Bab 40

158 6 2
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


AKU tiba di perkarangan pejabat Nafiz dengan menaiki grab. Ya kononnya nak memberontak taknak hantarkan makanan tetapi akhirnya di sinilah aku berada. Menatap bangunan yang berdiri gah itu dengan bekal makanan di tangan.

Amboi bukan calang-calang tempat suami aku bekerja ya. Ingatkan biasa-biasa, ini dah tahap hebat bila Nafiz berjaya menempatkan diri di salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia. Eceh puji suami ke Lia? Baru nak mengaku dia hebat, untung dapat dia?

Aku berjalan ke arah lobi pejabat dan bertanya kepada penyambut tetamu di situ. Sekarang aku sedang berdiri di hadapan seorang wanita yang manis bertudung di hadapan bilik suami aku.
        
"Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Saya nak jumpa Encik Nafiz." Encik la kan. Kalau cakap Nafiz je macam takda adab pulak. Eh selama ni kau ada adab ke Lia?

"Cik ada buat temu janji?"

"Temu janji for what?"

"Kalau cik nak berjumpa dengan Encik Nafiz, cik kena tetapkan tarikh dan masa dulu. Lagipun Encik Nafiz sedang sibuk sekarang.."

"Oh ya? Takpa, awak bagi je saya masuk. Dia kenal saya." Aku yang baru nak tolak pintu dihalang oleh wanita bertubuh kecil tu.

"Eh cik cik cik. Tak bolehlah macam tu. Cik kena buat temu janji dulu. Nanti saya yang kena marah dengan Encik Nafiz."

Bekal makanan yang di bawa aku genggam kuat. Jangan sampai perempuan ni dulu yang makan bekal aku. "Awak jangan banyak bunyi boleh tak? Bagi saya masuk."

"Tak boleh cik. Hanya ahli keluarga dia je yang boleh masuk tanpa temu janji."

"Then, bagi saya masuk. Saya isteri dia."

"Maaf? Apa dia cik?"

Aku pejamkan mata apabila wanita itu masih tak berganjak dari hadapan pintu. "Sebelum saya jadi singa, baik awak ke tepi!"

"Tapi cik.."

Badan wanita itu aku rempuh kuat untuk masuk ke dalam bilik Nafiz. Apabila pintu dibuka, terlihat dua orang lelaki sedang berbincang di meja kerja.

Alamak! Salah masa la pulak. Dia betul-betul sedang sibuk.

Kedua-duanya memandang aku tidak berkelip. Seorang tersenyum lebar dan seorang lagi seakan terpinga-pinga. Aku berlagak tenang. Oleh sebab taknak malukan diri, aku buat-buat macam biasa.

"Hai. Busy nampak?"

Gadis tadi menunduk dengan wajah serba salah. "Maafkan saya encik. Saya dah cuba halang tapi..."

Nafiz dan lelaki itu saling berpandangan

"Takpa, awak boleh keluar. Sam, that's all for today. Nanti kita sambung." Lelaki yang aku kira pekerja Nafiz menunduk sedikit sebelum mengundurkan diri.

Aku berjalan ke arah Nafiz yang sedang tersenyum senang memandang aku.

"My dear wife.. Awak datang?"

Aku menjulingkan mata. Taklah. Aku terbang.

"Nah makan!"

Bekal makanan yang di isi dengan nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur campur aku letakkan ke atas meja kerja dia. Kemudiannya aku bergerak ke arah ruangan rehat peribadi Nafiz.

Sempat aku menjeling meja kerja Nafiz. Ir Nafiz Haidar huh. Tak sangka dia berjaya jadi engineer hebat. Aku ni apa ada, belajar sampai ke luar negara tetapi duduk rumah juga akhirnya.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now