°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
Aku meninggalkan bilik hotel sewaktu Nafiz masih lagi lena. Aku nak keluar tapi tak sampai hati nak kejutkan dia. Muka dia nampak lena sangat jadi aku taknaklah kacau.Leka berjalan seorang diri, aku ternampak susuk tubuh seseorang yang macam aku kenal. Dari gaya dia berjalan membuatkan aku yakin sangat yang aku kenal siapa orangnya. Tapi untuk tak tersalah orang, aku buat keputusan untuk menegur. Bahu lelaki tersebut aku tepuk perlahan.
"Zill?"
Langkah lelaki tersebut terhenti. Perlahan-lahan tubuh itu berpaling.
"Sara?" Wajahnya nampak sangat terkejut.
Aku senyum kecil memandangnya yang sedang terpinga-pinga. Alhamdulillah aku tak tersalah orang.
"Hai."
KAMI duduk di sebuah kafe yang terletak berdekatan dengan hotel. Masing-masing diam. Kekok untuk memulakan perbualan.
Dulu kami pernah menjadi pasangan kekasih dan apabila kami bertemu kembali, aku sudahpun bergelar isteri kepada orang lain. Can you tell me how awkward the situation is?
"Tahniah."
Suasana sunyi dipecahkan oleh suara Zill. Matanya tertumpu ke arah jari manis aku yang berada di atas meja.
Pandangan aku yang tadinya hinggap di wajah Zill beralih memandang arah yang sama. Jari di mana tersarungnya cincin perkahwinan aku. Aku senyum kecil.
"Terima kasih."
"Come for honeymoon?"
Aku anggukkan kepala.
Kemudian kami kembali diam. Masing-masing tak mahu mengulas topik itu dengan lebih lanjut. Semuanya kerana kami sama-sama tahu betapa sakitnya kenyataan.
"Macam mana awak dan Danny?"
Dia mengangguk kecil. "Good as usual. Danny dah semakin besar. Dia cakap dia rindukan awak."
Senyum. "Saya pun rindukan dia jugak." Macam manalah rupa danny sekarang ya. Rindunya bakal anak aku dulu tu.
Sunyi kembali mengisi ruang.
"Maaf kalau awak marahkan saya dulu. Saya tahu awak tahu, sayalah yang beritahu Nafiz masa awak nak ke sini."
"Saya tahu." Aku senyum. Nak marah? Semuanya dah berlalu.
"Nafiz lelaki yang baik. Sebab tu saya tak teragak-agak untuk lepaskan awak pada dia. Dia berjaya yakinkan saya betapa pentingnya awak dalam hidup dia."
Zill tenang menghirup airnya. Aku yang tak senang duduk. Dalam kepala dah terbentang bermacam-macam persoalan untuk dia.
"Macam mana awak boleh kenal Nafiz?"
Zill senyum kecil. "Sebelum awak terbang ke Malaysia dulu, kami ada jumpa."
"Dia ugut awak?"
Zill tayangkan reaksi terkejut tetapi kemudiannya dia ketawa. "Dia baik sangat Sara. Fikir seratus kali pun, dia takkan ugut saya."
Aku kerutkan kening. "Habistu apa yang dah jadi?"
Giliran Zill pula kerutkan dahi. "Awak betul-betul tak tahu apa yang jadi?"
Aku menggeleng-geleng.
"Sara, hubungan awak dengan Nafiz okay ke sekarang ni?"
"Saya tak tahu macam mana nak cakap. Okay ke hubungan kami? Entahla." Aku mengeluh sambil angkat bahu.
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...