°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
"AKU tak tahu apa lagi yang perlu aku buat. Aku taknak dia."
"Dia suami kau. Nak taknak kau tetap kena terima dia."
"Aku tahu." mengeluh. "Tapi aku dah minta cerai."
"Kau dah gila ke?" Janna meraup wajahnya. Tujuan aku datang melepak di bilik Janna adalah sebab nak mengadu. Dia jelah kawan rapat yang tahu semua pasal aku. Tapi sekarang ni dia 'gila'kan aku pula.
"Excuse me? Dia yang dah gila. Orang dah taknak tu takpayahla nak paksa."
"Jadi apa dia kata?"
Aku tarik muka panjang. "Gila ke dia nak lepaskan aku? Kau macam tak kenal dia.""Apa kata, kau cuba buka hati kau untuk terima dia semula. Macam dulu?"
"Aku cuba tapi susah. Sebab masalah sekarang ni, aku cintakan orang lain."
"Yes that's it. Sebab tu kau kena start lupakan lelaki tu. Kau dah bersuami sekarang ni Lia. Kau masih tau hukum agama kan."
Aku angguk. Benci macam mana pun aku, hukum tetap tak boleh langgar. "Kenapa hidup aku macam ni Janna. Kenapa hidup aku tak senang macam kau. Bahagia dengan lelaki yang aku sayang?"
"Lia.."
"Aku memang malang. Sampai bila-bila pun aku takkan boleh bahagia."
"Shhhh.." Janna tarik aku masuk ke dalam pelukannya. "Jangan cakap macam tu. Semua orang akan bahagia. Cuma cepat atau lambat je."
"Macam mana nak bahagia, bila dengan dia aku rasa kosong."
"Lia..." badan aku terus tegak bila dengar suara abang Mikail.
Selain Nafiz, aku juga benci Abang Mikail. Dia langsung tak cuba untuk tolong aku. "Janna. Nanti sambunglah. Aku keluar dulu."
Sewaktu berselisih dengan abang Mikail, dia memegang lengan aku.
"Sampai bila nak jadi macam ni Lia?"
Aku memandangnya sinis, tangannya di lengan aku di tepis. "Jangan sibuk dengan life Lia. Tahulah Lia buat apa."
Aku terus berlalu keluar tetapi sekali lagi langkah aku terhenti apabila melihat Nafiz yang berdiri memeluk tubuh di hadapan aku. Ohh jadi dia dengar semua la.
Aku meneruskan langkah menuju ke bilik. Aku tahu dia ikut tapi aku biarkan. Sampai di bilik, dia kunci pintu dan aku menyesal. Kenapa aku masuk bilik eh?
"We need to talk!"
Ketawa kecil meletus daripada bibir. "Takda apa yang nak di talkkan la."
"Mil. Abang ni suami awak tau. Tolong hormat perasaan abang." setapak demi setapak dia mendekati aku dan kini dia betul-betul berdiri di hadapan aku.
"Perasaan saya takda siapa nak hormat boleh pulak?"
Dia meraup wajah dan merenung aku dalam.
"Awak taknak abang Mil? Awak cakap abang gila? Tak cukup ke masa kita jauh, awak ada hubungan dengan orang lain."
"Sebab tu saya cakap takda apa yang nak dibincangkan. Saya dah lama nak tahu. Macam mana awak boleh kenal Zill?"
"Itu semua tak penting. Yang penting awak ada hubungan dengan lelaki tu."
"Ya saya ada hubungan dengan lelaki tu. Lelaki tu Zill. Kekasih saya sebelum awak paksa kita kahwin."
"Awak dah jadi isteri abang Mil. Kenapa nak kena ingat lelaki lain."
"Awak yang suruh saya cari lelaki lain dulu kan? Saya buat semua yang awak suruh. Now awak buat saya nampak jahat, konon ada hubungan dengan Zill masa kita masih bersama. Awak kena ingatlah Nafiz. Awak yang taknak saya!"
"Abang buat semua tu dulu bersebab Mil. Awak kena faham."
"Then bagitahu saya sebab apa? Jangan buat saya macam orang bodoh tak tahu apa-apa!" suara aku naik seoktaf. Sebab apa? Aku perlu tahu semuanya tetapi takda seorang pun bercerita.
"Cukup awak tahu, abang sayang awak. Abang buat semua ni sebab abang nak tebus kesalahan abang pada Mil."
