Bab 3

176 17 0
                                    

°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°

        
AKU bersandar di tempat duduk kereta. Cuba teka kereta siapa? Grab? Semestinya bukan. Nafiz? Ya dialah. Teringat kejadian sewaktu aku terjumpa dengannya di tepi jalan semasa sedang melepaskan rasa marah aku pada dua ekor beruk tu.

“Encik Nafiz Haidar?” Lelaki tersebut tersenyum sambil melambai kecil.

Aku memandang Nafiz tak percaya. Dia ni setan ke? Semua tempat ada dia.

“Encik buat apa kat sini? Baru balik joging ke?" dengan waktu petang macam ni, suasana pun tak terlalu panas memang sesuai untuk berjoging. Itu je alasan yang aku rasa paling sesuai. Lagi-lagi dia berpakaian sukan sekarang. Tapi tak tahulah kalau itu outfit dia setiap hari ke kan.

"Taklah." Eh? Dia pun kena tinggal macam aku ke? "Saya ikut awak."

Nampaknya aku ada stalker. Tapi aku terfikir apa yang ada pada aku sampai dia ikut aku?

"Kenapa ikut saya?"

"Saja. Abang awak halau awak kan?" Dia sengih sengih.

"Mana ada." Aku sembunyikan wajah. Malunya.. Mesti dia nampak aku menjerit-jerit macam orang gila. Jatuhlah saham aku.

"And please, do call me Nafiz. No encik please."
         
Aku beremmm panjang.

"Nak saya hantar balik?"

"Takpa. Saya boleh naik teksi." Aku masih tak memandang Nafiz. Masih malu even dia nampak macam tak kisah tapi lantakla aku nak malu ke apa. Aku perempuan bujang dan dia lelaki bu... Eh ya ke bujang? Emmm. Dia lelaki. Jatuh maruah aku bila dia tengok aku tak kontrol ayu tadi.

"Janganlah jual mahal. Awak ada duit ke?"

"Ada. Siapa cakap saya takda duit. Saya mungkin tengah kering sekarang ni tapi kalau nak bayar upah teksi, saya masih mampu okay."

Dia meraup rambutnya ke belakang. "Saya tak bermaksud nak rendahkan awak. Tapi, jalan ni sunyi. Mana ada teksi yang lalu kawasan ni. Lagi-lagi waktu petang macam ni."

Aku terdiam seketika. Betulkah kat sini takda teksi? "Hah saya boleh tempah grab."

"Serius? Macam mana nak tempah kalau awak tak ada telefon?" dia jungkitkan kening.

"Siapa cakap saya....." Tiba-tiba aku tersedar. Betul juga. Harta aku semuanya ada dalam kereta. Macam mana aku nak call kalau telefon takda?

Tiba-tiba rasa malu sebab tolak pelawaan dia. Menyesal sebab jual mahal terlalu awal. Sudahnya aku diam aja. Menunggu dia untuk pelawa buat kali kedua. Malulah aku kalau tadinya beria menolak sekarang nak tawarkan diri pulak.

"Milia, janganlah degil. Awak nak duduk sini sampai bila. Jangan sampai malam." Nafiz mendekatkan dirinya sedikit pada telinga aku. Oh nak berbisik ke?

"Saya dengar tempat ni keras."

Tindakan spontan aku berdiri. Aku memang trauma dengan benda-benda ni. Aku terus berjalan meninggalkan Nafiz.

"Hei nak kemana tu?"

Aku pusingkan badan sikit. "Cakap nak hantar saya balik."
  
"Tapi kereta saya dekat sana." Dia tunjukkan arah yang bertentangan.

Damn. Milia, cukup-cukuplah memalukan diri sendiri.

                 


"KENAPA  diam je?"

Selalu AdaWhere stories live. Discover now