°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
DUA hari aku dapat cuti. Cuti-cuti pun kena duduk rumah jugak nak berjalan tak boleh. Maklumlah orang sakit kena kuarantin dalam bilik. Mama aku tulah sayang sangat dekat aku sampai tak bagi bangun. Acecece.Sepanjang aku kat rumah tu pun Nafiz selalu datang melawat. Hmmmm melawat la konon. Lebih kepada nak mengurat kot. Cehh kau Milia. Perasan je. Tapi betul apa sampai setiap kali dia datang mama ajak solat, berborak dan makan sekali. Rumah aku tu dah macam rumah dia dah. Boleh kot rasanya nak caj duit sewa setiap jam ni.
Demam aku betul betul kebah 3 hari kemudian. 2 hari demam lagi 1 hari demam mengada-ngada. Yeah maybe demam tu dah terlampau selesa dengan aku sampai dia tak sampai hati nak tinggalkan aku. Takpala tahun depan jumpa lagi.
Sekarang aku berada di universiti. Dah berapa hari cuti banyak yang aku kena catch up. Banyak kelas dah aku tak masuk. Banyak yang aku kena belajar balik. Sungguh malas ya.
"Milia!!"
Aku toleh tapi tak nampak siapa-siapa. Siapa yang panggil aku ni? Aku meneruskan langkah menuju ke destinasi aku.
"Milia!! Tunggu!!"
Sekali lagi aku berhenti. Mata aku kecilkan dan nampak satu kelibat manusia yang sedang berlari-lari anak. Ke arah aku?
"Nafiz?"
"Laju betul awak jalan. Dari kafe saya kejar. Saya panggil tak dengar." dalam mengah pun nak bercakap. Aku kerutkan kening. Semangat gila kejar aku jauh-jauh. Takda kerja ke?"Kenapa kejar saya? Ada nak cakap atau bagi apa-apa ke?"
Nafiz kembali normal. Nafasnya mula teratur. "Tak ada apa-apa. Awak free?"
Kening aku terangkat. Free dari segi apa ni? Okey aku tahu maksud dia tapi kalau tak sarkastik bukan Milia la namanya.
"I know what you're thinking. I mean awak lapang tak?"
"Kalau sekarang tak. Saya nak jumpa lecturer. Petang baru saya lapang. Kenapa?" aku mula meneruskan langkah dan Nafiz mengikut setiap langkah aku. Macam anak ayam.
"Saya ikut? Saya teman awak ya?" dia mengelap peluh di dahi dan betulkan ikatan rambut panjangnya. Ohh hari ni dia buat sanggul dan sedikit terjuntai di bahagian tepi. Dah macam perempuan dah dia ni. Nasiblah kemas, kalau tak aku syak dia penagih. Subhanallah jahatnya aku ni..
"Eh tak payahlah. Saya mungkin lama tau."
"Takpa. Saya tunggu. Saya nak ajak awak keluar. Nak?"
Alang-alang petang takda buat apa aku pun on ajalah. Nafiz hanya mengikut langkah aku menuju ke bilik Miss Rania.
"OKEY miss. Thank you. Maaf sebab saya tak datang kelas miss haritu."
"It is okay Milia. Saya tak kisah kalau student tak masuk kelas. After all bukan saya yang nak exam. Dalam kes awak ni baguslah datang jumpa saya eventhough banyak kali saya cancel."
Aku mengangguk. "Thank you again miss. Busy-busy pun terpaksa ajar."
"Its okay. Kalau ada yang tak faham boleh rujuk saya semula. Student yang lain pun boleh jugak." Miss Rania tersenyum manis. Aku senyum kembali sambil tangan dah pegang pintu. Aku keluar daripada bilik Miss Rania dengan senang hati. Nasib tak kena marah.
Keluar je dah nampak badan Nafiz yang sedang bersandar di dinding sambil menunduk memandang kaki. Kakinya diseret-seretkan ke lantai. Aku ketawa kecil. Comelnya. Dah macam budak tunggu mak balik rumah nak minta makanan. Aku berdehem dan Nafiz tersentak. Dia angkat kepala memandang aku dan tersenyum. Aku melangkah ke arahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...