Bab 12

112 8 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."
°

°°°°°°°°

"HAI my lady."

Aku tak angkat muka. Masih leka dengan laptop dihadapan mata. Takpayah tengok pun dah tahu. Siapa lagi yang panggil kalau bukan Nafiz. Lagipun kitorang memang dah plan nak jumpa dekat Starbuck. Ingat nak jumpa dekat library uni je. Tapi takut bising pulak. Yala kalau jumpa mesti nak cakap-cakap lepastu nanti akak library mulalah nak pstt psst letak tangan dekat bibir suruh senyap. Jadinya kami pun rancang lepak di starbuck sahaja.

"Sayang?"

"Ya. Duduklah dulu. Saya dah order air. Nanti dia tolong hantarkan." aku pandang Nafiz sekejap. Huishh hensem. Rambut panjangnya diikat separuh dan lebihannya dibiarkan bebas, baju kemeja lengan panjangnya dilipat hingga ke siku dan butang baju sudah dicabut menampakkan t-shirt putih di dalam. Kat uni tak sempat nak usya lebih-lebih. Kat sini takpa. Orang lain tak perasan.

"Amboi siap special request lagi."

"Mestilah. Sebab saya comel kot harini. Awak tunggu kejap bole, saya nak siapkan kerja. Sikiiiit je lagi."

"Takpa. Awak buat la dulu. Orderkan saya air apa?"

Aku tersengih. "Espresso. Awak suka pahit-pahit kan? Dah tau dah." aku tanya aku jawab. Gadis material cewahh.

"That's right. Yalah girlfriend saya ni manis. Kalau minum air manis lagi memang kena diabetis la saya." Nafiz tersenyum. Beg yang digalasnya diletakkan di atas meja. Dia kemudian turut mengeluarkan buku. Buku Calculus. Uishhh kira-kira tu. Dalam hati aku mencebik. Takda lifenya sanggup study mendalah yang susah tahap giga tu. Cehh kau yang pemalas Lia jang
an nak mengata orang.

Tak lama kemudian barista datang menghantar pesanan kami.

"Satu untuk Nafiz dan satu untuk Si Manisssss." air tersebut diletakkan di hadapan kami kemudian barista tersebut berlalu pergi.

Aku pandang mata Nafiz dah terbuntang. Lagaknya macam marah je. Aku ketawa dalam hati.

"Yang... Kenapa ni?" aku pura-pura tak tahu.

"Berani dia panggil gadis saya si manis? Siap tambah s terlebih pulak tu. Tak puas hati pulak saya." tangan Nafiz naik mengipas diri sendiri. Amboi cik abang. Panas sangat ke tu?

Gadis saya. Omg omg. Menggedik kejap. Aku tergelak. Nafiz pandang aku pelik. "Awak dah kenapa? Saya tengah panas awak boleh pulak gelak."

"Sayang..." senyuman senget aku hadiahkan kepada sang kekasih hati.

Nafiz menjeling. Matanya dikalihkan daripada aku. Aku ketawa jahat. Mesti dia ingat aku suka pekerja lelaki tu nak mengorat aku.

"Awak.. Air saya ni macam sedap kan? Nak rasa?"  aku cuba nak tarik perhatian Nafiz. Dia menjeling aku sekilas. "Awak.... Tengok la ni..."

Nafiz menurut walaupun pandangan matanya tajam semacam merenung aku. Aku hadiahkan senyuman semanis gula. Bekas air aku ditolak ke hadapannya. Lelaki tu kemudiannya tersengih. Cover macho. Tak sedar pulak tadi dia yang tak puas hati sangat.

"Patutlah dia tahu nama saya. Aduhh Mil." hah tahu malu lepas dah baca nama yang tertulis di cawan aku dan dia.

'Si manissss'

Dia beralih pula memandang airnya.

'Nafiz.'

Sengaja aku letak manis banyak S. Tak sangka pulak abang barista tu patuh betul siap baca meleret-leret. Dan sangkaan aku tepat. Nafiz cemburu. Lawak betul tengok pak cik ni gelabah.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now