Bab 7

142 13 0
                                    

°°°°°°°°°°

"You're the definition of happpiness."
°

°°°°°°°°

SEJAK kejadian aku dilamar kelmarin, aku tak lagi berjumpa dengan Nafiz. Batang hidung dia pun aku tak nampak. Ya dia kotakan kata-kata dia untuk beri aku ruang. Dah lebih sebulan berlalu, aku masih belum beri jawapan. Setiap kali nampak dia aku akan lari. Kalau terserempak pula aku buat-buat ada kecemasan kena pergi cepat. Dengan itu aku boleh lari daripada Nafiz.

Bukan taknak terima tapi aku takut. Betul ke dia ikhlas sukakan aku. Perasaan dia setakat sayang atau lebih. Sebab sayang tu rapuh. Aku taknak beri hati pada yang tak serius.

Aku ada cerita benda ni pada Janna. Dia punya excited tu macam dia yang kena lamar. Sedia maklumlah dia kan bercinta dengan kayu, manalah tau sweet mweet bagai. Tapikan, biarkan Nafiz tergantung sepi macam tu buatkan aku rasa serba-salah pulak. Bukan aku tak tau seminggu lepas kes tu hari-hari dia tunggu aku depan perpustakaan. Tempat wajib aku duduk setiap hari. Mesti dia tertunggu-tunggu balasan daripada aku kan. Aku jahat ke buat dia macam ni? Damn kau tanya Milia. Mestilah kau jahat.





"MILIA"

Dalam perjalanan pulang dari bilik rehat, aku terserempak dengan Nafiz. Dia yang ketika itu aku yakin baru selesai kelas memandang aku sayu.

I'm trapped.

"Where have you been?"

Aku diam.

"Kenapa awak lari dari saya?"

Diam lagi.

"Susah sangat ke nak bagi jawapan? I just need a yes or no."

Nafiz meraup wajahnya sambil mengeluh. "Is it that difficult to answer? Awak rasa terbeban ke? I'm not forcing you to say yes but at least jangan buat saya tertunggu-tunggu macam ni. Awak buatkan saya berharap."

Serba salah aku tengok muka kecewa Nafiz. Bukan maksud aku nak larikan diri. Aku ada sebab aku sendiri. "Nafiz.. Sebenarnya saya...."

"Macam nilah. I will take your silent as your answer. Betullah awak kata kita baru je kenal kan. Saya tahu awak mesti tak percayakan saya."

"Awa..."

"Have a nice day. Saya pergi dulu."

"Nafiz..." Aku terkelu melihat kelibat Nafiz yang semakin menjauh.

Memang salah aku sebab lari. Tapi buatkan Nafiz patah hati langsung bukan niat aku. Aku cuma nak tengok kesungguhan dia aja. Tapi sekarang ni dia dah putus asa ke?

Ala janganlah....





AKU resah ditempat duduk sendiri. Tak senang duduk apabila mengenangkan si dia yang sedang bersedih. Bukan niat untuk menolak kehadiran lelaki itu. Tapi... Entahla. Aku mengaku sedikit sebanyak hati aku kosong tanpa kehadiran Nafiz. Kalau tak hari-hari Nafiz akan datang menempel kat sebelah.

Hari ini selepas sahaja tamat kelas, aku bergegas menuju ke kelas dia. Aku berdiri di hadapan kelasnya. Menunggu dengan penuh debaran. Ramai yang masih berada di dalam kelas. Ada yang mengemas barang, berbual dan mata aku akhirnya terpaku pada satu tubuh. Tubuh Nafiz yang sedang berjalan ke arah pintu. Bagus. On time. Nafiz keluar tanpa menghiraukan aku. Mungkin tak perasan aku ada kat sini?

"Nafiz.." Aku memanggil perlahan.

Nafiz tetap meneruskan perjalanan tanpa menoleh. Aik? Perlahan sangat ke? Aku lajukan langkah sambil panggil namanya. Nafiz menoleh. Reaksi wajahnya terkejut namun dia palingkan wajah dan melajukan langkah.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now