Bab 24

92 6 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°


"I'M sorry Sara. Saya boleh hantarkan sampai sini je."

Aku angguk kecil dan senyum pandang muka serba salah Zill. "Hey its okayla. Saya tahu awak kerja. Ini pun dah cukup baik awak tolong hantarkan."

Sekarang kami sedang berada di hadapan University of England. Yup harini aku akan mula mendaftar. Kami berada di dalam kereta milik Zill dihadapan bangunan pendaftaran.

"Sure awak okay?"

Aku angguk dan hadiahkan senyuman kecil. "Thanks again Zill."

"My pleasure young lady. Dah cepat masuk. Nanti kena beratur panjang."

"Okay." aku lambaikan tangan selepas selesai mengucapkan selamat tinggal. Zill pula angkat tangan sekali dan keretanya meluncur pergi. Aku palingkan tubuh menghadap bangunan di hadapan mata. Come on Milia. Jangan sedih. Dia bukan mama papa yang nak temankan kau daftar.

Kau dah besar Milia. Okay. I can do this.






MAMA kata kalau berada di tempat orang kena pandai-pandai bawa diri. Kawan tak akan datang dengan sendiri. Kita kena cari. Nak cari kawan kenalah tegur. Jadi baiklah, marilah kita jadi friendly Milia Qaisara.

"Hye. You're alone?" aku tegur seorang wanita berambut blonde yang duduk sendirian di sebuah bangku.

"Yes."

"Can I have a seat?"

"Yeah sure."

Aku tersengih dan mengambil tempat di sebelah wanita cantik itu.

"I'm Milia. Milia Qaisara."

Gadis itu tersenyum. "I'm Olivia. Call me Via. Malaysian?"

"Yes."

"Let's be friend."

Aku sengih lagi dan menyambut huluran tangannya. Berkat kata-kata mama akhirnya aku dapat kawan seorang baru.

Kata Olivia, dia berasal daripada New York. Dia taknak sambung belajar tetapi dia dipaksa oleh kedua orang tuanya. Akhirnya dia terpaksa akur. Hahaha kira samalah macam aku tak rela. Cuma bezanya aku yang salah. Buat keputusan tak fikir panjang.

Alhamdulillah dah dapat kawan sorang. Seterusnya setelah selesai mendaftar, aku bergerak ke arah boarding house yang terletak di luar uni. Sebabnya asrama di dalam bangunan kolej sudah penuh. Beg aku letakkan ke atas lantai. Bukak tudung dan aku bersantai di atas katil. Sambil-sambil tu aku memerhatikan sekeliling. Well aku akan dapat seorang roomate memandangkan satu bilik akan berkongsi dua orang. Dan Allah sayangkan aku, aku ditakdirkan satu bilik dengan Olivia. Woahh ni yang nak buat sujud syukur ni.

Semuanya berjalan dengan lancar. Sehinggalah aku keluar dari bilik untuk tengok keadaan rumah. Bangunan tempat pelajar duduk ni berkonsepkan rumah. Satu rumah ada tiga bilik dan secara total setiap rumah akan ada 6 orang pelajar. Nice huh.

Tapi yang tak nicenya bila aku sedang usha keadaan dapur yang tak berapa nak dapur, tiba-tiba seorang lelaki keluar dari salah satu bilik di dalam rumah tu. Bagai tak cukup tanah aku berlari mendapatkan tudung. Terkejut. Macam mana boleh ada lelaki dalam rumah ni?

"Why? Something bad happened?"

Aku tanya Olivia tentang gerangan lelaki tersebut. Dia ketawa dan membalas memang setiap rumah akan bercampur lelaki dan perempuan. Cumanya setiap bilik je sama jantina. Memang setiap tahun macam tu. Aku baru tahu mengenai perkara ni.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now