Bab 31

102 6 1
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


BAGAIKAN patung, semua perintah mama aku turuti. Sekarang kami berada di butik pakaian pengantin. Menemani mama memilih baju untuk majlis akad nikah nanti. Semuanya mama yang uruskan. Aku hanya duduk di tepi bermain telefon.

Sejak dua minggu lepas, tak putus-putus aku terima panggilan dari Nafiz tapi satu pun aku tak pernah menjawab. Mesej beribu-riban yang dikirim pun terus aku padam tanpa sempat baca. Aku sekat nombor lama, dia guna nombor baru pulak. Sungguh tak faham bahasa.

Bukan itu sahaja, dia juga berkali-kali datang ke rumah untuk membawaku keluar. Kalau dia dah keras kepala, aku apatah lagi. Dia datang, aku berkurung dalam bilik. Mama buka kunci bilik aku, aku keluar melalui tingkap. Nak tengok sangat keras kepala aku kan.

"Cantik juga. Yang design ni ada tak?" mama menyentuh fabrik lembut yang terlekat pada salah satu gaun.

"Semua design ada. Puan boleh pilih colour. Nanti kami boleh keluarkan untuk tengok size."

"Oklah. Cuba tengok yang ni." mama memandang aku seketika. "Lia suka warna apa?"

Aku pandang wajah beria mama dengan pandangan malas. "Hitam."

Mama tersengih kelat dan memandang semula pekerja butik yang setia melayan kami.

"Ambilkan warna putih ya." pekerja tersebut akur melakukan kerjanya. Mama mengambil tempat di sisi aku.

"Lia.. Seriuslah sikit!" paha aku dicubit lembut.

Aku buat tak endah.

"Lia!!"

"Ya. Hitam cantik la. Boleh buat berkabung sekali." manalah tahu semasa malam pertama nanti aku boleh tikam terus. Majlis pun boleh terus jadi majlis pengebumian.

Mama menggelengkan kepala. Malaslah tu nak layan aku. Aku pun malas nak jawab pertanyaan mama yang hampir kesemuanya berkait dengan perkahwinan aku nanti. Ops perkahwinan tak rela aku.

"Mama pilih warna putih. Pergi test baju dekat fitting room."

"Emmm." tanpa banyak menyoal, baju yang dihulur aku ambil dan dibawa menuju ke bilik persalinan. Aku keluar dari bilik persalinan sambil membetul-betulkan tudung yang senget.

"Okay tak?" aku pusing-pusingkan sedikit baju pengantin yang kembang di bahagian pinggang ke bawah. Walaupun aku tak rela dengan perkahwinan ni, jujur aku sukakan rekaan bajunya. Memang impian aku nak baju ala-ala princess macam ni. Malu nak suarakan kehendak diri kerana ego. Nasib baik mama jenis yang memahami. Even kahwin dengan lelaki yang aku tak rela, tapi dapat baju yang aku berkenan, kuranglah sikit rasa sakit hati aku ni. Bolehla aku tengok baju ni dari tengok muka lelaki tu.

"Gorgeous.."

Mendengar suara garau yang membalas, cepat-cepat aku pusing mencari suara tersebut. Besar terus biji mata aku.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Tengok bakal isteri fitting baju."

Aku mengendahkan dia. Mata melilau ke sekeliling untuk mencari kelibat mama.

"Mama awak takda. Only two of us are here."

Aku berpaling memandang dia yang asyik merenung. Meluat melihat bibirnya yang tak lekang dengan senyuman. "Apa kau nak?"

"I've told your mama, saya nak bawa awak keluar."

"Taknak."

"I don't need your permission dear."

Selalu AdaWhere stories live. Discover now