°°°°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°°°°
SEDAR-SEDAR je aku dah terbaring atas katil. Katil kat mana pun entahla. Rasa kepala ni sakit sangat. Bila aku pandang sekeliling nampak macam hospital. Eh? Aku masuk hospital ke? Sekejap. Kenapa aku kat sini? Bukan aku dalam perjalanan nak ke kelas ke? Dah pukul berapa ni?Aku cuba untuk bangun. Aku dah lambat. Taknaklah ponteng harini. Aku nak ponteng minggu depan. Minggu depan adalah minggu yang paling busy sekali. Jadi aku nak simpan cuti untuk hari itu.
"Eh eh eh eh. Nak pergi mana? Baring balik. Kau demam ni Lia." Aku pandang gerangan yang baru masuk ke dalam bilik yang aku duduk ni. Janna.
"Kenapa aku kat sini? Aku okay la. Aku nak pergi kelas."
"Jangan nak mengada. Kau demam tau. Kecoh tadi tiba-tiba ada drama tengah jalan. Bila tengok... Lah kawan aku rupanya." Janna menghulurkan segelas air dan beberapa biji pil. "Dah sakit tu buat cara sakit. Aku dah cakap tunggu aku kan. Degil nak berjalan sangat kenapa? Tak mati pun la kalau sehari tak masuk kelas dia. Madam Lana tu tak kejam la sampai biar student dia sakit-sakit masuk kelas. Kau ingat dia tak pernah jadi student ke?"
Teruk aku dibebelnya selepas itu. Pengajaran hari ini jangan buat Janna membebel ya.
"Emmmmmm." Aku beremmm panjang. Tak tahu nak menjawab apa. Kalau balas lagi panjang bebelan dia nanti. Tapi sumpah rasa rugi gila ponteng harini. Macam mana boleh demam pulak ni..
"Emm emmm. Kau sedar diri ea sakit. Jangan nak beremm je. Kau kena rehat. Nanti pengsan lagi siapa yang susah? Kakak ipar kau yang cantik ni yang susah." sempat pulak tu hidung kembang kempis puji diri sendiri.
"Yalah iparku sayang." Aku ketawa. Terharu jugak sebenarnya. Dia bebel-bebel dan buat muka pun sebab dia sayangkan aku.
"Siapa yang bawa aku datang sini?" aku tak tahu pulak Janna sekuat tu nak angkat aku. Sambil-sambil tu aku meraba kepala bila terasa macam ada juntaian rambut di dahi. Sejak bila rambut aku tembus tudung ni? Dah macam rumput kat padang dah yang bila duduk, sakitnya tembus seluar. Bila aku sentuh kepala aku rupa-rupanya dah takda tudung. Siapa yang buka? Tak sempat aku bertanya pintu bilik dikuak.
"Assalamualaikum.." Muncul satu susuk lelaki.
Kaku. Aku nampak dia tak berkelip pandang aku. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Ahhhhhhhhhhh..." Aku terus selubungkan diri dalam selimut.
Dalam pada itu aku dengar suara si dia meminta maaf beberapa kali dan minta diri untuk keluar. Memberi ruang untuk aku bersiap mungkin?
Aku ketap bibir kuat-kuat sambil goyang-goyangkan badan. Malu! Malu! Malu! Malu! Malu! Aku dengar Janna ketawa sambil tangannya tarik-tarik selimut aku. Ahhh malu!
"Dah la wei. Pakai tudung. Nanti dia masuk balik karang."
Aku buka selimut sedikit dan pandang Janna. Mulut dicebikkan. "Jannaaaa.. Kenapa dia boleh ada?"
"Dah dia yang tolong kau. Mestilah dia ada. Dah dah bangun."
Tangan Janna mencapai tudung aku di sisi katil. Eii dia ni tak boleh pakai la. Ditamparnya bahu aku sekali. Seronok betul gelakkan aku. Doa kena dekat dia pulak baru tahu. "Aku nak tidur."
"Jangan nak mengada. Bangun. Pakai tudung." tubuh aku ditariknya supaya kembali duduk. Aku memuncung bila Janna ikatkan rambut aku. Dia hulurkan shawl aku sambil tersengih-sengih. Aku abaikan dan nak baring balik tapi Janna jegilkan matanya. "Lia! Cepat pakai!"
![](https://img.wattpad.com/cover/250544405-288-k880469.jpg)
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...