"Tak perlulah awak nak tebus kesalahan semua tu. Sekarang ni awak hanya perlu tahu yang saya dah tak sayang awak."
"Milia." dia rangkul pinggang aku. Kami bergelut seketika kerana aku enggan dipeluk olehnya.
"Kita pernah bahagia bersama dulu. Tak boleh ke kalau kita cipta perasaan tu semula."
"Perasaan ni dah lama hilang. Awak boleh
faham tak." aku cuba membentak dan menolak tubuh Nafiz namun dia berkeras untuk mengekalkan aku dalam pegangannya."Sebab tu abang nak kita cuba. Kita cuba jayakan hubungan ni lagi sekali. Abang janji takkan tinggalkan awak lagi."
"Saya dah cuba tapi saya tak boleh. Sekarang saya nak cerai je.""Kita nikah tak sampai sebulan lagi. Apa kata orang kalau tiba-tiba kita bercerai? Perasaan mama awak, mummy abang?"
"Perasaan orang takpayah fikirlah. Sekarang ni perasaan kita lagi penting. Kita sama-sama tersiksa Nafiz. Lepaskan jelah saya. Awak hidup awak, saya hidup saya."
"Mil.."
"Apa kata we make a deal. Kalau lepas setahun kita masih macam ni, talak akan jatuh pada saya?"
"Milia!!"
Aku menjauhinya. "Saya tahu saya jahat. Saya isteri derhaka. Hanya saya je tahu betapa saya tersiksa. Saya taknak buat dosa, saya tahu saya dah tak mampu nak hormat dan jaga perasaan awak. Sebelum kita lebih terluka, baik kita akhiri hubungan kita. Cukuplah sampai sini."
Nafiz mendekat lagi biarpun berkali-kali aku bergerak menjauh daripadanya. Dia genggam tangan aku. "Tolonglah Milia. Abang sanggup buat apa sahaja. But lepaskan awak..." Nafiz menggeleng-geleng. "Abang tak mampu.. Tolonglah kembali kepada abang macam dulu."
Aku memalingkan wajah darinya. Aku tak kuat bila tengok suami aku merayu macam ni. Aku taknak hati aku cair. Aku taknak hati aku terluka lagi.
"Semua ni cepat sangat. Saya tak tahu patut ke saya sayang awak semula."
"Kalau Mil nak masa abang boleh bagi. Seberapa lama yang Mil nak, abang sanggup tunggu."
Aku berpaling menghadap dia. "What if kalau awak bagi saya masa pun saya tetap akan macam ni? Salah saya ke kalau hati dah tak cinta?"
Dia urut dahinya sendiri dan kembali menatap aku. "Abang tak sepatutnya biarkan awak terlalu lama dekat England sampai hati awak jadi milik lelaki lain."
Aku mula naik angin. Jadi dia nak salahkan aku pulak la?
"Ohh awak menyesal sebab tak bertindak awal? Saya pun menyesal juga. Kalaulah saya tak balik, mesti saya dah bahagia dengan Zill sekarang ni."
Nafiz mengetap bibirnya kuat. "Jangan cabar abang Milia!"
Matanya aku tentang berani. Memang pada asalnya aku sedikit gerun tapi aku juga perlu pertahankan pegangan aku. "Kalau saya cabar jugak apa awak nak buat?"
Nafiz merenung aku dengan tatapan tajamnya. Aku memejam mata apabila dia semakin mendekat. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Aku terkaku apabila bukan pukulan yang aku terima tetapi sebuah rangkulan erat darinya. Aku dapat rasa tubuh aku ditarik masuk ke dalam dakapannya. Wajahnya disebamkan ke bahu aku.
"Abang taknak marah awak Mil. Benda tu hanya akan buatkan kita semakin jauh. Tolong jangan buat abang marah." sambil itu dia usap lembut kepala aku.
"Abang mintak maaf sebab buat macam ni tapi abang takkan lepaskan awak." sesudah itu Nafiz berpaling dan berlalu keluar dari bilik.
Aku sempat tangkap matanya yang merah. Nafiz menangis?
Malam itu Nafiz masuk lewat ke dalam bilik. Aku sudahpun lena dibuai mimpi dan hanya tersedar akan kehadirannya apabila Nafiz membawa aku ke dalam dakapannya. Selesa dan nyaman. Aku kembali terbuai dan terlena semula.
🌻🌻🌻
YOU ARE READING
Selalu Ada
Roman d'amour♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...