Bab 48 (Ending)

388 10 5
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°


AKU masuk ke dalam syarikat tempat Nafiz bekerja. Tak seperti sebelum ini, suasana lengang je. Nafiz pun entah ada entah tidak dekat pejabat. Kalau takda, memang nasib kaulah Milia. Itulah main redah lagi datang waktu orang tu nak rehat.

Alhamdulillah Nafiz ada. Sedang berdiri merenung kertas. Sebelah tangannya bercekak pinggang. Aik sempat lagi termenung. Tak pergi makan ke?

"Hai. Dah habis kerja ke sampai sempat lagi termenung ni..." Nafiz nampak tersentak. Dia menoleh laju ke arah aku.

"My dear, awak datang?" Kertas yang sedang dipegangnya diletakkan ke atas meja yang agak berserabut itu. Dia menanti kehadiran aku dengan senyuman kacaknya.

Aku berjalan mendekati Nafiz. "Yaaa saya datang ni bawakan suami makanan." Bekal di tangan aku angkat separas bahu. Dia merangkul tubuh aku.

Sambil-sambil tu aku tengok segala tulisan dan segala apa yang berada di atas meja. "Awak sibuk ke?"

"Taklah sayang. Tinggal sikit je." Nafiz menarik tangan aku untuk duduk bersamanya di ruangan rehat. "Kenapa tak beritahu nak datang? Kalau abang keluar macam mana?"

"Kalau awak takda, saya baliklah."

Nafiz mencebik. "Rugilah"

"Kenapa rugi?"

"Abang tak dapat jumpa sayang.."

"Kat rumah kan boleh jumpa."

"Tak sama.."

Aku senyum. "Kalau saya tak datang awak makan apa?" Sambil bertanya sambil tangan lincah menghidangkan segala lauk yang aku bawa.

"Minum kopi jelah."

"Kenapa tak turun beli makanan?"

"Takda selera."

Aku gelengkan kepala. "Habistu nak makan tak ni?"

"Mestilah nak. Mil masak apa-apa pun abang selera nak makan." Dia bangun sambil melipat lengan kemejanya hingga ke siku. Dahi aku dicium sekilas sebelum dia meminta diri untuk ke bilik air.

Aku tersengih. Nafiz tak pernah tak manis. Setiap saat dia tak pernah buat aku lupa yang aku sentiasa disayangi.

Nafiz kembali dengan senyuman. Doa makan dibaca dan dia makan dengan sangat berselera. Sekali-sekala dia suakan makanan ke bibir aku. Taknak dia seorang sahaja yang makan.

Sesudah makan, aku beralih tempat ke kerusi pejabat Nafiz. Allahu rasa hebat pulak duduk dekat tempat duduk engineer bertauliah ni. Nafiz bersandar di sisi aku sambil bersilang dada. Mendedahkan lengan beruratnya. Keningnya diangkat sebelah merenung tingkah aku.

Telan liur jelah Lia. Kau yang jual mahal.

"Sayang nak cakap something ke?"

Aku tersengih. "Haah. Lepasni Mil nak keluar dengan Ina. Boleh?"

Kening Nafiz berkerut. "Who?"

"Ina kawan Mil la. Mana awak kenal."

"Sayang tak pernah ajak abang keluar." Dia sedikit berdecit tak puas hati.

"Lah complaint. Awaklah kena ajak saya."

"Kalau abang ajak, Mil nak ikut ke?"

"Belum cuba belum tahu."

Selalu AdaWhere stories live. Discover now