nafiz termasuk abang dan adik Nafiz turut datang sama. Tahukan orang-orang selalu tanya 'bakal menantu kau cantik ke?' Mummy bolehlah balas dengan senang hatinya 'Cantik, sopan santun lagi. Rajin pulak tu.'
Mengada. Berangan buat muka dreamy kejap. Okay Milia jangan main-main. Dah cantik dah ni. Okay jom kita turun.
Aku melangkah ke dapur untuk menolong mama menyiapkan makanan untuk makan tengah hari. Aku tengok mama sedang bertungkus-lumus menyiapkan itu dan ini bersama Mak Yah. Serba salah rasanya. Aku yang nak bertunang mama pulak yang tak menang tangan siapkan semuanya.
"Mama nak Lia tolong apa-apa ke?"
Mama yang sudah lama bersiap senyum pandang aku. "Cantik anak mama. Meh meh sini tolong mama buatkan air."
"Okay." rasa semakin bersemangat apabila kena puji. Okay marilah air, aku tukarkan kau jadi sedap.
"Mama okay tak?" aku masih ragu-ragu. Memang selama ni air yang aku buat sedap, cuma kali ni rasa tak yakin. Tapi bila mama rasa dan dia angguk aku lega. Wahh dah boleh kahwin dah. Eh eh.
Takda apa yang nak ditolong. Semuanya dah siap. Sekarang aku dan mama berbual-bual di meja dapur. Mak Yah pulak menawarkan dirinya untuk menghidangkan makanan. Sedang asyik kami bersembang, kedengaran suara orang memberi salam. Aku terus bergegas masuk ke dalam ke bilik sebab mama cakap, bakal tunang kena duduk bilik. Bila dah selesai urusan berbincang, mummy Nafiz akan masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin.
"Assalamualaikum..." aku memerhatikan mama yang berjalan ke arah pintu. Sekarang aku ada dekat bilik di tingkat atas. Tinggi. Jadi senanglah aku nak intai dari tangga. Hehe.
"Eh jemputlah masuk. Sila sila.."
"Terima kasih." keluarga Nafiz masuk ke dalam rumah dan aku berhenti mengintai. Duduk di birai katil sambil menanti dengan penuh debaran.
"JEMPUTLAH masuk.." Puan Zara membuka pintu dan mengalu-alukan kedatangan keluarga Nafiz masuk ke dalam rumah.
Keluarga Nafiz masuk ke dalam rumah dan duduk di atas sofa diruang tamu. Di atas meja diletakkan dulang yang terhias cantik yang diisi dengan cincin dan manisan.
"Maaflah. Inilah teratak kami yang tak seberapa ni..."
"Takpa. Ini pun dah cukup selesa. Suami..."
"Oh panggil saya Zara. Suami saya Luqman. Sekejap lagi dia datang."
Tidak sampai beberapa saat kemudian Encik Luqman turun dari tingkat atas. Di anak tangga, sempat dia bertembung dengan anak gadisnya. Gadis itu tersengih-sengih.
"Buat apa duduk sini. Pergi masuk dalam bilik."
"Ala pa. Nantilah. Nak tengok..."
Encik Luqman menggelengkan kepalanya. Kemudian dia meneruskan langkah menuju ke tingkat bawah.
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...