°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
HABIS kelas serta perbincangan dengan rakan sekelas aku terus bergerak ke arah pintu gerbang universiti di mana seseorang sedang menunggu aku di situ. Aku dan Zill merancang untuk keluar bersama. Katanya nak survey rumah. Dah jumpa cuma nak tengok keadaan tempat itu okay atau tidak. Sudah hampir sebulan aku tinggal di rumah yang ditetapkan. Entahla kalau Zill kata okay, aku ikut je.
Sampai sahaja di hadapan kereta mercedes milik Zill, lelaki itu mengisyaratkan agar aku duduk di bahagian belakang penumpang. Pelik namun aku turutkan juga. Sempat aku tengok ada seorang kanak-kanak berambut perang panjang hampir mencecah bahu di kerusi hadapan sebelah pemandu. Eh bukan anak Zill lelaki ke? Anak siapa pulak dia angkut ni?
"Sorry for waiting. My class habis lambat."
"It's okay. Kami baru sampai. So, shall we."
"Jomm." kereta mula bergerak.
Aku jengahkan kepala pada bahagian hadapan kereta. Pipi kanak-kanak perempuan yang sedang asyik menikmati coklat itu aku cubit.
"Hello. What's your name?"
Terkebil-kebil mata cantik itu memandang aku. Pelik agaknya tengok wanita anggun depan mata. Cehh anggunlah sangat.
Lambat sangat menunggu balasan si cilik, Zill yang menjawab. "He is Danny Sara. Danny, salam auntie Sara."
Kanak-kanak itu menurut. Aku senyum apabila dia mencium tangan aku. Pipi gebunya aku cuit geram. Comel sangat! Ni lelaki ke perempuan pun aku keliru. Muka girly tapi nama Danny.
"Danny lelaki ke Zill. Kenapa muka dia comel sangat macam perempuan?" sapu tangan yang selalu aku bawa dikeluarkan untuk lap pipi Danny yang dikotori sisa coklat.
"Danny memang lelaki. Dah dia ikut muka parents dia, itulah jadinya. Saya nak potong rambut dia, dia taknak. Nak ikut mama dia agaknya."
Aku mengangguk dan duduk seperti biasa. Sakit tengkuk asyik menjengah ke hadapan. Tapi entahla. Aku tak boleh hentikan tatapan mata aku dari menatap Danny. He is very adorable. Comel je kunyah coklat tanpa peduli keadaan pipinya yang comot.
Well orang takda adik memang macam ni. Jakun.
"Danny, your food looks very delicious. Can I have some?"
"It's mine."
"Ala Danny. Sikit jee."
Danny menggeleng-geleng sambil membawa coklatnya rapat ke dada. Kali ini sumpah aku rasa nak gigit pipi tembamnya apabila dia menjuihkan bibir. Muncung bibir tuuu. I cant.
"Comelnya anak awak ni Zill!! I can't I can't. Rasa nak kunyah je pipi dia!!" tanpa sedar aku terjerit perlahan.
Zill tergelak. Hanya Allah je tahu betapa tak malunya aku. Tapi apa aku kisah. Siapa suruh buat anak comel macam ni.
"Kahwin la Sara. Mana tau nanti anak awak lagi comel. Untung-untung dapat anak perempuan, kita boleh jodohkan mereka berdua."
"Ha ha ha. Calon takda nak kahwin dengan siapa Zill. Besides, I'm to young to get married. "
"Kahwin muda best apa. Dapat elak maksiat. Dapat go around the world dengan suami. Study sama-sama."
Aku senyum kelat. Memang itulah impian aku dulu. Terlalu banyak yang aku angankan. Bila semuanya musnah, rasanya macam baru jatuh terhempas ke bumi. Kenapa Zill mesti mengingatkan aku pada Nafiz?
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...