°°°°°°°°°
"You're the definition of happiness."
°°°°°°°°°
"SAY what to mama?""Thank you mama."
"Come again?"
"Thank you mama."
Aku cubit pipi Danny. Comelnya anak aku ni Ya Allah! "Welcome sayang."
Gembira aku tengok Danny yang setia memeluk hadiah mainan yang aku belikan untuknya. Rasa macam dihargai sangat-sangat hehe. Kami berjalan bersama-sama macam keluarga bahagia. Sesuailah tu dengan panggilan mama kan. Zill pun nampak okay je. Dia tak kisahlah tu kot. Sebelah kanan Danny dipimpin oleh Zill manakala di sebelah kiri dipimpin oleh aku.
"Zill..." aku memanggil perlahan tetapi ada satu suara lain yang menyebut lebih kuat. Serentak nama Zill disebut oleh dua suara yang berbeza dan kepala aku pantas mencari gerangan tersebut.
Di hadapan kami berdiri seorang wanita yang sangat cantik dan berambut blonde separas dada. Matanya tepat memanah ke arah Zill.
Eh? Minah saleh mana sesat ni?
"MUMMY look, mama bought me a new toy." dengan teruja, Danny menunjukkan koleksi mainan barunya kepada Harley. Oh ya aku baru tahu namanya Harley dan dia ialah bekas isteri Zill.
Saat itu aku berada berdekatan dengan mereka tetapi di meja yang berbeza. Nampaknya manusia-manusia itu perlukan privasi. Walaupun tak berapa nak privasi. Ya aku mestilah nak dengar apa yang diorang cerita-cerita juga. Milia tak pernah tak busybody.
Wajah Harley beriak terkejut. Zill yang berada di hadapannya dipandang tajam. "Oh really? Did you like it sugar?"
"Yess!"
"How about your mama. You like her?"
"Yes. Mama is very kind. She always brought me out with papa." Harley memberikan senyuman buat anaknya tetapi apabila pandangannya beralih ke wajah bekas suaminya, wajahnya bertukar masam.
"Zill! You better explain!"
Zill yang tenang memeluk tubuh menjongketkan kening. "Explain what?"
"Who is mama?"
"Danny's mother."
"Sorry? I am his mother!"
"Really?" Zill tertawa sinis. "Perempuan yang tinggalkan anak dan suaminya demi jantan lain. Is that what you call a mother? Are you worthy?"
Harley tertunduk. Ya memang silapnya kerana meninggalkan lelaki sesempurna Zill. Semuanya kerana sikapnya yang terlalu mengejar keseronokan sehingga tidak sedar. Dia telah melepaskan permata yang paling berharga dalam hidupnya.
"Memang I salah but now I cuba nak berubah Zill. Untuk Danny. Untuk you."
"Rubbish. Kenapa you nak jumpa I ni?" sambil itu mata Zill dipalingkan ke kawasan luar restoran. Memandang Harley hanya membuatkan hatinya kembali bernanah.
"I nak you. Kita kahwin semula baby. Kita mulakan hidup baru?"
Aku hampir tersedak tapi cepat-cepat aku tutup mulut dan minum air. Aku pandang mereka yang semacam tegang. Pandangan aku sempat bersabung dengan pandangan tajam Zill. Alamak kantoi. Cepat-cepat aku pusingkan badan dan buat-buat tak nampak.
"You're here to talk about this bullshit? Are you out of your mind! Kahwin balik dengan you?"
Bersungguh-sungguh Harley mengangguk. "I bodoh sebab tinggalkan you dulu. I nak tebus kesalahan I pada both of you. I janji, kita kahwin dan I akan jadi isteri yang terbaik untuk you."
YOU ARE READING
Selalu Ada
Romance♡━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━♡ "Sayang saya tak ni?" "Kalau saya cakap tak?" "Kalau tak sayang rasanya latte tu dah ada atas kepala saya sekarang ni." 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬: Ini bukan drama. Apa dia ingat mereka darjah satu ke baru berjumpa terus tanya single ke...