Bab 32

121 7 2
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


SEHARIAN aku berkurung. Memikirkan cara untuk melarikan diri. Semua usaha yang aku buat langsung tak jalan. Desak Nafiz pun tak guna. Manusia tak faham bahasa tu bukan tahu nak takut. Aku gertak pun dia boleh senyum.

'Saya nak balik England malam ni. Ambil saya di airport.'

Aku hantar terus kepada Zill. Apa nak jadi-jadilah. Yang penting aku taknak kahwin. Aku kena pertahankan hubungan aku kalau tak sekali lagi ianya akan musnah. Tapi macam mana kalau Zill tolak aku macam yang Nafiz pernah buat dulu?

Teringat perkara tu aku terus buka mesej tadi dan kembali menaip.

   
'Kalau awak beritahu sesiapa, awak akan menyesal seumur hidup'

Tapi bila fikir-fikirkan balik, macam mana kalau Zill endahkan kata-kata aku dan beritahu Nafiz? Tak boleh jadi. Delete delete..

Aku tak bercakap dengan semua orang. Mogok. Waktu ni aku rasa benci dengan semuanya. Abang Mikail pun sama. Bukan dia tak tahu hubungan aku dan Zill. Dia langsung tak bersuara depan mama dan papa bila aku harapkan dia. Dah lupa agaknya kalau bukan sebab aku dia takkan sebahagia ini sekarang. Mengungkit? Ya sebab aku rasa perlu.

Apabila senja melabuhkan tirai, papa mengajak kami sekeluarga duduk di ruang tamu untuk berbincang pasal majlis yang bakal berlangsung. Aku hanya diam dan pura-pura akur. Hakikatnya hanya aku sahaja tahu bila hari esok tiba, semua perancangan yang dirancang hanyalah tinggal perancangan manakala aku sudah selamat sampai di bumi England.

Bila jam menginjak ke angka 2 pagi, keadaan yang aku pasti semua orang sudah lena dibuai mimpi, aku senyap-senyap keluar dari rumah seorang diri untuk ke airport. Masa penerbangan adalah pada jam 5 pagi. Aku perlu bergerak pantas sebab takut mama terjaga malam-malam dan terserempak waktu aku keluar.
  
Sewaktu ingin keluar aku sempat nampak bilik tetamu terang benderang dari celahan pintu. Aku jalan terjengket-jengket supaya  tak menghasilkan sebarang bunyi. Kalau tak, kantoi la. Lambatnya tidur. Siapa duduk dalam tu? Setahu aku rumah ni tak ada tetamu. Janna? Dia menantu bukan tetamu dah. Malas nak berfikir aku teruskan misi lari dari rumah.

Aku selamat sampai di airport. Termenung seketika di hadapan pintu masuk lapangan terbang. Everything will be fine Milia.

Selepas selesai menguruskan urusan beg dan lain-lain aku duduk di sebuah bangku panjang. Tak ramai orang sebab waktu macam ni semua orang sedang lena. Yang tinggal mesti ada urusan penting, contohnya macam aku. Fikir juga betul ke keputusan yang aku buat ni? Agaknya apa reaksi mama dan papa kalau tahu aku lari ya? Akankah aku dibuang keluarga?

Terfikir juga kenapa papa beria nak kahwinkan aku dengan Nafiz? Apa yang dah berlaku sepanjang ketiadaan aku? Kenapa rasa benci dahulu boleh bertukar jadi suka? Aku dan papa dah tertukar perasaan ni. Dari suka jadi benci. Dari benci jadi suka.

Lama termenung, aku hanya tersedar apabila panggilan untuk penerbangan ke England diumumkan. Allahu lamanya aku termenung? Kalau lambat sikit mesti aku terlepas flight. Dengan berat hati, aku melangkah setapak demi setapak. Masih berfikir akibat dari perbuatan aku.

"Milia!"

Aku macam dengar nama aku dilaung tetapi aku endahkan. Dalam dunia ni bukan aku sorang je yang bernama Milia. Langkah diteruskan lagi namun sekali lagi aku terdengar nama aku dilaung. Macam aku cakap tadi bukan aku sorang yang....

"Milia Qaisara! Berhenti!"

Automatik kaki terhenti sebab suara itu persis seseorang yang aku kenal. Bila aku toleh ke belakang, apa yang aku lihat adalah seorang lelaki yang berkain palekat sedang berlari memecut ke arah aku.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now